Rabu, 20 Ogos 2014

Bárðarbunga, Iceland : Episod letusan Eyjafjallajökull 2010 Bakal Berulang, Ruang Udara Eropah Bakal Lumpuh?

Bárðarbunga pada letusan tahun 1998
Apabila gunung berapi Eyjafjallajökull di Iceland meletus pada tahun 2010, secara kasarnya letusan telah menyebabkan debu-debu halus gunung berapi diterbangkan sehingga 30,000 kaki yang menyebabkan kebanyakkan lapangan terbang di Eropah terpaksa menutup/menangguhkan operasi mereka selama 6 hari.

Hari ini, Iceland sekali lagi memberi amaran kepada syarikat penerbangan di sekitar eropah tentang peningkatan aktiviti seismik sebuah lagi gunung berapi iaitu Bárðarbunga yang akan meletus. Pada lewat Isnin lalu, gempa terbesar yang pernah dicatatkan dikawasan terbabit telah berlaku dan saintis mendapati aktiviti magma sedang berlaku dibawah permukaan kawasan terbabit, sehingga memaksa pejabat kajicuaca Iceland mengeluarkan amaran peringkat oren kepada syarikat-syarikat penerbangan di sekitar eropah.

Bárðarbunga terletak 1,300 kaki dari bawah permukaan bumi- buat masa ini.

Saintis menjelaskan, letusan ini boleh berlaku samada melalui celahan rekahan glasier, ataupun melalui proses pencairan ais terlebih dahulu, atau melalui letusan besar yang mengakibatkan semua bahan yang terkumpul disekitar permukaan magma terbabit akan berserakan sejauh beberapa kilometer.

Ini akan menyebabkan ais tercair, bergantung kepada suhu magma berkenaan untuk proses pencairan ais. Walaubagaimanapun, beberapa teori oleh saintis mengenai kuantiti debu-debu halus yang berterbangan ke udara.

Antaranya ialah apabila lava menyentuh lapisan ais, letupan wap telah menyebabkan debu berpecah menjadi partikel-partikel halus lalu, semakin halus debu terbabit, semakin jauh dan tinggi ianya berterbangan keudara yang akhirnya akan mengancam industri penerbangan eropah, secara amnya.

Teori lain yang dikemukakan termasuklah, apabila lava menyentuh permukaan ais, ia akan menghasilkan debu tertumpat dan seterusnya bergabung bersama wap, membentuk patikel berat yang berselerakan diruang angkasa sejauh beratus-ratus kilometer.


Bárðarbunga, merupakan gunung berapi jenis stratovolcano, terletak dibawah Glasier Vatnajökull di Iceland, iaitu kedua tertinggi di Iceland.

Sumber: Science Popular

Tiada ulasan:

Catat Ulasan