Ahad, 24 April 2011

2.46

   


  Jom Tengok ada ape dengan Hypp TV

 .11 Mac 2011.Jumaat. 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia).

    
    
Pada Waktu ini, solat jumaat di Masjid Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru sahaja tamat, dimana ramai jemaah berpusu-pusu untuk pulang, ada yang terus pulang ke kolej dan meneruskan perjalanan kuliah (bagi pelajar UKM), meneruskan perjalanan ke sekolah bagi pelajar sekolah, dan bagi staf-staf, for sure, meneruskan pekerjaan mereka kembali.
   Aku? Pada hari  itu, seperti biasa, aku menghadiri kelas amali STAG2203 Geologi Ekonomi, dimana aku 'bertemu' kembali dengan 'kawan-kawan baik'ku, iaitu batu-batu berekonomi, tak kiralah batu mineral bijih atau mineral industri. Itulah aktiviti aku pada setiap hari jumaat.

Galena, sekadar Hiasan
   Yup, Kebelakangan nie aku memang sangat sibuk. Sibuk dengan lab, family day, dinner (poyos) n Final exam. Sebab tu lah aku dah kurang/jarang update kat blob, tapi kat FB memang aktif setiap masa. Ok, berbalik cerita mengenai peristiwa gempa bumi dan Tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011. Memang agak petang jugak lah time tuh aku sampai kat Kolej (KKM), dalam pukul 6 petang.
   Lepas settle semua keperluan (solat n others), bukak lah laptop. Ok, x leh nak connect ngan ukm-Jaring. Fine, aku tak kisah. Aku cube lagi. Dalam dua kali percubaan baru boleh. Ok. 1st, bukak google tanpa ada apa-apa prasangka. Tetibe, bukak jerk.....die tulis...

   'Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others.Waves expected over the few hours, caused by 8.9 Earthquake in Japan'

    Gempa bumi ini masih lagi boleh di lihat melalui data-data yang dikeluarkan oleh USGS. Secara ringkas, Gempa bumi ini pada permulaan (11 Mac 2011) diukur pada magnitud 8.9. Sebenarnya ada cerita disebalik gempa bumi Tohoku 2011 ini. Cerita dibawah diambil dari laman USGS melalui 'Summary'.

Tectonic Summary

Versión en Español
The magnitude 9.0 Tohoku earthquake on March 11, 2011, which occurred near the northeast coast of Honshu, Japan, resulted from thrust faulting on or near the subduction zone plate boundary between the Pacific and North America plates. At the latitude of this earthquake, the Pacific plate moves approximately westwards with respect to the North America plate at a rate of 83 mm/yr, and begins its westward descent beneath Japan at the Japan Trench. Note that some authors divide this region into several microplates that together define the relative motions between the larger Pacific, North America and Eurasia plates; these include the Okhotsk and Amur microplates that are respectively part of North America and Eurasia.
The location, depth, and focal mechanism of the March 11 earthquake are consistent with the event having occurred on the subduction zone plate boundary. Modeling of the rupture of this earthquake indicate that the fault moved upwards of 30-40 m, and slipped over an area approximately 300 km long (along-strike) by 150 km wide (in the down-dip direction). The rupture zone is roughly centered on the earthquake epicenter along-strike, while peak slips were up-dip of the hypocenter, towards the Japan Trench axis. The March 11 earthquake was preceded by a series of large foreshocks over the previous two days, beginning on March 9th with a M 7.2 event approximately 40 km from the epicenter of the March 11 earthquake, and continuing with another three earthquakes greater than M 6 on the same day.
The Japan Trench subduction zone has hosted nine events of magnitude 7 or greater since 1973. The largest of these, a M 7.8 earthquake approximately 260 km to the north of the March 11 epicenter, caused 3 fatalities and almost 700 injuries in December 1994. In June of 1978, a M 7.7 earthquake 35 km to the southwest of the March 11 epicenter caused 22 fatalities and over 400 injuries. Large offshore earthquakes have occurred in the same subduction zone in 1611, 1896 and 1933 that each produced devastating tsunami waves on the Sanriku coast of Pacific NE Japan. That coastline is particularly vulnerable to tsunami waves because it has many deep coastal embayments that amplify tsunami waves and cause great wave inundations. The M 7.6 subduction earthquake of 1896 created tsunami waves as high 38 m and a reported death toll of 27,000. The M 8.6 earthquake of March 2, 1933 produced tsunami waves as high as 29 m on the Sanriku coast and caused more than 3000 fatalities. Unlike the recent magnitude 9.0 earthquake, the 1933 earthquake did not occur as the result of thrust faulting on the subduction-zone plate interface, but rather within the Pacific plate just seaward of the Japan Trench.
The March 11, 2011 earthquake far surpassed other post-1900 plate-boundary thrust-fault earthquakes in the southern Japan Trench, none of which attained M8. A predecessor may have occurred on July 13, 869, when the Sendai area was swept by a large tsunami that Japanese scientists have identified from written records and a sand sheet.
Continuing readjustments of stress and associated aftershocks are expected in the region of this earthquake. The exact location and timing of future aftershocks cannot be specified. Numbers of aftershocks will continue to be highest on and near to fault-segments on which rupture occurred at the time of the main-shock. The frequency of aftershocks will tend to decrease with elapsed time from the time of the main shock, but the general decrease of activity may be punctuated by episodes of higher aftershock activity. Beyond the ongoing aftershock sequence, the USGS does not believe that the earthquakes in Japan have significantly raised the probability of future major earthquakes. While the probability of future large earthquakes far from northern Honshu has not increased, neither has it decreased and large earthquakes will continue to occur just as we have observed in the past.
 
     Okey. Ayat pertama dalam 'summary' tuh die ade kate, bahawa gempa bumi berukuran 9.0 pada skala richter ini berlaku pada zon sesar kisap berdekatan zon subduksi. Okeh. Ape tuh sesar kisap? ape tuh zon subduksi? Sesar kisap adalah satu satah patahan secara selari yang boleh mencapai sehingga kepanjangan beberapa ribu meter dan terjadi akibat berlakunya canggaan. Canggaan pula bemaksud tekanan (tegasan dan terikan) yang berlaku pada kedua-dua arah, secara kuat, dan menyebabkan berlakunya patahan tersebut.Zon Subduksi pulak adalah zon dimana pertemuan dua plat tektonik yang mana, salah satu daripada keping perlu menyerah dan memasuki bahagian bawah satu lagi keping tektonik.
   Proses inilah yang menggerakkan seluruh benua-benua didunia ini dan dipanggil proses 'hanyutan benua' atau 'continental drift'.

   
 Okey. Gambarajah atas adalah proses hanyutan benua dengan menggunakan proses kerangka masa geologi. Proses ini menyebabkan benua kita bergerak beberapa mm hingga cm setahun, bergantung kepada jenis keping benua yang ada. Bagi kes negara Jepun, sebenarnya kawasan yang dilanda gempa pada 11 Mac 2011 lalu adalah zon dimana bertemunya 3 keping plat tektonik! Tapi dalam summary ini, penulis menyebut hanya plat Pasifik dengan plat Amerika Utara. 


   Menurut majalah Sains.com dalam artikel yang ditulus oleh Datuk Ibrahim Komoo, Kepingan lautan Pasifik menusuk ke bawah Kepulauan Jepun dengan kadar 83 mm/tahun di sepanjang dua jaluran yang disebut Zon Subduksi. Walaubagaimanapun, kepingan ini dihalang oleh plat Eurasian, menyebabkan berlaku patahan sepanjang zon sesar ini dan tindakan ini menyebabkan pelepasan tenaga (gempa) seismos yang amat besar. 

   
Patahan yang dianggarkan sejauh 500 km ini menyebabkan anjakan sejauh 2 hingga 3 meter. Patahan inilah yang mengangkat jasad air di lautan pasifik lalu membentuk satu gelombang yang dinamakan gelombang tsunami. Oleh kerana epipusatan bagi kedudukan gempa ini hanya kira-kira 129 km dari bandar Palabuhan Sendai, maka, tsunami yang melanda persisir pantai kawasan Jepun sampai kurang dari 30 minit.


   
Sebenarnya, menurut USGS, gempa bumi kuat pernah berlaku pada 13 Julai, 869, apabila Bandar Sendai musnah sama sekali.Namun, teknologi penafsiran gegaran gempa bumi melalui skala richter hanya muncul pada lewa 1900-an.  Ia menunjukkan bahawa kawasan ini pernah dilanda gelombang tsunami yang dahsyat, beberapa ratus tahun lalu. Namun, kebanyakkan binaan-binaan yang ada hanya terhad kepada gegaran sehingga 8.2 pada skala richter dengan ketinggian ombak setinggi hanya 5 meter sahaja.





Namun, apa yang berlaku diluar kawalan apabila gempa bumi ini menghasilkan ombak setinggi hampir 10 meter disesetengah kawasan, menjadikan beberapa kawasan ditenggelami badai selaju 500 km/saat ini. Rumah, bangunan kurang 4 tingkat, kenderaan, bot-bot, dan kawasan pertaniah habis dilanda ombak tsunami ini.

Kenderaan yang dihanyutkan ombak Tsunami.
   Bergerak ke arah lautan Pasifik, dalam tempoh enam jam, ombak setinggi 1.7 meter sampai di kepulauan Hawaii, dan pada tempoh beberapa belas jam, ombak menjadi semakin mengecil, seperti yang berlaku di Taiwan dan Filipina, manakala di kawasan persisiran pantai Amerika, kesannya tidak terlalu ketara, kerana tenaga-tenaga yang dikumpul semasa mula-mula ombak di cetuskan semakin berkurangan. [sini]



   Tsunami yang bersifat global ini sebenarnyer tidak terhenti disini, malah, ia mencetuskan satu lagi bencana, iaitu bencana nuklear Fukushima-Daiichi. Aapa sebenarnya yg berlaku? Okeh. Sebelum peristiwa Gempa bumi dan tsunami Tohoku, sistem tenaga nuklear di Jepun dibina berdasarkan maklumat gempa yang ada pada tahun 1980-an dan still diguna sehingga sekarang. Lagipun, stensen tenaga nuklear Fukushima ini sebenarnya akan mengalami proses 'tidak-aktifan' , iaitu beberapa hari lagi. 

 Namun, apa yang berlaku pada 11 mac 2011 lalu, ombak setinggi 10 meter merejah masuk ke kawasan loji dan dengan serta merta, bekalan elektrik terputus. Untuk proses penyejukan bagi bahan radioaktif didalamnya, tenaga bateri 8 jam digunakan dengan harapan, dalam tempoh tersebut, tenaga elektrik dapat disembungkan semula. Itu biasalah, sebab, pada gempa yang lepas-lepas, hanya beberapa jam sahaja bekalan elektrik terputus.
  
 Walaubagaimanapun, gempa ini amat kuat dan terlalu dahsyat (dikategorikan sebagai 'Catastrophic' ) dan bekalan elektrik amat mustahil untuk dapat dibekalkan dalam waktu 8 jam. Oleh itu, apa yang berlaku, selepas tempoh 8 jam dan bateri pon dah habis, berlaku pendidihan/pemanasan dalam loji reaktor nuklear tersebut. dan beberapa jam kemuadian, loji tersebut meletup dan melepaskan gelombang radioaktifnya. Inilah yang dikatakan sebagai bencana teknologi Baru.
  
 Untuk pengetahuan anda, Jepun tidak seperti negara lain (termasuk kita), kerana mereka tidak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi seperti gas asli dan petroleum, oleh kerana keadaan geologi dan geografinya. Oleh itu, mereka memerlukan tenaga nuklear bagi menghasilkan tenaga elktrik yang boleh digunakan oleh penduduk negara itu.
  


Apa perbezaan antara gempa di Jepun dengan Gempa di Sumatera?
     Okeh. Gempa bumi di Jepun berlaku pada zaman teknologi, dimana maklumat dapat disalurkan kurang 5 minit gempa berlaku. Amaran awal tsunami telahpun berbunyi sejurus selepas gempa berlaku. Oleh itu, rakyat Jepun sebenarnya sudah bersedia sepenuhnya dengan gempa dan tsunami. Cuma, ada beberapa faktor yang menyebabkan ada yang maut

 (1) tak pedulik dengan tsunami n dieorang anggap tsunami tu kecik. 

(2) Golongan tua yang tak berupaya untuk naik ke tingkat yang tinggi..tak larat dah mak cik...

(3) Dieorang ingat rumah dieorang selamat, tu ar yg dieorang ambil langkah selamatkan diri kat dalam rumah jer

(4) Ramai yang dok dalam kenderaan aku nampak...mungkin x expect ade tsunami kot....

(5) letupan reaktor nuklear fukushima

   berbeza dengan Jepun, Sumatera 2004 pulak lain ceritanya...

(1) semua orang tak tahu n tak expect akan ade berlaku tsunami

(2) teknologi belum berkembang

(3) tiada amaran awal tsunami, walaupun dah dikeluarkan oleh NOAA n USGS

(4) kawasan berpenduduk ramai

(5) Pusat gempa dengan penempatan

(6)kawasan yang negara masih sederhana pendapatannya.

(7) tiada didikan mengenai gempa (Earthquake Drill)




  * Heh. Aku rase Malaysia kene buat jugak 'Earthquake Drill' lah kat sekolah2, institusi  pengajian, pejabat kerajaan, bukan setakat 'Fire Drill', berdasarkan peristiwa yang terbaru yang berlaku kat Myanmar tuh.

Sumber: Majalah Sains . Com dalam artikel bertajuk "Tsunami Cetus Risiko bencana Teknologi baru', Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengarah, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan