Selasa, 28 September 2010

Membongkar Permatang kuarza terpanjang di dunia.


   Pagi ahad yang indah di ganggu oleh rancangan sekumpulan 12 orang pelajar untuk mencabar diri mendaki, menelusuri dan seterusnya menakluki Permatang Kuarza terpanjang didunia.Umumnya , di ibu kota Kuala Lumpur yang megah dengan pelbagai menara yang tinggi-tinggi yang pernah suatu ketika mendapat mahkota menara tertinggi didunia, namun, apa yang lebih menarik untuk dikongsi bersama pembaca adalah Pematang Kuarza Klang Gates (Klang Gates Quartz Ridge) yang mana ia adalah permatang kuarza terpanjang didunia.
Mencari batuan kuarza tercantik

   Sedikit info mengenai permatang ini: 14 km panjang dan 50 m lebar,terbentuk daripada 4 jenis kuarza yang berlainan dan panorama Ibu kota Kuala Lumpur semestinya dapat dilihat dengan jelas dari permatang ini. Berbalik kepada expedisi menawan permatang kuarza terpanjang di dunia, perjalanan bermula dari Bukit Tabur, iaitu satu kawasan hutan berbukit yang menjadi laluan kepada pendaki-pendaki yang ingin ke permatang ini.
Melihat ibu kota Kuala Lumpur dari permatang kuarza

   Setelah memulakan perjalanan, kami terlebih dahulu diingatkan supaya menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan yang lain kerana keadaan kawasan bukit yang curam dan licin ditambah dengan cuaca hujan yang sedikit menggusarkan pendaki-pendaki muda ini. Sepanjang perjalanan menelusuri permatang ini, dapat dilihat pemandangan yang sangat indah ibu kota KL dan empangan Klang Gates di bahagian kiri. Dari puncak permatang juga, dapt ditemui pelbagai batuan kuarza yang menarik dan unik, menjadikan permatang ini sesuai untujk pengkajian yang lebih mendalam.
Kesedaran terhadap alam semula jadi perlu dipupuk lebih awal

  Sesungguhnya, usaha yang berterusan dalam menjaga dan memulihara aset negara menjadi keutamaan kita kini. Rancangan pembinaan jalan raya disekitar permatang kuarza ini harus dihentikan. Jika rancangan pembinaan ini diditeruskan, maka, musnahlah satu-satunya khazanah bumi yang ada di ibu kota KL ini. Petisyen bagi menjadikan Permatang Kuarza ini sebagai salah satu warisan dunia, seperti langkawi Geopark  juga telah dibuat, jadi, sama-samlah kita menyokong usaha untuk melindungi permatang kuarza terpanjang di dunia ini.
pemandangan yang sangat indah.

Khamis, 23 September 2010

Trilobit


    Pada entri kali ini, penulis amat berminat untuk memperkenalkan kepada pembaca RockalovicHdin tentang seekor haiwan yang telah pupus berpuluh juta tahun lalu. Tahukan anda, tentang seekor spesis haiwan yang digelar 'Trilobit'? Mungkin ramai yang pernah terdengar dan mengenali gambar yang seiras dengan haiwan yang akan penulis rungkaikan sebentar lagi, namun, masih ramai diluar sana yang masih tidak mengetahui dan mengenali sejenis haiwan kecil yang cukup primitif ini.
  Tahukah anda,Trilobit adalah tergolong didalam filum Artropoda yang terdiri daripada haiwan yang tunggal di kalangan invertebrat dan mempunyai jumlah kaki yang banyak dan bercantum yang digunakan untuk berjalan,berenang,mengumpulkan makanan juga sebagai organ pemakanan. Haiwan ini mempunyai rangka luar berkitin, iaitu sejenis kulit berplastik yang diperbuat daripada bahan organik dan dikeraskan oleh kalsium fosfat, sama seperti yang terdapat pada udang.
Trilobit

   Rangka ini cukup kompleks dan terdiri daripada banyak pecahan yang boleh dipisahkan,manakala badanya pula terdiri daripada beberapa segmen dan setiap anggota merupakan bahagian yang bercantum. Untuk pengetahuan semua, rangka luarnya kuat dan cukup tegar apabila ianya tidak berupaya untuk diperbesarkan dan dengan itu pembesaran haiwan akan tersekat. Akibatnya, haiwan primitif ini terpaksa mengelosorkan rangka luarnya dan membina rangka yang baru. Uniknya, keadaan ini akan berlaku berulang-ulang kali, terutamanya pada peringkat awal hidup, dan berlaku dalam jangka masa yang singkat supaya tidak ada sarung keras yang akan menyekat tumbesarannya.
   Mari kita beralih kepada kelas Trilobita. Kelas ini terdiri daripada artropod dengan rangka luar yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang memanjang, iaitu satu bahagian paksi dan dua bahagian sisi yang simetri dan kedudukan melintang pula terdiri daripada bahagian kepala yang di panggil Sefalon, ekor digelar Pigidium dan bahagian badan utama iaitu Toraks yang terletak diantara kepala dengan ekor.Tambahan pula, kebanyakan trilobit mempunyai sepasang mata majmuk pada permukaan atas kepalanya, manakala dibahagian kakinya terdapat siri kaki palsu yang secara keseluruhannya bercantum dan kaki ini digunakan untuk berjalan serta berenang, tetapi ciri ini sangat jarang ditemui pada fosil.
Fosil Trilobit didalam batuan sedimen

   Selain maklumat yang ditunjukkan, garis cetakan yang melintasi bahagian sisi kepala dan di belakang mata sangat penting kepada haiwan ini semasa proses pengelongsoran rangka luarnya dan ini di kenali sebagai sutur muka. Trilobit ini telah wujud dari usia Cambria hingga Perm berdasarkan skala masa geologi.Dari segi habitat, Kesemuanya adalah hidup dikawasan marin tetapi dalam had ini, trilobit yang wujud sangat berbeza-beza.
   Trilobit yang 'normal' biasanya kelihatan seperti perangkak pada dasar lautan dan pembangkai, dengan jejaknya sering ditemui pada permukaan satah batuan. Trilobit yang lain adalah pengorek lumpur dan sesetengahnya mengecilkan matanya atau buta kedua-duanya sekali. Terdapat juga trilobit yang merupakan perenang bebas atau hidupan yang terapung di kawasan lautan suatu ketika dahulu.Trilobit muncul pada usia Cambria, terbentuk sempurna dan nyata walaupun sejarah Pracambria tidak diketahui langsung.
Apabila mempertahankan diri daripada musuh

   Akhir sekali, Trilobit tidak pernah menjadi pembentuk batuan, tetapi berguna sebagai penunjuk persekitaran zaman dahulu kala. Lihatlah, betapa hebatnya Pencipta kita, dapat menghidupkan serta mematikan makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya. Inilah yang dikatakan kesedaran kita terhadap hidupan lain dan persekitaranya. Tidak mustahil, jika makluk Trilobit ini yang telah pupus jutaan tahun lamanya boleh dijumpai di belakang rumah anda, siapa tahu.
Artikel ini dirujuk dari buku Fosil, ditulis oleh F.A. Middlemiss diterjemah oleh Mohd. Nazrin Mat Noor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selasa, 21 September 2010

Alam Sekitar, Bumi dan 100penulis

   Alam sekitar merupakan salah satu anugerah Pencipta yang paling besar dan sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini, seharusnya menyedari tentang hakikat bahawa penting bagi memakmurkan anugerah alam yang unik ini. Bumi dan alam sekitar merupakan suatu perkaitan yang sangat signifikan, apalagi jika kita melihat kepada Alam dan bumi dari sudut sains.
  Banyak rasanya perkaitan yang boleh kita simpul tentang bumi dan alam sekitar dari sudut sains, namun apa pula perkaitanya dengan penulisan? Apa pentingnya keseimbangan antara pegetahuan mengenai sains alam dengan teknik penulisan yang baik dan berkualiti? Perlukah perkaitan ini berlaku, pada hal, keduanya mempunyai perbezaan yang ketara dari sastera dan sains?
  Mengapa soalan-soalan diatas perlu ditimbulkan, padahal, bukankah sumber ilmu itu berkembang dari titik mula kita membaca bahan bacaan? dan jika bahan bacaan berunsur sains di terbitkan, itulah yang dinamakan pemaduan antara sumber ilmu sains dengan sastera melalui kaedah tulisan. Ilmu sains berkembang menerusi penulisan dan penulisan adalah salah satu elemen dalam sastera.
  Mengapa sains bumi dan alam sekitar? Kerana banyak perkara yang berlaku kini adalah berkaitan dengan alam sekitar.Contohnya, binaan kejuruteraan yang hebat dan mantap boleh musnah dengan sekelip mata akibat gegaran gempa bumi atau aktiviti gunung berapi. Disinilah pentingnya perasaan kecintaan terhadap misteri alam terbit dan berkembang mekar menjadi sifat kebertanggungjawaban memlihara khazanah alam semulajadi untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Oleh itu, 100penulis menjadi wadah terbaik bagi menyemarakkan parasaan ini menjadi sesuatu yang lebih baik.  

Jumaat, 17 September 2010

Kerjalapangan Pantai Timur: Hari Ketujuh,9 Mei 2010

  Selepas bermalam di Kuantan buat kali keduanya selepas malam yang pertama, perjalanan menelusuri kawasan Jaluran tengah pantai timur kini hampir sampai ke penghujung dimana beberapa lokaliti mengisi masa-masa terakhir sebelum rombongan bertolak balik ke Bangi pada keesokan harinya. Selepas bersarapan, lokaliti pertama yang akan di cerap oleh pelajar Program Geologi Tahun 1, sesi 2009/2010 adalah di Kawasan Sri Jaya (tepi jalan).

 Lokaliti 22: kawasan Sri Jaya (tepi jalan) : 0915
   Lokaliti ini secara umumnya mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan lokaliti pada semalam hari iaitu Pantai Batu Hitam (Lokaliti 17). Pada keratan rentas batuan, dapat dilihat satu sempadan yang bersifat masif serta boleh ditentukan sempadanya dengan jelas. Menurut Prof, di bahagian atas iaitu di bahagian batuan yang lebih gelap ialah tanah basalt yang pada asalnya ialah batuan basalt yang telah mengalami proses luluhawa yang berpanjangan sementara bahagian bawah pula berwarna lebih cerah ialah tanah granit yang pada asalnya batuan granit yang telah mengalami proses luluhawa yang cukup lama dan hebat.

   Ukuran ketinggian tanah basalt dianggar kira-kira 3-5 meter manakala tanah granit bersifat lebih masif oleh kerana ianya meliputi kawasan bawah  tanah basalt yang agak besar dan tebal. Oleh itu, dapatlah ditentukan usia tanah granit ini lebih tua berbanding usia tanah basalt, yang menhempap tanah granit berkenaan. Dilokaliti ini, pelajar diminta untuk menentukan jenis mineral yang ada di kedua-dua jenis tanah berkenaan, selain membuat tafsiran tentang kehadiran tanah basalt serta perkaitannya dengan beberapa kawasan yang telah dicerap sebelum ini.
Sempadan batuan dapat dilihat dengan jelas

   Selain aktiviti mencerap, dikawasan ini juga pensyarah atau pemantau mengambil peluang dan masa yang ada untuk mengenali dengan lebih rapat pelajar-pelajar yang dipantau mereka. Antara soalan yang ditanya adlah antaranya biodata dan pilihan keberapa program ini selain program pilihan hati. Agak seronok dapat berkomunikasi sesama pelajar serta pensyarah dalam suasana yang cukup relak dan harmoni.

Lokaliti 23: Kawasan Maran/Simpang Jengka : 1105
   Bertolak dari daerah Kuantan ke daerah Maran memakan masa lebih kurang 45 minit cukup untuk merehatkan sendi-sendi yang kelihatan sakit-sakit serta longgar-longgar. Lokaliti ini terletak di belakang Kompleks Belia daerah Maran (Kalau tidak silap) yang mana kami perlu melintasi sebatang jalan yang agak besar serta merbahaya. Walaubagaimanapun, misi bagi meneruskan agenda kerja lapangan ini perlu diteruskan dengan lancar tanpa ada perubahan rancangan sedikitpun.
    Bercerita mengenai geologi kawasan lokaliti 23 ini, kawasan berbukit ini terletak di Formasi Tembeling yang berusia Jura-kapur. Ianya merupakan endapan benua dan terdiri daripada selang lapis batu pasir, batu lumpur dan konglomerat yang kebanyakkanya berwarna kemerahan. Konglomeratnya ialah dari jenis sokongan butiran dan juga sokongan matrik, klas kelikir terdiri daripada serpihan batuan dan kuarza. Pelajar diminta memerhatikan saiz, bentuk dan cara susunan klas-klas yang terdapat dalam konglomerat di sini.
Aktiviti cerapan

   Di sini juga, ada yang mengatakan jenis konglomerat diatas berbeza dengan jenis konglomerat di bahagian bawah bukit berkenaan. Walaubagaimanapun, lokaliti ini perlu dicerap dengan lebih mendalam kerana pada lokaliti yang seterusnya, iaitu lokaliti senyap, pelajar perlu menafsir sendiri jenis mineral pembentuk batuan, jenis sokongan butiran, warna, sekitaran pengendapan,saiz dan bentuk, batuan apa yang membentuk klas dan matrik serta nama konglomerat tersebut.

Lokaliti 24: Kg. Awah-Temerloh (Konglomerat)-Lokaliti Senyap : 1435
   Lokaliti ini merupakan lokaliti senyap dimana pensyarah-pensyarah akan beredar dari kawasan lokaliti, yang tinggal hanyalah rombongan 73 pelajar Goelogi serta 3 pembantu yang lain. Kami di berikan tugasan untuk mengisi penuh jadual mengenai lokaliti ini yang antara lain meminta pelajar mengelaskan jenis batuan konglomerat di sini. Antara kekosongan yang perlu diisi antaranya ialah saiz butiran klas, jenis sokongan, sekitaran, susunan klas, warna jasad batuan dan pengelasan yang lain.
   Agak menarik kerana kami juga saling bantu membantu menyiapkan apa yang dimahukan oleh pensyarah kami, serta melukiskan apa yang penting bagi memberi gambaran sebenar tentang lokaliti senyap ini.Walaupun kami saling bantu membantu dalam usaha menyiapkan tugasan kerja lapangan di lokaliti ini, banyak perkara yang dipelajari sepanjang berada di lokaliti senyap ini.
   Antaranya, kesedaran tentang kepentingan mengenal jenis batuan khususnya konglomerat bagi mengetahui sejarah asal mulanya serta perkaitanya dengan beberapa formasi yang ada. pengetahuan yang lebih terperinci dan rencam diperlukan dalam usaha menentukan serta menafsir beberapa maklumat yang penting semasa berada di sesuatu lokaliti. Jenis sekitaran juga dapat ditentukan sama ada sekitaran kebenuaan ataupun sekitaran laut dalam.
Beberapa pelajar sedang mencari tempat berteduh

Lokaliti 25: Jalan Pintas-Mentakab : 1735
Keadaan lokaliti

   Lokaliti ini merupakan salah satu lokaliti tepi jalan yang cukup unik oleh kerana sejarah geologinya yang lain daripada yang lain. Kawasan ini terletak di atas Formasi Semantan (juga dikenal sebagai Formasi Kerdau). Terdapat lapisan batu pasir bertuf yang berselang lapis dengan batu lumpur dan sedikit konglomerat. Jujukan batuan dan struktur endapan disini menunjukkan pengendapan telah berlaku di bawah cerun benua oleh arus kekeruhan atau aliran jisim.
Lokaliti terakhir untuk hari ini

   Beberapa struktur lain yang ada di kawasan ini antaranya ialah perlapisan dan struktur nendatan (Slumping) serta perlapisan tergred. Apa yang menariknya, di lokaliti ini semua pelajar geologi yang mengikuti rombongan ke Kawasan Jalur Tengah diuji menggunakan kompas jenama Silva Ranger 15 TD-CL . Pemarkahan bergantung kepada budi bicara pensyarah yang mengendalikan sesebuah kumpulan. Antara elemen pemarkahan antaranya ialah menetukan jurus serta kemiringan sesebuah satah batuan.

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

   Di kesempatan yang ada ini, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin, dan ucapan ini ditujukan khas buat keluarga yang tercinta, sanak saudara, yang dekat mahupun yang jauh dimata, kawan-kawan yang sangat dipercayai, samada sahabat semasa bersekolah, di Matrikulasi mahupun sahabat handai di Universiti, sekali lagi memohon maaf, andai ada terkasar bahasa, tergusis rasa, harap dimaafkan.
Ikhlas daripada Hdin Hafizudddin dan Keluarga.
      Dikesempatan ini juga, pelajar Program Geologi UKM tahun 2 sesi 2010/2011, ingin mengucapkan, Selamat Menyembut Hari Raya Aidilfitri, Pastikan perjalanan pulang ke kampung di sambut dengan keriangan, bukan dengan tangisan. 
Ucapan daripada pelajar tahun 2.
  Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila, dan jika berkesemapatan, bolehlah kita mengetur langkah merangka program hari raya khas untuk pelajar tahun 2, seperti majlis berbuka puasa yang lalu.
Motif?


Ahad, 5 September 2010

Pengesahan masuk peperiksaan di SMPWEB

  Peringatan kepada semua pelajar UKM sesi 2010/2011, sila sahkan daftar masuk atau jadual waktu peperiksaan anda mulai hari ini, 6 september sehinggalah 12 september 2010. Ini berikutan pada minggu ini sibuklah semuanya dengan persiapan hari raya.


   Pengesahan boleh di buat di laman SMPWEB ini (klik sini)dan sebarang kelewatan semasa proses pengesahan boleh mengundang pembaziran duit para pelajar. Oleh itu, buatlah, tunaikanlah dan percepatkanlah proses pengesahan anda sebelum terlewat.

Kerja Lapangan Pantai Timur : hari ke-enam: 8 Mei 2010 (part 1)

   Selepas bermalam di Kuantan pada malam yang ke-dua, tibalah masanya rombongan meningggalkan tanah bumi kuantan, tetapi sebelum itu, beberapa lokaliti harus di tempuhi iaitu disekitar Kuantan sebelum destinasi bermalam di Temerloh.
  Sebelum bertolak, para pelajar diminta untuk membeli sedikit sarapan untuk mengisi perut demi perjalanan yang amat mencabar tatkala perlu mendaki bukit untuk ke Gua Charas, contohnya. Kami telah diberitahu awal-awal tentang lokaliti yang akan ditempuhi kelak.
Kami perlu naik seperti ini (:
Lokaliti 18: Bulatan Bunga Cengkih :0915
   Lokaliti kawasan lapang di tepi jalan ini dengan kesan taraan bukit telah memperlihatkan persempadanan antara tanah Basalt dengan tanah Granit.Secara fizikalnya, persemapdanan ini dibeza dengan warna, dimana tanah basalt lebih gelap dan terletak diatas, menghempap tanah granit yang lebih cerah dan bewarna kecoklatan cerah.
Gelap, atas-tanah Basalt  Cerah,bawah-tanah granit
   Untuk pengetahuan umum,kejadian ini sangat berkait rapat dengan Pantai Batu Hitam yang telah dilawati semalamnya, dan telah diterangkan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada kejadian sebegini. Oleh kerana ianya menutupi kawasan yang cukup luas, maka morfologi seperti ini dapat dilihat dengan jelas. Para pelajar diminta untuk mencerap dan mengenal mineral apakah yang terkandung didalam batuan basalt dan granit dengan mata kasar, serta menaksir mengikut pengetahuan sendiri tentang proses, asal mula dan kejadian-kejadian yang berlaku.
Sebahagian 'penaksir' sedang memikirkan asal mula kejadian batuan disni.
    Selepas beberapa puluh minit mencerap, pelajar diminta bergerak mengikut kumpulan masing-masing bagi sesi suai kenal. Terdapat 4 kumpulan yang dibahagikan secara sama rata, dimana kumpulan-kumpulan ini diselia oleh 4 pensyarah. Kumpulan A, Kumpulan B, kumpulan C dan kumpulan D. maka bermulalah sesi komunikasi sesama pensyarah sebelum bertolak ke lokaliti seterusnya, iaitu Gua Charas.


Lokaliti 19: Bukit Charas (Gua Charas) : 1020
Ber'lokaliti' di Bukit Charas.
   Lokaliti ini terletak sangat terpelusuk didalam kawasan kelapa sawit tetapi menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negeri Pahang. Gua ini merupakan tempat suci dua agama di Malaysia, mengikut pemerhatian penulis iaitu Buddha dan Hindu kerana pengunjung-pengunjung terdiri daripada mereka yang beragama berkenaan. Walauapapun, aktiviti pencerapan bermula diluar bukit dima terdapat fossil yang membentuk batuan batu kapur yang ada.
Antara fossil yang ada (tidak nampak).
  Menurut pernyataan prof. Bukit Charas merupakan sebahagian dari Batu kapur Panching.Disini juga merupakan kawasan kajian Arkeologi yang agak penting dan kita boleh perhatikan keadaan geomorfologi bukit batu kapur seperti mogot, gua, stalagmit dan sebagainya. Tinggi bukit ini lebih kurang 50 meter dan dindingnya sangat landai seperti dinding rumah. Dipenuhi dengan pohon-pohon rendang dan pokok-pokok yang hidup segar dicelah-celah kawasan bukit berkenaan.
Perlu menaiki tangga yangagak tinggi dan memenatkan.
   Setelah hampir 1 jam kerja-kerja mencerap dilakukan, aktiviti mencerap berpindah ke lokasi atas bukit iaitu pada bahagian gua. Terdapat kira-kira 3 buah gua (pada pemerhatian penulis) di sepanjang perjalanan naik ke gua pertama.Setelah hampir 20 minit mendaki, akhirnya beberapa orang pertama sampai ke lokaliti gua yang cukup besar.
Keindahan morfologi gua yang cukup mengasyikkan.
   Sepanjang kami berada di gua tersebut, berbagai morfologi dapat dicerap, antaranya, stalagmite, kolam digua,stalagtite, dan bermacam lagi morfologi yang lain.Selepas berehat serta mencerap di dalam gua terbesar di bukit charas itu, kami bergerak ke gua yang lebih kecil sdeikit tetapi agak lebar memanjang ke kawasan tengah gua. Kawasan inilah yang menjadi tumpuan beberapa penganut agama Buddha dan Hindu kerana disinilah tempat mereka bersembahyang (pada pandangan penulis).
Penulis bersama beberapa orang pelajar lain.
   Menurut prof, gua (yang menjadi tumpuan) ini terbentuk akibat daripada proses sesar yang berlaku di bumbung gua suatu masa lalu, dan lalu, menghakis bahagian bawahnya menjadilah kawasan gua ini. Walaubagaimanapun, tahap keselamatan gua ini masih belum dapat dijamin akibat struktur yang kurang kuat dan boleh musnah bila-bila masa jika berlaku kejadian gempa bumi di Indonesia umumnya dan Sumatera khususnya.
Morfologi kawasan Gua Charas
   Setelah hampir tengah hari, kami bergerak turun beramai-ramai sambil merasai kepenatan menaiki tangga yang cukup banyak. Sesampai sahaja di bas, berduyun-duyun pelajar mencari air untuk mengurangkan kehausan. Bersambung....

Jumaat, 3 September 2010

Majlis Berbuka Puasa PERMAJ UKM

  Majlis Berbuka Puasa se-IPTA anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ UKM) yang berlangsung pada 3 September 2010 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah berlangsung dengan jayanya.Program yang menghimpunkan seluruh mahasiswa anak Johor bukan sahaj dari UKM, malah dari ipt lain, antaranya UPM, UM,USIM,UPNM dan UPSI.
Diserikan dengan kehadiran timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
   Program berskala besar ini turut mengundang Datuk Ahmad Maslan, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga salah seorang anak Johor. Beliau sangat teruja untuk berjumpa dengan semua anak Johor dari seluruh pelusuk IPT di seluruh negara. Beliau juga menasihati para mahasiswa sekalian bahawa pentingnya menjadi tulang belakang kerajaan dalam usaha memupuk daya saing negara di peringkat antarabangsa, selain menjadi negara berekonomi berpendapatan tinggi. Isi-isi lain yang disampaikan termasuklah isu Biro Tatanegara (BTN),Gabungan Anak Johor (GAJ) dan pelbagai nasihat dan pedoman telah disampaikan.
Kemeriahan suasana.
   Bercerita mengenai makanan, makanan yang dihidangkan adalah nasi Ambeng yang masih segar dan panas, menjadi kegemaran sekelian rakyat negeri Johor suatu masa dahulu dan kini menjdi makanan tradisi di negeri Johor.Ramai juga bertanya tentang nasi apakah yang mereka sedang makan, dan adakah begini cara pemakanannya? Memang tidak dinafikan, nasi ambeng masih lagi bersifat kekampungan dan masih belum mampu menyaingi nasi-nasi lain sperti nasi dagang, nasi kerabu mahupun apa-apa jenis sekalipun, pendedahan sebeginilah yang kita mahukan untuk memperkenalan makanan tradisi kita pada orang diluar sana.
Maaf, gambar x clear ;-(
    Secara keseluruhanya, majlis ini sangat baik dan perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Semoga pengajaran pada hari in memberi pedoman dan tidak diulangi pada masa akan datang. Program ini akan diberi...4 bintang untuk keseluruhanya.

Kerja Lapangan Pantai Timur: Hari ke-5: 7Mei 2010

   Selepas bermalam di Kuala Terengganu, rombongan bergerak menuju ke pasar Payang untuk menikmati sarapan pagi sambil membeli beberapa barangan yang patut dibeli buat bekalan di lapangan kelak.Pada masa yang sama, ada juga yang sempat membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang bersama.
Dataran Pasar Payang: sebelum bergerak ke Kuala Terengganu
  Lokaliti 14:0930: Pantai Chendering, Kuala Terengganu.
   Lokaliti pantai yang mempunyai morfologi yang cukup menarik untuk dikongsikan. Berdekatan dengan kawasan rumah penduduk di tepi laut China Selatan, lokaliti pantai ini juga merupakan kawasan batuan yang kebanyakannya telah tercangga dalam keadaan yang sangat rencam.
Kawasan batuan yang telah tercangga dengan rencam.
   Untuk pengetahuan semua, jenis batuan disini adalah batuan metasedimen iaitu batuan kuartzit dan filit berselang lapis antara satu sama lain.selain itu, dapat dilihat adalah struktur tektonik dimana terdapat lipatan yang sangat besar dan di atas sayap lipatan besar ini boleh juga ditemui lipatan-lipatan yang kecil.Tambahan pula, sesar, kekar dan struktur canggaan yang lain banyak terdapat di sini.
Struktur perlipatan yang sangat jelas.
   Selepas mendengar taklimat yang di berikan, para pelajar diminta untuk mencerap serta melukis bentuk perlipatan yang ada. Maka berduyun-duyunlah serta terkemut-kemutlah rakyat Geologi tahun 1 sesi 2009/2010 menyiapkan lukisan-lukisan perlipatan mereka dengan selengkap mungkin untuk diserahkan kepada pak cik mat di sebelum bertolak menuju ke destinasi seterusnya.

Lokaliti 15: 1145 : Kuala Abang, Terengganu.
   Satu lagi lokaliti tepi pantai yang memperlihatkan morfologi batuan yang menarik. Sekali lagi ditemui batuan metasedimen seperti yang terdapat di Pantai Chendering dan di Tanjung Jara (tidak termasuk senarai lokaliti).
Aktiviti mencerap batuan sedang dilakukan.
   Secara umunya, filit yang terdapt disni juga memgandungi grafit yang tinggi yang mana salah satu mineral yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan boleh dikormesialkan. Terdapat juga struktur perlipatan dan kerdut.hakisan pantai yang berbeza terhadap batuan yang berlainan (filit dan kuarzit) juga dapat diperhatikan.
Morfologi kapal si Tanggang hasil daripada hakisan pantai.
   Pelajar di berikan masa untuk mencerap batuan yang ada dan cuba mengenali beberapa mineral lazim mahupun mineral yang mempunyai nilai yang tinggi seperti mineral grafit. Setelah hampir satu jam, pelajar diminta balik ke bas untuk meneruskan perjalanan menuju lokaliti seterusnya.

Lokaliti 16:1430: Kuala Kemasik, Terengganu.
   Berhenti sebentar di Kuala Kemasik, para pelajar di benarkan makan tengah hari dan menunaikan solat di kawasan rekreasi ini. selesai berehat selama beberapa belas minit, tumpuan diberikan kepada jasad batuan di sekitar Kuala kemasik, yang menjadi kawasan aktiviti riadah pengunjung di hujung minggu maupun di waktu cuti umum.
metasedimen Paleozoik atas.
   Menurut Prof. Shafee Leman,jenis batuan yang terdapat disini adalah batuan metasedimen paleozoik atas dengan kelimpahan andalusit (kristolit) yang disebabkan oleh metamorfisma.Selepas diterangkan jenis batuan, pelajar juga diberi sedikit penerangan berkaitan Geo-pelancongan yang semakin berkembang saat ini, dimana semakin ramai orang diluar sana berminat untuk mengetahui tentang sejarah serta asal mula sesuatu bentuk batuan, keadaan sekitaran nya serta penjelasan umum berkaitan kepentingan dalam menjaga serta memulihara khazanah bumi yang tidak ternilai ini. Pelajar dibenar mencerap dan selepas beberapa ketika, pelajar dibenar kembali ke bas untuk bergerak ke lokaliti terakhir.

Lokaliti 17: 1715 :Pantai Batu Hitam, Kuantan.
   Akhirnya perjalanan Kuala Terengganu-Kuantan yang memakan masa selama beberapa jam akhirnya sampai ke destinasi terakhir untuk hari ini, iaitu, Pantai Batu Hitam.
Pemandangan Pantai Batu Hitam yang cukup indah di petang hari.
   Sedikit maklumat geologi mengenai kawasan lokaliti: asal mula ialah lava basalt berusia Pleistosen iaitu 1.7 juta tahun lalu. Berwarna hitam, serta berbutir halus, basalt ini mengandungi mineral amfibol, piroksen, olovin, feldspar yang kaya dengan kalsium. Terdapat rongga-rongga vesikel menunjukkan arah aliran. terdapat juga kekar-kekar poligon dan kesan luluhawa mineral amfibol, piroksen serta olivin.
Mineral Ultrabes sangat melimpah dalam batuan ini.
   Mengikut kajian geo-kronologi, usia basalt disekitar Kuantan adalah sekitar 2 juta tahun iaitu bersamaan usia kuartenari.Basalt ini mungkin keluar ke permukaan bumi melalui rekahan-rekah yang ada dan mengalir keluar ke kawasan Bukit Tinggi.Mungkin disisilah tempat lava keluar melalui rekahan dalam bumi. Terdapat aliran yang membeku dalam rekahan sebelum sempat keluar membentuk daik. Daik dolerit banyak terdapat disekitar Kuantan, tetapi daik dolerit di Kuantan ini dikatakan berusia 110 juta tahun, iaitu jauh lebih tua berbanding dengan lava basalt itu tadi.
Prof Dr. Ghani sedang memberikan penerangan berkenaan Pantai Batu Hitam ini.
  Kemudian, aktiviti mencerap pun mula dilakukan tetapi mengambil masa yang tidak begitu lama akibat waktu yang sudah terlalu lewat, dan pelajar kemudianya kembali ke bas setelah selesai mencerap batuan yang dikehendaki.