Pada awal September 2017, satu gempa bumi kuat berukuran 8.1 pada skala Richter menggegarkan luar persisir Pijijiapan, Selatan Mexico. Gempa bumi kuat terbabit dapat dirasai sehingga ke ibu negara Mexico, Mexico City yang melanda sejurus sebelum waktu tengah malam melanda negara terbabit.
Gempa bumi bermagnitud 8.1 yang melanda Mexico pada khamis lalu berpunca daripada pergerakan pembenaman (subduction) Plat Cocos ke bawah Plat Amerika Utara. Gempa berkenaan diletak pada skala 10 bagi kekuatan gegaran gempa bagi kawasan-kawasan berdekatan epicenter pusat gegaran terbabit.
Menurut USGS, epicenter gempa ini ialah di Lautan Pasifik, 87 kilometer dari barat daya Pijijiapan dengan kedalaman 69 kilometer. Selain itu, semasa gempa berkenaan sedang berlangsung, ramai penduduk terutamanya di Mexico City ternampak cahaya seakan guruh berwarna kehijau-hijauan dilangit, yang saintis percaya itu adalah hasil pelepasan gas-gas daripada gempa terbabit serta tenaga piezoelektrik hasil pergeseran mineral kuarza yang menghasilkan ion-ion negatif lalu bertembung dengan udara di langit yang mempunyai ion-ion positif lalu menghasilkan seakan-akan guruh dilangit.
Walaubagaimanapun, penduduk bersyukur kerana gempa pada khamis tidak sekuat gempa bumi pada tahun 1985 yang berlaku hampir kepada kawasan berpendudukan padat dan telah menyebabkan ribuan orang terkorban serta ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal.
Negara-negara sekitar seperti Amerika Syarikat, Kanada serta kawasan sekitar Amerika Selatan sedang dalam keadaan berjaga-jaga kerana gempa yang telah berlaku berkemungkinan besar mengakibatkan berlakunya pergerakan plat-plat tektonik berhampiran seterusnya mengaktifkan pergeseran sesar-sesar termasuklah Sesar San Andreas yang boleh mengakibatkan bencana gempa bumi yang lain.
Benua Amerika sebelum itu sedang bergelut dengan bencana 3 taufan yang sedang berlaku serentak, iaitu Taufan Katia yang sedang menghala timur Mexico, Taufan Irma yang kini dalam taufan kategori ke-4 sedang membadai kawasan kepulauan cantik Caribbean dan sedang menghala Miami dan pantai Florida, USA manakala Taufan Jose sedang mengekori rapat Taufan Irma.
Sumber: AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan