Rabu, 6 September 2017

Taufan Irma Mengganas di Kepulauan Carribbean

Taufan Irma merupakan sebuah ribut tropika yang terbentuk di Lautan Atlantik. Pada ketika ini, Taufan Irma termasuk didalam taufan kategori ke-5 pada skala kekuatan Saffir-Simpsons dimana pusaran mega ini sedang membadai kawasan Kepulauan Leeward, Puerto Rico, Cuba dan kini sedang menghala ke teluk Florida, Amerika Syarikat.



Taufan Irma merupakan taufan terkuat yang pernah melanda Lautan Atlantik selepas taufan Wilma yang melanda pada tahun 2005 dari segi kelajuan angin dan Taufan Dean pada tahun 2007 dari segi kepadatan tekanan ribut tropika terbabit. Taufan Irma merupakan taufan yang ke-sembilan terbentuk pada tahun 2017, dan taufan major kedua selepas Taufan Harvey yang melanda kawasan Texas pada Ogos 2017 yang lepas.



Sebelum Taufan Irma terbentuk, ribut tropika Irma permulaannya telah terbentuk di tengah-tengah Lautan Atlantik. Namun, disebabkan faktor-faktor persekitaran yang sesuai untuk pembentukan taufan melalui suhu air laut, tekanan udara serta posisi ribut tropika yang ideal, ribut terbabit telah bertukar, meningkatkan putarannya, tekanannya serta kekuatannya dalam masa 24 jam sehingga pada 5 September 2017, ianya telah bertukar menjadi taufan kategori ke-5 dalam carta skala Saffir-Simpsons.

Antara kawasan yang berisiko untuk dilanda taufan kuat ini antaranya ialah negara Antigua & Barbuda, Rupublik Dominican, Pulau Saint Martin dan Saint Barthelemy milik Perancis, Pulau Saba, Sint Eustatius & Sint Maarten milik Belanda, Kepulauan Saint Kits & Nevis, Kawasan Anguilla, Kepulauan Virgin Island dan Montserrat milik Britain dan Puerto Rico dan Kepulauan Virgin milik USA.


Mengikut panduan carta kekuatan Skala Saffir-Simpsons (SSHS) membayangkan taufan kategori ke-5 mempunyai kelajuan angin lebih daripada 252 kilometer per jam. Selain itu, taufan kategori ini dikelaskan sebagai bencana penuh dimana bangunan bakal musnah dengan bumbung tercabut habis. Banjir akibat bawaan angin juga akan berlaku dan kawasan selamat berada pada jarak 16 kilometer daripada kawasan pantai.

Sumber: AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan