Ahad, 28 November 2010

271190

 Alhamdulilah,semalam, genap 20 tahun aku bernafas menghirup oksigen di muka bumi ini, selama itu jugalah pelbagai jerih perih dugaan, rintangan yg pernah melanda sbg seorang remaja untuk mrningkat ke tahap belia. Bermacam pengalaman, tak kiralah manis, pahit, masam, kelat, masin...semualah, ak dah rasa.
   Paling best, kat skolah rendah n menengah....Paling tak best n tak menarik untuk dicerita, pengalaman 'gelap' masa kat matrik. apa pun, aku tetap akan cerita satu persatu mengapa kehidupan di matrik pada aku menduduki carta terkebawah, kalau boleh keluar carta, aku dah halau jauh-jauh pergi Khazakstan sana.
  Mcm org lain gak lah, kat skolah rendah n menengah mmg pengalaman yg paling cun untuk di ingati wlaupun kadang2  tergelak tergeleng kpala mengenangkan perangai yg macam haper.maklumlah, nakal....perkara semulajadi yg ada pada kanak2 lelaki. Paling tak boleh bla...bile kene rotan dengan pn rosaline x silap name cikgu tuh mase ak darjah 4. haha....sbbnyer...gurau ngan budak2 yg terlampau sampai budak tu nanges...siot...pastu ngadu plak tu...dah aku yg 'ikut main skali' pun kene....tp kat tapak tangan jerlah.
   Yg lain, hmmm...mase kejohanan sukan olahraga, x silap mse tu darjah 3 ke 4 lah..ak nie, x der laa kuat sangat berlari, stakat boleh bagi saingan tu, x der hal lah...tp still corot, tp mase time nie, ak masuk lah acara 4x100m...huhu....dapat emas kot...perhh...speechless time tu..gembira ar...Aku rumah Kuning, namenyer Muzaffar Shah x silap aku...x tau lah dieorang masih kekalkan ke x name asal rumah2 sukan sampai skang nie. Harap2 lah.
   Ade lagi, aku nie dlu cukup rajin pergi tuisyen, tp yang cikgu aku buat malam laa, bukan yg berbayar beratus2 hinggit tu. Tak kemampu oi. Tuisyen sains, BI, matematik buat petang @ pagi. Tuisyen Sains dgn Cikgu Khalid, Tuisyen BI ngan Cikgu Kam Beng Hoi n Tuisyen Maths ngan Cikgu Jami. mase tu PPSMI masih belum mule, tp dah di uar2kan. Malam paling best..haha.kenape? sbb ak suke matepelajaran sains laa.....tp english sorry...otak aku nie mmg bebal ngan english mase tuh...ntah. Ak sendiri pun x paham. X taulah..
   Ak ader satu kawan nie. dari dlu sampai skarang ak still cari die, namenyer Mohamad Helmi bin Kamaruddin. Dlu katenyer, pindah Putrajaya, tp entah. Carilah jugak kat FB n lain2 instrument, x jumpa jugak. Bagi sesiape yg terbaca n kenal member lame aku nie, bolehlah contact @ PM ak kat FB ek. Yelah...dah 7..8 kot...tahun aku tak jumpe, mungkin dengan cara ini, aku boleh bertemu balik. Tak kisahlah die masih ingat aku atau tidak, yg penting, aku berusaha mencari kwan2 lama.
   Oklah, aku potong cerita katsekolah menengah, aku terus masuk ke cerita masa zaman matrik dlu. Mungkin selepas baca cerita nie, korang akan sedar kenapa ada beberapa sebab aku makan hati sesangat dengan individu2 yang terlibat. Bukan niat aku untuk memburuk2kan mereka, tetapi ini juga untuk pengajaran kepada kita bahawa dalam kita berkawan dan berhubungan, kita juga perlu menghormati dan menghargai kawan2 kita, walaupun seburuk2 mana mereka, sejahat2 mana mereka, serendah2  mana pointer mereka, kita kene sedar dah ingat, mereka hanya manusia biasa.
   Aku mase kat matrik dulu boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam tetapi pada masa yang sama cuba belajar menyesuaikan diri dengan perkara2 yg penting dlm kehidupan pra-u ini. Aku tahu ak nie bukanlah seorang yg cerdik pandai, tidak seperti orang2 lain,tp bile tahu pointer seseorang tu rendah, janganlah terus tinggalakan die sorang2. Dlu bukan main cakap berapi, berbanggalah ade kawan yg baik mcm kau, kau nie baik lah, ape lah, bla..bl..bla..dah tu, bile tahu yg sorang lagi tuh pointernyer 'kureng', mulalah mereka menjauhkan diri daripada kita.
   Perkara inilah yg berlaku dan terjadi kepada diri yg kurus ini. Dengan roomate yg bertiga itu terus menyisihkan, dengan rakan2 skolah lelaki(sebahagian) hanya berkawan mengikut penarafan pointer yang tertentu, dengan bdak prak (sebahagian) yg tetibe cari pasal....tension, stress, pressure...hanya mampu berdoa, kerana sedar hanya Allah sahaja yg berada disisi kita. Aku keseorangan. Menghadapi sem II. Aku betul2 tertekan. Aku berdoa dan terus berdoa. aku tahu walaupun time tuh aku hanya berseorangan, Allah tetap berada disisi.Aku tahu.Dan aku terus berdoa......(part2 menangis tu x yah ar citer, time tu aku dah makan hati sesangat, geram...)
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan