Au : Bukan sekadar perhiasan semata
*kenaikan harga emas sehingga mencecah ke rekod paras tertinggi semalam (4/25/2011) telah menjadikan lebih banyak longgokan bijih emas dikelaskan sebagai jasad bijih berpotensi.
*Kebiasaannya emas wujud bersama-sama dengan mineral perak dan lain-lain, yang mana emas sebagai mineral bijih utama manakala perak sebagai mineral bijih sampingan.
*Emas juga pada kebiasaanya dikelirukan dengan sejenis mineral lain yang seakan-akan emas, yang dinamai mineral pirit. Antara persamaan/kehampiran yang boleh dilihat adalah dari segi warna mineral. Namun, perbezaan ketara pada kedua-dua jasad mineral ini adalah, pirit mempunyai garitan selari pada permukaan satah hablurnya, manakala, emas tiada. Pirit juga akan pecah/meletup apabila di cucuk/dibenamkan dengan jarum, manakala emas akan tercucuk, kerana sifatnya yang mempunyai kebolehan leturan yang tinggi. Emas jika digores pada permukaan marmar akan mengeluarkan warna keemasan, manakala, pirit jika digores ke permukaan akan mengeluarkan warna kehitaman. Pirit adalah sejenis mineral gangue, iaitu sejenis mineral yang tidak berharga, tetapi selalu wujud bersama mineral berharga lain.
Pirit, sebuah mineral yang selalu dikelirukan dengan emas. |
*Emas wujud dalam keadaan berselerak, means ia boleh wujud dalam pelbagai cara, antaranya ia wujud berselerak dalam stowok di dalam jasad rejahan igneus. Sesetengah longgokan ini dirujuk sebagai longgokan emas porfirik.
*Emas-Perak juga wujud berselerak di dalam aliran volkano dan batuan. Kebiasaannya, pemineralan emas wujud dalam jumlah resapan perubahan yang besar dalam batuan riolit, andesit dan basalt.
*Longgokan emas juga biasa ditemui didalam batuan bertuf dan formasi besi. Biasanya, li dijumpai didalam batuan tufdan batuan piroklas yang lain yang sering terdapat di dalam jaluran batu hijau yang berusia Pracambria.
*Selain itu, longgokan juga banyak ditemui didalam batuan karbonat (batu kapur) didalam mata air panas batuan volkano dan di dalam batuan volkano melalui kes-kes tertentu (Tooker 1985).
*Sesar juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan mineral emas sebagai saluran peredaran.
*Dari sudut pandangan tektonik pula, emas kebiasaannya wujud dalam teran kompleks, seperti longgokan di Nevada tengah dan barat.
*Antara tempat-tempat yang terkenal dalam bidang perlombongan bijih emas didunia adalah seperti di Ontario, Nevada, Australia Barat dan beberapa negara lain.
*Namun, menurut akhbar Kosmo beberpa hari yang lepas, 95 peratus emas di Malaysia dari Kuala Lipis, Pahang.
Jongkong emas dari Penjom Mine ketika penulis berpeluang melawat kawasan ini. |
*Kawasan ini adalah sebahagian daripada satu jaluran panjang di semenanjung dikenal sebagai Jalur tengah, yang mengunjur bermula dari tanah tinggi Bukit Melintang, Jeli, sehingga ke Gunung Ledang di Johor.
*Lombong terbesar yang masih aktif di negara ini adalah di Penjom, Kuala Lipis dan ia mengeluarkan hampir 95 peratus emas Malaysia menurut hargaemas.com.my.
*tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang juga di Pahang.
*Antara penemuan terbaru logam berharga itu adalah di Jalur Timur iaitu di Kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Nota: Nie Semua sains tau. Kenape ekk? kita dah ada sumber bumi yang banyak, namun, kita masih kurang mengambil berat mengenai ilmu-ilmu sains kebumian di sekolah. At least masukkan 'akar-akar' atau 'rangka-rangka' mengenai sains bumi ini di sekolah. Tengok Amerika dan negara maju lain, Earth Science menjadi salah satu subjek di sekolah mereka. Kita? belum sampai masanya agaknya.....at least, laksanakan earthquake drill kat sekolah, bukan setakan fire drill....jangan bile dah terkena perkara-perkara yang tak diingini (harap2 jangan lah), barulah nak mulakan semua jenis drill kat sekolah...heh.
Sumber: Buku 'Pengantar geologi Bijih' oleh Anthony M. Evans, penterj. Wan Fuad Wan Hasan, artikel '95 peratus emas Malaysia dari Kuala Lipis', Kosmo!