Selasa, 30 November 2010

Teknik Pemetaan: Tanjung Biru, Port Dickson|2 & 3 Oktober 2010

Selepas berehat selama lebih kurang sebulan kerana menghormati bulan Ramadan juga Syawal, dan menghabiskan beberapa kerja-kerja tertunggak bagi kursus ini iaitu ketika di Taman Pantun dan Sg. Tekala yg terdahulu, maka, pada hari ini, kami bergerak ke PD bagi meneruskan legasi kerja lapangan teknik pemetaan ini. Untuk pengetahun, 59 jam waktu kerjalapangan adalah waktu yg diperuntukkan bagi memperolehi 3 jam kredit penuh kursus ini.
bergambar sebelum memulakan sesi yg lebih memenatkan

   Pada hari sabtu, 2 Oktober 2010, dengan penuh semangat dan keyakinan yg tinggi untuk menghabiskan hari pertama ini dengan cepat terbantut beberapa jam akibat air laut yang sudah pasang dahulu sebelum tiba team rockaholic yg penuh semangat itu. Sblm itu, kami telah diberitahu tentang perjalanan kerjalapangan oleh Datin Dr. Zaitun pada hari semalamnya. Pada hari pertama lagi, kami sudah ditugaskan untuk menyiapkan peta dasar kawasan tanjung (tepi) berkenaan. Tiba di PD dalam anggaran pukul 11 pagi, semangat kami di 'bunuh' oleh sistem pasang surut air laut yg terlalu cepat. Pada masa ini, datin tidak ada kerana menhadiri Majlis konvo anaknyer.
Berjalan beriringan di pantai

   Masa yang berharga tidak kami sia-siakan malah selepas tersekat setengah jalan, ramai diantara kami seperti mahu melepaskan tekanan perasaan mereka yang selama ini dok terperap dikampus untuk menikmati keindahan pantai Tanjung Biru itu, walaupun pada pandangan mata yg kasar kelihatan tercemar dengan cecair yang berwarna gelap. errr...yackk...ada yang menggunakan perkhidmatan bot pisang, berkayak dan tak lupa, yang cuba belajar berenang di tengah2 lagun berkenaan (berenang lah tu....).
Semasa melakukan kerja-kerja untuk data awal peta dasar

   Seperkara yg paling tidak dapat dilupakan oleh sanubari ini ialah, bila cermin mata Hazim (nama sebenar) tetiba hilang kat tengah lagun itu. huh! punyelah lama, berminit jugaklah usaha 15 pelajar lelaki rockaholic mencari cermin mata itu berhasil dengan menggunakan kaedah remote sensing dan geofizik selain mengkaji kwasan pengendapan lagun berkenaan (apa aku merepek nie......lupekan). Ala....sbbnyer senang jer, sbb main lambung2 punyer pasal laa....dah terlambung sekali cermin mate die....last2 jumpe gak.....Alhamdulilah...pengajaranyer, jangan main lambung2 sambil pakai cermin mata waima di tepi laut sekalipun.
Batu-batu yg cukup licin dan hari pun semakin gelap

   Petang tuh...barulah sambung misi mengambil data-data penting bagi melakar dan seterusnyer,membina peta dasar bagi kumpulan2 yg terlibat. Dengan beraninyer, kumpulan aku, partner ngan Antz Olivine (bkan nama sebenar) dan beberapa kumpulan lain pergi ke hujung lagun, yang lain bermula di awal lagun...bermulalah teknik pemetaan kami. Laluanyer, jangan cakaplah, batu2 nyer teramatlah licin untuk dipijak. oleh itu, langkah berhati-hati perlu sangatlah diambil oleh setiap bakal2 geologist nie (Insyallah...).
pemandangan ketika di sekitar tanjung berkenaan. indah bukan!

   Ada jugak dengar cerita dak2 lain yang ada beberapa org punyer hanset n kamera 'berenang' kat selat tuh.....ape nak buat, dah tak de rezeki, ak pun tumpang simpati...ak nasib baik jer....ckit lagi nak kena....tp, Alhamdulilah..amik gambar gne hanset cikai2 jer, x mcm org lain gune dah mcm wartawan penyiaran aku tengok. Ak nie, masuk Fb pon cantik gak aku tengok...so, jgn memperkecil2kan kamera cikai2 aku ok..sangat banyak jasa korang tau....msk Fb cpt, sbb ringan, kalu gne kamera yg mcm wartawan tu gne mmg laaa tersangat berat....tu yg lambat, payah..ini tips tau....haha
Hari kedua: perjalanan ke lokaliti. Air yg surut memudahkan kerja2 mengambil data dilakukan

   Pada waktu malam merupakan waktu yang sangat cun bagi kami se-kos apabila dapat mandi di kolam renang! yeahhh.....tp malangnyer, ada beberapa individu (?) yang mengaku tidak reti berenang...kahhh..kahhh...kahhh....oklah..tau ke, tak ke...mari kita mandi puas-puas selagi boleh....pastu siapkan peta dasar Tanjung Biru, P.D.

Kepenatan setelah bergerak ke lokaliti


Dari pandangan sudut bawah

   Hari kedua bolehlah diandaikan sebuah hari gemilang buat kami se-kos kerana air sangat surut ketika kami turun untuk mengambil data2 di sekitar outcrop brkenaan. Dengan kehadiran Datin, keadaan menjadi lebih licin dan tersusun, tidak seperti hari semalamnyer. Ehh..ehh...lupe nak citer secara ringkas kawasan outcrop pemetaan kami nie..hehe.....hehe...Oklah...kawasan ini merupakan singkapan batuan metamorf sentuh  (schist) yang berusia Trias kalau tak silap...banyak struktur2 geologi yang ada dikawasan ini, antaranyer lipatan tak simetri, kehadiran telerang kuarza, gua tepi laut yg terhasil daripada pembentukan sesar dekstral dengan di hakis oleh air laut. Arah ira kesyisan lebih menunjukkan batuan miring ke arah barat.

Sedang mendengar penerangan Datin. Dr. Zaitun


Tugas2 mengambil data yang lengkap perlu dilakukan bagi memastikan peta lebih lengkap.

   Oleh kerana air semakin pasang menjelang tengah hari, dan dikhuatiri terpaksa berenang meredah samudera selat melaka jika lambat sedikit, maka, datin putuskan untuk tamatkan proses pengambilan data dan melukis beberapa outcrop lalu pulang ke kawasan tepi lagun, di kafe berdekatan bagi menyiapkan laporan. laporan yang telah siap akan dihantar ke Pak Cik Mat bagi menandakan berakhirnya tugas di Tanjung biru ini. Kami bertolak balik dr Tanjung ini ke UKM pada pukul 2.45 ptg dan sampai sebelum pukul 4.00 ptg.
  

1 ulasan:

  1. alhamdullilah,ada juga yang sudi berkongsi pengalaman dengan cara yang begitu teliti. sedar atau tidak,ianya dapat membantu kami (budak2 junior geologi ukm) untuk bersedia dari segi mental dan fizikal.

    BalasPadam