Sabtu, 23 Ogos 2014

'Tulang Peha Makhluk Asing' di Planet Marikh?

Sekeping gambar tulang bertarikh 14 Ogos 2014 yang dirakam oleh robot pintar milik NASA, Curiosity di planet Marikh menimbulkan perdebatan hangat di alam maya dan seterusnya mewujudkan satu persoalan besar. Benarkah sebenarnya wujud sebuah kehidupan di Marikh?

Gambar bertarikh 14 Ogos 2014 ini oleh Curiosity dari Marikh menimbulkan tanda tanya: Wujudkah kehidupan disana?
Bagi peminat makhluk asing dan objek terbang tidak dikenali (UFO), ini sememangnya satu bukti yang amat kukuh bagi membolehkan satu andaian jelas tentang sebuah kehidupan, sekurang-kurangnya makhluk bertulang pernah hidup di planet merah terbabit.

Gambat terbabit dirakam dengan menggunakan MastCam Curiosity Rover pada 14 Ogos 2014. Imej berkenaan digambarkan sebagai tulang peha sebuah mahkluk vertebrata dewasa yang pernah wujud di alam, sekurang-kurangnya.

Curiosisty Rover, robot pintar dari NASA di Marikh.

Sebelum itu, pada 7 April 2014 lalu, Curiosity sekali lagi menjadi tumpuan dunia di alam maya apabila berjaya merakam sekeping gambar pemandangan dimana terdapat objek bersinar-sinar kelihatan sayup-sayup dari kejauhan di permukaan planet Marikh.


Curiosity adalah sebuah robot pintar berkuasa solar yang dioperasikan dibawah pihak NASA bagi kajian menyeluruh untuk memahami, mendapatkan maklumat terperinci serta mengkaji kemungkinan-kemungkinan terdapatnya bukti-bukti kehidupan di sekitar planet Marikh dibawah projek Makmal Sains Marikh (Mars Science Laboratory, MSL). Curiosity berlepas dari bumi pada 26 November 2011 dan selamat mendarat di Marikh pada 6 Ogos 2012.

Sumber: The Independent

Tiada ulasan:

Catat Ulasan