Isnin, 25 April 2011

Persediaan dan Pilihan Kerjaya Geosaintis

   

SAY WHOA TO DIGI'S WWWOW AWARDS!


Persediaan dan Pilihan Kerjaya Geosaintis



   Geologi atau "Sains mengenai Bumi" adalah satu cabang sains yang amat menarik, merangsang pemikiran dan tindakan, memberikan cabaran dan lazimnya menjanjikan profesion yang berpendapatan agak lumayan.Kehidupan manusia sangat bergantung kepada keupayaan kita memahami, mengguna, memelihara dan menyesuaikan diri dengan sumber bahan dan seitaran Bumi. Kualiti kehidupan manusia juga sangat berkait rapat dengan pengetahuan sains Bumi. Oleh itu geologi merupakan bidang sains yang paling terkahadapan unutk mencapai matlamat ini. Dengan populasi penduduk bumi yang semakin bertambah, kualiti alam sekitar yang semakin merosot, keperluan dan permintaan terhadap sumber bahan bumi juga semakin meningkat, maka permintaan terhadap kepakaran geologi menjadi semakin relevan dan penting.
Salah satu elemen dalam bidang Geologis

    Geologis atau Geosaintis adalah satu profesion yang menuntut pengamalnya memberikan khidmat atau kepakaran profesional mengikut bidang keilmuannya yang bersifat khusus. Sebagai seorang profesional, geosaintis semestinya seorang yang terpelajar dalam ilmu disiplinnya, sentiasa berusaha memajukan diri dan dapat melaksanakan tugasnya dengan jaya, penuh beretika, bertanggungjawab, berprestasi tinggi dalam masa dan bajet yang diperuntukkan. Geologis juga seharusnya boleh berinteraksi/ berkomunikasi secara berkesan dengan orang di sekelilingnya. Persiapan diri ke arah mencapai matlamat menjadi seorang professional sangat penting unutk mengelakkan diri daripada kancah krisis kerjaya dan dilema yang tidak berkesudahan.
Keselesaan dan kesesuain di tempat kerja salah satu faktor yang menentukan kejayaan kerjaya geologis

   Pemilihan bidang kerjaya geosaintis dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya yang paling utama ialah minat dan kecenderungan, kelayakan dan kelulusan, upah atau pendapatan, sifat keperibadian, waktu dan persekitaran kerja. Puluhan pilihan kerjaya geosaintis tersedia di pasaran berdasarkan pengkhususan sub-disiplin geosains. Antara yang paling popular ialah geologis kejuruteraan, geologis petroleum, geologis sekitaran, geofizis, hidrogeologis, sedimentologis, geoogis struktur dan geologis perlombongan.

Kaedah dilapangan merupakan kaedah penting dalam bidang Geosains.

   Tahun pertama meniti kerjaya geosaintis professional merupakan tempoh percubaan yang amat penting dan sering menjadi kayu ukur samada seseorang itu itu akan meneruskan kerjaya sebagai geosaintis atau berubah arah mencari kerjaya lain . Ditahun pertama kerjaya anda perlu pandai menyesuaikan diri dengan tempat, waktu dan persekitaran kerja serta banyak belajar daripada rakan-rakan sekerja. Dapatkan mentor yang baik, teruskan belajar dan majukan diri dengan belajar dan terus belajar.

Bidang Geosains meliputi satu bidang yang luas


*Kepada pelajar lepasan matrikulasi/SPM/STPM/ bagi jurusan sains tulen yang sedang memikirkan jurusan apa yang patut diletak dalam borang UPU masing-masing, meh saye cadangkan anda cari dan letak 'Sains Geologi' atau 'Geofizik' apa-apa IPT pon. Cubalah, bidang nie tak ramai yang tahu n sangat menarik untuk diterokai. 
   Bagi yang minat 'gila babeng' bak kate org kampung aku...hah, elok lah tu. Sure tak rugi.

Sumber: Artikel ini diambil dan ditulis semula dengan niat yang baik, melalui penulis asal  Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin sempena 'UKM Geology Career Day 2011,19 Feburuari 2011, Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM Bangi

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah saya juga telah jejakkan kaki di bidang ini. Satu pengembaraan yang hebat! We know earth better

    BalasPadam
  2. Saya pelajar foundation petroleum geoscience di UTP . kami dikelaskan kelas kedua selepas Jurusan engineering kerana kami termasuk dlm technology. Apa pendapat admin?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Hi, saya ni baru ja lepas spm. And dapat result pon okay la cukup2 makan. Saya ditawarkan ke matrik teknikal dan diploma kejuruteraan mekanikal. Nak tnya. Antara 2 tu, yg mana lagi okay untuk sambung ke degree geofizik. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. berdasarkan pandangan saya, matrik teknikal lebih luas skopnya dan tidak terarah kepada bidang kejuruteraan sahaja, malah skopnya lebih luas berbanding diploma kejuruteraan mekanikal utk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree dlm bidang geofizik. Tapi secara umunya, takde masalah pun sebenarnya, dua-dua bidang pun boleh.Janji ada usaha :)

      Padam
  4. assalamualaikum. minima untuk mohon bidang nie agak bpe kene skor? klau tak amik biologi tapi ada amik engienering design ?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. minima skor untk mohon bidang nie bpe ? kalau tak amik biologi tapi amik engineering design ? :)

    BalasPadam