Ahad, 25 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Geologi 2011

   
   Majlis jamuan Hari Raya Geologi 2011/1432 H telah diadakan pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 H bertempat di Makmal Peta, Bangunan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Sebahagian pelajar yang hadir dalam program tahunan ini.
Pertemuan semula.
   
   Objektif acara ini diadakan adalah selain meraikan bulan syawal yang sedang berlangsung ini, acara ini juga bermatlamat untuk memupuk dan menjalin silaturrahim antara para pelajar dengan pensyarah dan juga kakitangan /staf sokongan.


Pemandangan
Persembahan dari tahun 2.




   Selain itu, program ini juga meraikan kehadiran anak-anak yatim Darul Rukaiyah yang turut bersama-sama dalam program ini. Kemeriahan sambutan hari Raya peringkat geologi ini lebih terasa dengan kehadiran hampir kesemua pelajar program geologi yang lengkap berpakaian hari raya.


Menjamu Selera.
Pemberian duit raya.




   Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar tahun 2, Amir Ikhwan sebelum ketua program, Prof. Madya Dr Kamal Roslan Mohamed menyampaikan sedikit titipan dan nasihat terutamanya kepada pelajar tahun 1 dan tahun 3.
Antara hadirin yang hadir.
Persembahan dari pelajar tahun 3.




   Antara intisari ucapan yang dapat dipetik adalah beliau mahu pelajar terus aktif berkegiatan diluar bidang pembelajaran tanpa menggangu sedikitpun masa-masa untuk belajar. Beliau juga menasihati pelajar tahun 3 agar sentiasa komited dalam menyiap serta menyelesaikan disertasi masing-masing pada waktu yang ditetapkan agar perjalanan seterusnya akan lebih lancar.


Faiq, Pak Cik Alias dan epen.


   Seterusnya, sementara menjamu hidangan yang telah disediakan, pelajar ditontonkan dengan klip tayangan video berupa ucapan-ucapan dari wakil pensyarah, wakil staf sokongan, wakil pelajar Master, dan ucapan secara berkumpulan oleh pelajar tahun 1, 2 dan 3.


Pelajar wanita yang hadir.


   Pelajar-pelajar dihiburkan dengan persembahan karaoke oleh pelajar tahun 1, dimana mereka menyanyikan lagu 'Seloka Hari Raya' secara beramai-ramai. Ini diikuti oleh persembahan akuistik oleh pelajar tahun 2 yang mendendangkan lagu 'Suasana Hari Raya' dan 'Aisyiteru' juga secara beramai-ramai.


Antara makanan yang disediakan.


  Pelajar tahun 3 pula mempersembahkan satu sketsa yang cukup mencuit pangkal jantung dan hati hadirin-hadirin yang datang ke majlis ini. Selain sketsa, mereka juga turut menyampaikan satu lagu bertajuk 'Menjelang Hari Raya' nyanyian asal oleh Dj Dave.


Sebahagian AJK yang menjayakan program raya.


   Majlis bersurai kira-kira pukul 5.30 petang selepas selesai kesemua acara yang dijalankan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan