Jumaat, 22 Julai 2016

Panas Membara di Eropah, Asia Tengah, Lembap dan Basah di China, Asia Tenggara

El NINO baru sahaja pergi meninggalkan kita beberapa bulan yang lalu. Setelah melalui kitaran cuaca yang amat panas dan kering awal tahun lalu sehingga lewat Mei, kini kita perlu berdepan dengan ketidak tentuan cuaca yang lembap sehingga ke hujung tahun ini.


Amaran Ribut Petir dan hujan lebat bagi kawasan-kawasan di sekitar semenanjung juga d Sabah dan Sarawak bagi tarikh 21 Julai 2016. Sumber: Malaysia Meteorological Department FB page


Cuaca lembap dan tidak menentu ini bukan sahaja di rasai oleh penduduk di Malaysia sahaja, malah juga dirasai oleh jiran tetangga kita iaitu Indonesia dan Thailand. Sementara itu, di Beijing, China, hujan lebat direkodkan sebanyak 281mm dalam tempoh 24 jam mengakibatkan banjir kilat, gangguan perkhidmatan pengangkutan selama beberapa jam serta beberapa kes meragut nyawa. Di pekan Xingtan di wilayah Hebei, hujan direkodkan sebanyak 295mm, dua kali ganda jumlah bulanan yang biasanya dicatatkan dalam wilayah terbabit.


Suhu Panas Lampau di Timur Tengah

Sepanjang kawasan timur tengah termasuklah Iraq, barat Kuwait dan utara Arab Saudi mencatatkan suhu tinggi lampau dalam masa beberapa hari.


Suhu yang tinggi lampau disepanjang kawasan timur tengah, yang kebanyakkanya merupakan kawasan padang pasir. Sumber: Met Office FB page.


Pada khamis lalu, Lapangan Terbang Basrah, Iraq mencatatkan suhu 53.4 celsius, manakala di Mitribah di utara Kuwait mencatatkan suhu setinggi 54.0 celsius. Kedua-dua kawasan ini (Basrah dan Mitribah) yang mencatatkan suhu melebihi 53.0 celsius, merupakan suhu paling tinggi dalam sejarah kedua-dua negara terbabit. Suhu 54.0 celsius di Mitribah ini adalah antara suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di Asia.

Cuaca panas lampau yang pernah kita rasai pada pertengahan Mac sehingga hujung Mei kini bergerak ke Asia Tengah. Untuk rekod, suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 56.7 celsius di Death Valley, California, Amerika Syarikat pada 10 Julai 1913.

Cuaca panas lampau dijangka berterusan sehingga lewat jumaat dengan suhu dicatatkan pada 53.6 celsius di Lapangan terbang Basrah, Iraq. Namun, suhu tinggi lampau ini dijangka tidak kekal lama apabila udara sejuk dari utara dijangka menghembus udara panas membara tersebut lalu menyejukkan kawasan-kawasan terbabit.

Sumber: https://blog.metoffice.gov.uk/2016/07/22/heat-and-rainfall-making-headlines-around-the-world/