Ahad, 5 September 2010

Kerja Lapangan Pantai Timur : hari ke-enam: 8 Mei 2010 (part 1)

   Selepas bermalam di Kuantan pada malam yang ke-dua, tibalah masanya rombongan meningggalkan tanah bumi kuantan, tetapi sebelum itu, beberapa lokaliti harus di tempuhi iaitu disekitar Kuantan sebelum destinasi bermalam di Temerloh.
  Sebelum bertolak, para pelajar diminta untuk membeli sedikit sarapan untuk mengisi perut demi perjalanan yang amat mencabar tatkala perlu mendaki bukit untuk ke Gua Charas, contohnya. Kami telah diberitahu awal-awal tentang lokaliti yang akan ditempuhi kelak.
Kami perlu naik seperti ini (:
Lokaliti 18: Bulatan Bunga Cengkih :0915
   Lokaliti kawasan lapang di tepi jalan ini dengan kesan taraan bukit telah memperlihatkan persempadanan antara tanah Basalt dengan tanah Granit.Secara fizikalnya, persemapdanan ini dibeza dengan warna, dimana tanah basalt lebih gelap dan terletak diatas, menghempap tanah granit yang lebih cerah dan bewarna kecoklatan cerah.
Gelap, atas-tanah Basalt  Cerah,bawah-tanah granit
   Untuk pengetahuan umum,kejadian ini sangat berkait rapat dengan Pantai Batu Hitam yang telah dilawati semalamnya, dan telah diterangkan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada kejadian sebegini. Oleh kerana ianya menutupi kawasan yang cukup luas, maka morfologi seperti ini dapat dilihat dengan jelas. Para pelajar diminta untuk mencerap dan mengenal mineral apakah yang terkandung didalam batuan basalt dan granit dengan mata kasar, serta menaksir mengikut pengetahuan sendiri tentang proses, asal mula dan kejadian-kejadian yang berlaku.
Sebahagian 'penaksir' sedang memikirkan asal mula kejadian batuan disni.
    Selepas beberapa puluh minit mencerap, pelajar diminta bergerak mengikut kumpulan masing-masing bagi sesi suai kenal. Terdapat 4 kumpulan yang dibahagikan secara sama rata, dimana kumpulan-kumpulan ini diselia oleh 4 pensyarah. Kumpulan A, Kumpulan B, kumpulan C dan kumpulan D. maka bermulalah sesi komunikasi sesama pensyarah sebelum bertolak ke lokaliti seterusnya, iaitu Gua Charas.


Lokaliti 19: Bukit Charas (Gua Charas) : 1020
Ber'lokaliti' di Bukit Charas.
   Lokaliti ini terletak sangat terpelusuk didalam kawasan kelapa sawit tetapi menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negeri Pahang. Gua ini merupakan tempat suci dua agama di Malaysia, mengikut pemerhatian penulis iaitu Buddha dan Hindu kerana pengunjung-pengunjung terdiri daripada mereka yang beragama berkenaan. Walauapapun, aktiviti pencerapan bermula diluar bukit dima terdapat fossil yang membentuk batuan batu kapur yang ada.
Antara fossil yang ada (tidak nampak).
  Menurut pernyataan prof. Bukit Charas merupakan sebahagian dari Batu kapur Panching.Disini juga merupakan kawasan kajian Arkeologi yang agak penting dan kita boleh perhatikan keadaan geomorfologi bukit batu kapur seperti mogot, gua, stalagmit dan sebagainya. Tinggi bukit ini lebih kurang 50 meter dan dindingnya sangat landai seperti dinding rumah. Dipenuhi dengan pohon-pohon rendang dan pokok-pokok yang hidup segar dicelah-celah kawasan bukit berkenaan.
Perlu menaiki tangga yangagak tinggi dan memenatkan.
   Setelah hampir 1 jam kerja-kerja mencerap dilakukan, aktiviti mencerap berpindah ke lokasi atas bukit iaitu pada bahagian gua. Terdapat kira-kira 3 buah gua (pada pemerhatian penulis) di sepanjang perjalanan naik ke gua pertama.Setelah hampir 20 minit mendaki, akhirnya beberapa orang pertama sampai ke lokaliti gua yang cukup besar.
Keindahan morfologi gua yang cukup mengasyikkan.
   Sepanjang kami berada di gua tersebut, berbagai morfologi dapat dicerap, antaranya, stalagmite, kolam digua,stalagtite, dan bermacam lagi morfologi yang lain.Selepas berehat serta mencerap di dalam gua terbesar di bukit charas itu, kami bergerak ke gua yang lebih kecil sdeikit tetapi agak lebar memanjang ke kawasan tengah gua. Kawasan inilah yang menjadi tumpuan beberapa penganut agama Buddha dan Hindu kerana disinilah tempat mereka bersembahyang (pada pandangan penulis).
Penulis bersama beberapa orang pelajar lain.
   Menurut prof, gua (yang menjadi tumpuan) ini terbentuk akibat daripada proses sesar yang berlaku di bumbung gua suatu masa lalu, dan lalu, menghakis bahagian bawahnya menjadilah kawasan gua ini. Walaubagaimanapun, tahap keselamatan gua ini masih belum dapat dijamin akibat struktur yang kurang kuat dan boleh musnah bila-bila masa jika berlaku kejadian gempa bumi di Indonesia umumnya dan Sumatera khususnya.
Morfologi kawasan Gua Charas
   Setelah hampir tengah hari, kami bergerak turun beramai-ramai sambil merasai kepenatan menaiki tangga yang cukup banyak. Sesampai sahaja di bas, berduyun-duyun pelajar mencari air untuk mengurangkan kehausan. Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan