Selasa, 21 September 2010

Alam Sekitar, Bumi dan 100penulis

   Alam sekitar merupakan salah satu anugerah Pencipta yang paling besar dan sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini, seharusnya menyedari tentang hakikat bahawa penting bagi memakmurkan anugerah alam yang unik ini. Bumi dan alam sekitar merupakan suatu perkaitan yang sangat signifikan, apalagi jika kita melihat kepada Alam dan bumi dari sudut sains.
  Banyak rasanya perkaitan yang boleh kita simpul tentang bumi dan alam sekitar dari sudut sains, namun apa pula perkaitanya dengan penulisan? Apa pentingnya keseimbangan antara pegetahuan mengenai sains alam dengan teknik penulisan yang baik dan berkualiti? Perlukah perkaitan ini berlaku, pada hal, keduanya mempunyai perbezaan yang ketara dari sastera dan sains?
  Mengapa soalan-soalan diatas perlu ditimbulkan, padahal, bukankah sumber ilmu itu berkembang dari titik mula kita membaca bahan bacaan? dan jika bahan bacaan berunsur sains di terbitkan, itulah yang dinamakan pemaduan antara sumber ilmu sains dengan sastera melalui kaedah tulisan. Ilmu sains berkembang menerusi penulisan dan penulisan adalah salah satu elemen dalam sastera.
  Mengapa sains bumi dan alam sekitar? Kerana banyak perkara yang berlaku kini adalah berkaitan dengan alam sekitar.Contohnya, binaan kejuruteraan yang hebat dan mantap boleh musnah dengan sekelip mata akibat gegaran gempa bumi atau aktiviti gunung berapi. Disinilah pentingnya perasaan kecintaan terhadap misteri alam terbit dan berkembang mekar menjadi sifat kebertanggungjawaban memlihara khazanah alam semulajadi untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Oleh itu, 100penulis menjadi wadah terbaik bagi menyemarakkan parasaan ini menjadi sesuatu yang lebih baik.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan