Ahad, 31 Oktober 2010

Agak2, kalau saya nak jadi pakar Volkanologi boleh x?

  Entri sangat tak boleh blah.....
blah laa din tu sumer tinggal angan2 mat jenin jer....ko dah dpt aper ko nak skang pon dah cukup bagus....
haha.....
tu lah.....kata-kata yang boleh menghancurkan semngat gua....
x per...ok kot....tp  ak bukan pandai maner pon.....nak jadi pakar2 nie...dpt kerje lepas grad pooon dah kire ok per.......
hehe.....nntilah.....bile2 dimane jua...ade rezeki (korang doa2 lah aku supaya dapt jadi pakar volkanologi, x pon seismikologi) hehe *eja pon salah | peduli, blog gua....
oklah...

x der paper.....sajer kuar entri mengarut nie sbb pasal merapi tu lah....
tetibe dengan ader 21 gunung berapi lain kat indonesia tu yang meningkat aktiviti kesiesmikannya dari tahap normal.....
nak tau gak macammaner pakar dieorang kaji bende tu....
nak tau gak ape (alat2) yang dieorang gunakan bagi menentukan tahap keaktifan sesuatu gunung berapi...
nak tau gak Malaysia effect x , andaikata jaluran gunung berapi yang dikata2 tu betul2 meletus......

nie senarai gunung2 yang dikatakan semakin aktif tu....


1.Seulawah Agam (NAD) dengan status waspada

2. Sinabung (Sumatra Utara) dengan status waspada

3. Talang (Sumatra Barat) dengan status waspada

4. Kaba (Bengkulu) dengan status waspada

5. Kerinci (Jambi) dengan status waspada

6. Anak krakatau (Lampung) dengan status waspada

7. Papandayan (Jawa Barat) dengan status waspada

8. Slamet (Jawa Tengah) dengan status waspada

9. Bromo (Jawa Timur) dengan status waspada

10. Semeru (Jawa Timur) dengan status waspada

11. Batur (Bali) dengan status waspada

12. Rinjani (NTB) denmgan status waspada

13. Rokatenda (NTT) dengan status waspada

14. Sangeang Api (NTB) dengan status waspada

15. Egon (NTT) dengan status waspada

16. Soputan (Sulawesi Utara) dengan status waspada

17. Lokon (Sulawesi Utara) dengan status waspada

18. Gamalama (Maluku Utara) dengan status waspada

19. Dukono (Maluku Utara) dengan status waspada

20. Ibu (Maluku Utara) dengan status siaga

21. Karangetang (Sulawesi Utara) dengan status siaga

22. Merapi (DIY dan Jawa Tengah) dengan status awas.(ULF)

*gambar-gambar adalah dengan ihsan Pak Cik Google

ak mmg minat2 bende mcm nie berbanding....
*artis: errkk...sory, salah org x kenal pon artis2 kat Malaysia nie*tipoooo...
*jename-jenami: ehhhhmmm...x minat...seyes
*Gossip : halooo...saye bukan paparazi okkay....

cukuplah tuh....Merapi...jangan dengil2...nnti kene sephak n terajjang...hakhak........*mode: maen2
I Love To Explore Volcanic Eruption n Earthquake
LOVE SOOOOOO MUCH!!

Khamis, 28 Oktober 2010

Amukan Merapi I

 25 Oktober 2010
Tepat pukul 10.55 malam, sesampai sahaja aku di blok dari PTSL, dengan pening-pening lalat dek kerana lab petro yang belum dihantar, lab GS yang menghantui diri, final sedimen yang tiba-tiba diawalkan kepada dua hari depan (sudah diketahui seminggu yang lepas, asalnya 8 nov.) , tetiba tergerak hati untuk membuka laptop. Seperti biasa, laman sesawag FB menjadi keutamaan. Pada malam tu, aku rasa macam nak bukak lah pulak pak cik Google dan search 'Earthquake'.
   Tetiba, ak betul2 terkejut besar. Mengigil tangan. berpeluh seluruh badan. errr.....Gempa bumi kuat ...masa tu berukuran 7.5 pada skala richter, so ak, macam biasa, nak dapatkan kepastian, terjah USGS punyer web, kejadian berlaku tak sampai lagi sejam sbb kat map tu masih warna merah, huh....ade bukti....terus ak post kat wall aku, siap link USGS ngan tulisan yang sangat besar, menandakan bende tu amat amat amat penting..tapi malang sesangat...aku cume dapat 2 like kawan-kawan FB, tu pun yang bukan sejurusan dengan aku. sedihnyer.....aku x tau nak cakap ape. nak marah? nak persoalkan? aku tak de hak....aku nie 'org kecil' jer dalam tu....tp aku amat2 bersyukur....aku dikurniakan jurusan yang sehidup semati dengan jiwa aku, x pernah sekelumit pon rasa menyesal, niat aku cuma nak beri kesedaran kepada rakyat umum kat luar tentang pentingnya ilmu sains bumi nie dan bertindak secepat mungkin jika berlaku sesuatu kecemasan.
  Dan aku rasa tidak salah untuk post sesuatu yang berkait dengan proses ketamadunan manusia, nie lah salah satunye, bencana alam. Tapi sayang, tak ramai yang sedar. terkilan rasa hati. nielah aku post bende tu


GEMPA BUMI KUAT BERUKURAN **7.5** PADA SKALA RICHTER MENGEGAR KAWASAN KEPULAUAN MENTAWAI, INDONESIA, AMARAN** TSUNAMI** DIKELUARKAN


pastu aku update blog ke-2 aku, pasal gunung merapi sbb mase aku tengok2, check2, aku ader terbaca pasal peningkatan aktiviti seismik gunung teraktif kat Indonesia tu dgn gempa tu skali.

pas tu aku post birthday kat wall adik aku, dan tunggulah breaking news seterusnya, tp, ak hampa.
Sbb kurang orang update pasal gempa nie, kt twitter jerlah yg banyak.
last2 aku tido, dengan keadaan sedih yang teramat sangat.

26 OKTOBER 2010
  Pagi tu, aku update pasal Gunung merapi berbunyi

Sedang memantau aktiviti seismik Gunung Merapi | peningkatan lahar, tahap berjaga-jaga ke tahap merah dikuatkuasakan di sekitar Yogyakarta , Merapi boleh meletus bila-bila masa


dalam status nie, ade 7 orang like, tiada sebarang komen yang ditinggalkan. Aku sangat sedih, padahal kiteorang (bakal2 geologist) nie belajar bende2 sebegini. Kenapa dieorang tak minat nak tahu? atau aku yang lebih-lebih update? Fine!! aku time tu dah tak kisah dah dieorang nak cakap ape/ kutuk ape/ngata/ sindir...aku dah tak kisah...aku update bukan untuk menunjuk2 yang aku nie seorang sangat mengetahui bende itu atau aku berbangga. TIDAK!! TIDAK SAMA SEKALI!!! 
   aku sangat minat bidang nie. Gempa dan aktivit volkano lah yang membuatkan aku jatuh cinta dengan bidang geologi. sejak tahun 2004 lagi aku dah jatuh hati dah, cume aku tak tahu kos nie belajarnyer macam mane, bidang kerja n belajar tentang ape.Dulu mana ade tenet sangat tempat aku tuh....CC jer lah...tiap kali ade gempa, mak aku dah paham dah.....nie mesti kene melabur sikit, beli paper esok....
   tengah hari tu, aku tak update, sbb sibuk baca pasal sedimen, esok nak exam, 4 unit, besar sangat , petang baru update. Punyalah terkejut bila baca die die (merapi) bersiap sedia untuk meletus. Aku pun update laa status:

Mount Merapi Set to erupt!

---------------------------------------esok sambung. bye =)
Sambung cerita x abis....


lepas tu, sambung baca sedimen....huh..huh...
lepas pening2 baca sedimen yang banyak punyer tuh, cubalah search 'earhquake' balik....
Nak tahu..nak tahu...nak tahu...tenet lembab ar kat ptsl tuh....huh....
erkkk...TSUNAMI???!!  betulkah.....ape yang aku post tuh x sia2x lah.....kan2x..(Puas hati)..
mase nie masuklah berita-berita pasal kejadian gempa tuh...tp, bile aku check balik, rupanyaer dah naik, 7.7 pada skala richter....
ok, sangat besar untuk menghasilkan satu ombak besar yang boleh dikategorikan sebagai ombak pemusnah....
dan, aku menjumpai berita pertama, 10 buah kampung "hilang" dalam kejadian tersebut.


speechless.tak tau nak cakap apa.mana sistem amaran awal mereka?.mana perginyer segala pengalaman semasa menghadapi gempa 26 disember 2004 lepas?


dan, sejak dari hari ini, bermulalah susur galus mengepos bahan-bahan/maklumat2 dalam bencana gempa 7.7 dan tsunami di kawasan kepulauan mentawai, indonesia i FB.
pada masa yang sama, aku ada jugak check pasal gunung merapi yang dikatakan semakin aktif tuh....
wah, dah nak meletus!!!
dan bermulalah juga kehidupan aku untuk mengepos serta men'update' perkara-perkara yang memberi kepentingan kepada proses ketamadunan manusia ini, di FB.
tujuannyer, nak kite semua ambik iktibar dan mensyukuri dengan apa yag kita ada kini, usah banyak merungut, jangan banyak persoal itu, ini, untung negara kita, x kena bencana macam2, sepatutnyer kite makin bersyukur, bukan cakap 'padan muke' @ 'malas nak amik tau" @ " x der kene mengena dengan kehidupan kita"...
Ok, fine!!! mmg langsung x ader kene mengena dengan kehidupan kita, tp bila sampai masanyer, Allah nak bagi ujian kat kite, x kira waktu, x kira masa, time tu barulah nak bersyukur lah, nak kembali kpd kehidupan asal, sbb tu kita dituntut untuk bersyukur dengan setiap detik yang Allah dah bagi kat kita. Ok, dah, puas ak membebel. fullstop.

Rabu, 20 Oktober 2010

BerSabar lebih baik.

  Setelah sekian lama bersabar, akhirnya, hati yang kecil dan 'biasa-biasa' ini mula membuka bicara dengan perasaan gundah gulana akibat perbuatan serangan psikologi secara terang-terangan dan berterusan tanpa ada belas kasihan. Hujahan ini bersandarkan kepada beberapa fakta:

(1). Ketiadaan minggu belajar untuk semester ini.

(2). Cuti perayaan Deepavali ditambah (daripada 3 hari kepada 6 hari)

(3). Beberapa waktu peperiksaan dimajukan kehadapan.

  Penulis agak terkilan,terkesima disaat pengumuman untuk membawa jadual peperiksaan yang berada pada posisi selamat dan selesa bagi pelajar tiba-tiba diubah waktu dan tarikhnya hanya gara-gara penambahan cuti sempena Deepavali. Bukanlah bersikap perkauman atau racist tetapi perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.
  Kerajaan kampus yang dipimpin dan diterajui oleh Aspirasi sepatutnya memikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada para pelajar. Pengumuman yang melibatkan kepentingan pelajar yang boleh membawa kepada rosaknya punca dan harapan tidak sepatutnya berlaku.
  Pihak Aspirasi sepatutnya memikirkan secara rencam tentang jadual pelajar lain yang sudah sedia padat pada hari-hari berkenaan. Adalah tidak patut bagi mereka untuk bulat-bulat menerima serta menggangguk sahaja apa yang dicadangkan oleh pihak pengurusan. Adakala mereka sendiri tidak faham situasi pelajar bagaimana.
   Anda sebagai wakil pelajar seharusnya mewakili pelajar dalam segenap perkara, tidak kiralah samada ianya berpihak kepada pelajar mahupun Universiti. Diharap, selepas ini pihak PMUKM tidak mengulangi kesilapan yang sama jika mahu menang dalam Pilihan Raya Kampus akan datang.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Program Geologi, UKM

   Sambutan rumah terbuka Aidifitri 1431Hijrah bersamaan 2010 Masihi telah diadakan pada 1 Oktober 2010 bertempat di makmal Peta, Bangunan Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Bertemakan 'yang jauh kita didekatkan, Yang dekat kita eratkan' ini mengumpulkan seramai lebih kurang 150 orang yang terdiri daripada pensyrah, staf sokongan pelajar tahun 1, 2, 3 pelajar Master dan tidak lupa anak-anak yatim dari rumah anak yatim Darul Ruqayyah.
Lokaliti majlis
    Tentatif program bermula seawal pukul 3 petang lagi apabila majlis yang separa formal ini di mulai dengan bacaan doa dan ucapan ketua program, Prof. Dr Kamal Roslan Mohamed. Selepas itu, pelajar dibenarkan menikmati juadah yang tersedia di belakang sambil diiringi persembahan yang mengasyikkan. Antara persembahan yang  mengisi masa makan adalah persembahan dari pelajar tahun 1, 2 dan akhir sekali pelajar tahun akhir.
Sebahagian pelajar yang hadir.
  Antara juadah yang ada disediakan antaranya lontong, Sup ayam, kuih-muih, KFC,mee hoon, dan bermacam lagi jenis makanan yang enak-enak dan sedap disamping menepati mood raya itu sendiri. Selain juadah yang bermacam lagi pelbagai, hiasan lokaliti yang indah lagi mempersonakan membuatkan perasaan raya itu subur disepanjang majlis dijalankan.
Warna-warni Aidilfitri
   Sesungguhnya program-program sebegini mampu mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam selain memberi pendedahan kepada pelajar dari negara lain tentang budaya, adat dan kepelbagaian jenis makanan yang bermacam di negara yang berbilang kaum ini. Seperti temanya, maka tercapailah objektif sebenar program ini, walaupun tidak semua yang dapt turun, namun, cukuplah untuk mengumpulkan semua batch yang ada. Dapatlah juga pelajar-pelajar tahun 2 berkenal-kenalan dengan adik-adik tahun 1.
Pelajar geologi yang terdiri daripada paljar dalam negara dan juga luar.
    Semoga program-program sebegini dapat terus diadakan dari masa ke semasa. Akhir kata '1 Geologi, 1 Hati'