11 & 12 Disember 2010 (Sabtu)
Encourage People to concern about earth for the next generation | Membangunkan perasaan kecintaan Masyarakat terhadap misteri alam untuk generasi akan datang.
Jumaat, 31 Disember 2010
Selasa, 21 Disember 2010
Semester 'Keras' dihadapan! Awas...
Salam!
bertemu kita sekali lagi dalam semester baru ini....sekarang bermulalah perjalanan pemilihan kursus untuk pengkhususan dalam bidang geologi yang antaranya:
-Wajib Major
STAG2043 Geokimia
STAG2203 Geologi Ekonomi
STAG2223 Geologi Kejuruteraan
-Keperluan Teknikal
STAG2063 Geofizik
STAG2083 Penderiaan Jauh
STAG2202 Kerjelapangan II (Selesai)
-Wajib Fakuti
STPD2013 Sejarah dan Falsafah Sains
-Ko-kurikulum
ZZZT2021 Idea Challenge
Nampaknya, sem nie semuanya subjek2 'keras'.....apalagi, Jom Dapatkan pointer terbaik lah!!
ha ha
bertemu kita sekali lagi dalam semester baru ini....sekarang bermulalah perjalanan pemilihan kursus untuk pengkhususan dalam bidang geologi yang antaranya:
- Geologi Petroleum
- Geologi Kejuruteraan
- Geologi Perlombongan
- Geologi Tulen
- Geologi Sekitaran
- Geologi Kuartener
- Geologi Pemuliharaan dan Pelancongan.
-Wajib Major
STAG2043 Geokimia
STAG2203 Geologi Ekonomi
STAG2223 Geologi Kejuruteraan
-Keperluan Teknikal
STAG2063 Geofizik
STAG2083 Penderiaan Jauh
STAG2202 Kerjelapangan II (Selesai)
-Wajib Fakuti
STPD2013 Sejarah dan Falsafah Sains
-Ko-kurikulum
ZZZT2021 Idea Challenge
Nampaknya, sem nie semuanya subjek2 'keras'.....apalagi, Jom Dapatkan pointer terbaik lah!!
ha ha
Ahad, 19 Disember 2010
Teknik Pemetaan: 16 & 17 Oktober 2010 | Bukit Peria, P.D.
Teknik pemetaan pada kali ini adalah antara yang terakhir untuk semester ini dah Lokaliti Bukit Peria adalah lokaliti terakhir Teknik pemetaan ini.
Baru Sampai PD dari UKM |
16 Okober 2010, SABTU
Bergerak dr UKM ke lokaliti Bukit Peria seawal 8.30 pagi, kami bergerak menuju lokaliti dan sampai dalam pukul 9.30 pagi. Selepas itu, kami terpaksa menapak menuju ke lokaliti selepas laluan satu lagi tidak boleh dilalui dan kelihatan agak dalam untuk kami lalui, mungkin perlu berenang dan agak malang bagi sesiape yg tak berape nak pandai berenang....tenggelam sudah.... perjalanan untuk ke kawasan lokaliti lebih mudah tetapi sedikit memenatkan apabila kami terpaksa berjalan kaki di tepi pantai sejauh 2-3 kilometer sblm dapat sampai ke lokaliti. Sejurus sahaja sampai di tepi kawasan lokaliti, kami dibenar untuk berehat seketika...huh..penat sambil menunggu rakan2 lain yang berada di belakang kami.lelah dan semua perkara yg boleh diistilahkan sbg penat lah...
berjalan lebihkurang 1 km berlatarbelakangkan pemandangan pantai |
Kerja-kerja pemetaan bermula. |
Sebenarnyer..dalam minda bdak2 nie sumer dah tak ingat dah nak mapping sebenarnyer....ape yg terlintas kat kpale hotak dieorang nie.....nak check in awal2...pastu berenang puas2 sampai kembong....tak pon, nak tdo sampai ke petang kat hotel....agaknyer laa...eh..eh..ak x kate semue yer..ak cme dapat bace sebahagian sahaje...maner tak nyer..baru kol 2 dah ‘give up’ dah nak check in....hehe...sorry kalau fakta ini menyentuh kalbu yer...paper pon....aku pon samer kot..tp ak berusehe keras utk mencapai matlamat mengambil data semaksimum mungkin agar tiada istilah ‘kekurangan data’ ketika esok hari da ketika peta ini disiapkan kelak.
Baru sampai, penat dan ambil nafas seketika. |
mendengar penerangan Dr. Zaiton. |
Macm biase, data2 basic atau asas sprt jurus miring sesuatu lapisan. Ohh..lupe nak cerite.mcm biase..yg maner sblm tu..datin tunjuk dulu lah tempat2 yg penting dalam perlu diambil berat serta perhatian yg sepenuhnyer agar markah2 tidak dipotong dengan sesuka hati saje....banyak giler sesar.....nasib baik kurang perlipatan..kalo tak..huh....tak pengsan pon, ak amik data esok hari...panas kot...tp mengenangkan nak settle dgn cepat tanpa ader sebarang masalah dan tengok partner pon dah tak kuat lagi..oklah....amik data petang jerlah.....dah lah batu metamorf...die punyer ira tuh banyak...sana-sini..kadang pening nak amik lapisan ira ker atau satah perlapisan....last2main amik jer...dr bertekak ngan partner..hehe...biaselah org berfieldwork....mesti kadang2 tension n stress ckit.....nak buat mcm maner...bekerja under pressure...kenelah berhati2 n berjaga2...
Berteduh sambil menghilangkan lelah penat berfieldwork |
Petang tuh...ak just lukis maner2 part yg datin suruh agar esok hari tak terbeban oleh kerja2 yg tak sepatutnyer dilakukan dlm usaha dan langkah penjimatan masa dan juga ruang tenaga...lukislah sampai ke petang...lepas siap separuh (?) ape lagi,balik hotel...terjun kat kolam ar....gedebussshhh.....best giler..naik, solat maghrib n sambung mandi lagi...wahaha....lepas gian, pasni dah x jumpe lagi dah....field tempat lain plak...sem depan pulak...x per pedulik aper...
Kelihata struktur perlipatan. |
17 Oktober 2010, AHAD
Hari dimana beberapa kawasan yg belum diukur lagi dan tempat dimana ianya dibanjiri air laut pada waktu semalamnyer akan diukur pada hari ini. Hari ini, yg kelakarnyer.....aku terjatuh kat kawasan yg licin (batuan yg licin) berdekatan dengan sebuah sesar songsang...hamik kau..nasib baik x der paper....cume bontot n kaki sakit ckit...ciss.. (nasib baik x der sesiape yang terlihat waktu tu)..ak pon kurus..ape ade hal kan? Agaknyer ader sekumpulan anak2 ketam yg mentertawakan aku lah agaknyer berdasarkan kedudukan tempat aku jatuh berdekatan kawasan sarang ketam tuh...heh...ketawelah..ak amik gambar korang...klikk..klikk...
Rumah ketam: dunia yang lain. |
Menyempatkan diri untuk makan aiskrim. |
Balik melalui jalan satu lagi. |
Oklah..nak cerite sikit lokaliti nie...batuan nya terdiri daripada batuan metamorf (schist) yang juga terdapat sempadan milonit dan juga telerang2 kuarza mengisi ruang2 kosong ira2 batuan yang ada. Terdapat lebih kurang 5-6 sesar di lokasi yang berbeza di sekitar lakiliti berkenaan dan hampir kesemuanyer kami perlu lukis agar nampak lebih anggun..heh...bukan anggun..tp dapat mengadaptasikan ape yg kite tengok dengan ape yg ade di lokaliti...sesar ini juga mempunyai beberapa jenis, antaranyer, sesar normal, dikstral n sinistral iaitu sesar songsang.
seperti biasa: aku dan nota lapangan. |
Kehadiran sesar dikawasan ini di tandai dengan kehadiran In-inchelon yg terhasil akibat peralihan dr bentuk asal beberapa telerang kuarza ygmembentuk “S” atau hampir lah...sesar2 nie cukup menyusahkan kot....kami bukan sahaja perlu mengira jurus malah kemirangan sesar ini, arah serta jenis selain bberapa penting yg perlu dicerap dilapangan. Nasib baik tak der perlipatan...kalau tak...bersayaplah jawapnyer aku nie...
Selasa, 7 Disember 2010
Teknik Pemetaan: Ayer Hitam, Johor | 8,9 dan 10 Oktober 2010
Teknik Pemetaan: Ayer Hitam, Johor | 8, 9 & 10 Oktober 2010
JUMAAT, 8 Oktober 2010
MISI: SELAMAT SAMPAI KE KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM.
Petang yang mendung, selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti, ak bergegas ke KKM utk mengambil segala barang n beg galas yg ditinggalkan. Kami terus bergegas ke bangunan geologi dengan menumpang Huzaifah (jay) dr balik solat jumaat hinggalah ke bagunan geo. Perjalanan ke Johor yang dijangkakan agak lama menjadi satu titik tolak terpenting dalam usaha melonjak kredibiliti, mendaya aspirasi serta mentransformasikan minda kami sbg pelajar tahun 2 jurusan Geologi UKM.
Sempat ber'posing' depan bangunan fizik sblm naik bas utk bertolak |
Perjalanan berhenti rehat di tol Ayer Keroh, Melaka. Semasa berlepas dari UKM, kami meredah hujan yang agak lebat hingga memaksa 3 bas digunakan bagi membawa kesemua pelajar tahun 2 geologi UKM ini. Perjalanan yg bermula pada pukul 3.30 ptg tiba di Kluang, Johor pada pukul 8.30 mlm sambil diiringi beberapa anjing yg sedang menyalak di luar rumah penduduk. pelik ker kami? Org KL ker? salah tu....kami dr Selangor...Bangi, berdekatan sempadan S'gor-N. Sembilan, bukan KL yer. KL tu kat tengah2 S'gor. Sila ubah cara berfikir kite yer.Dan kami dtg bukan nak buat Program Khidmat Masyarakat yer....no,no,no....kami datang nak tengok Batu!! haha...Fieldwork.
R&R Ayer Keroh-berehat seketika.. |
SABTU, 9 Oktober 2010
MISI: MENCARI BACAAN JURUS , KEMIRINGAN DAN JARAK KAWASAN PEMETAAN GEOLOGI UTK MEMBINA PETA DASAR.
Berada di lokaliti: bergerak ke kawasan kajian..ecece... |
Pukul tepat 8.00 pagi, kami bertolak dr hotel ke lokaliti,tetapi sblm itu, kami diarah utk bersarapan dahulu bagi mengisi perut dan menjana tenaga supaya enjin tenaga sentiasa berada diparas yg normal untuk melaksanakan kerja-kerja teknik pemetaan dilapangan. Maka, bermulalah babak-babak drama ketika dilapangan khususnyer semasa mengambil bacaan jurus dan kemiringan sesuatu lapisan. Ade yg jadi kuli hamba abdi kelas bawahan.....ade yg jadi wartawan penyiaran di lokasi yg tak dibayar gaji.....ade yg jadi mandur utama kesayangan bos...ade yg jadi artis yg jarang-jarang terkena pancaran sinar mentari...macam2 lah....kadang2 klakar jugak tengok gelagat dieorang nie. Kpd kengkawan yg terase ngan beberapa kenyataan akhbar diatas, anda sangat dinasihatkan agar....jangan mare....nnti cepat tua.....haha...rilek sudah....kite kawan kan??? hehe (-___-)
Sedang mendengar penerangan... |
Kami cari bacaan or kira jarak nie bukan main sesuke taruk sana-sini, ukur sana-sini...kami di'guide' secara bersepadu agar segala yang di ukur @ di ambil bacaan tu betul dan tak lari dari garis panduan yang telah ditetapkan, tepat n difaham oleh akal yg waras dan adil.Pulakk? kami sbnarnyer di guide oleh Datin yg turun padang sekali bersama-sama kami berpanas, berpeluh, berpenat lelah, menunjukkan 'hotspot'2 yg sangat penting dan dititikberatkan olehnya semasa pemarkahan nnti.Keadaan tu mmglah sangat dahsyat. Tak tau kenape.Panas jangan katelah....berbeza dengan keadaan tempat tuh 200 juta tahun lepas.....laut dalam siot....Panas tak terkate...dlm 32 celsius kot...habis sunburn kulit aku...Ade aku kesah?? dah minat..ko ckap gelap ker, hitam ker...ah..ak minat....tak der ape yang dpat halang aku dr meneruskan bidang yg aku minat sejak ting 2 @ 2004 nie.
Struktur perlipatan jelas kelihatan |
AHAD, 10 Oktober 2010
MISI: MELENGKAPKAN PETA DENGAN MAKLUMAT UTAMA GEOLOGI SEKITAR KAWASAN LOKALITI SERTA MEMBINA LOG SEDIMEN.
Sedang membuat penafsiran berhubung sekitaran pengendapan. |
Hari terakhir membawa cabaran yang berbeza dari hari sebelumnya apabila peta yang telah siap dilakar pada hari semalamnyer digunakan utk mengisi maklumat lain selain lukisan dan misi terpenting, membina log sedimen. Pembinaan log sedimen adalah salah satu elemen terpenting dalam bidang geologi umumnya, dimana segala maklumat geologi berkaitan lokaliti iaitu kawasan pemendapan semasa kawasan ini terbentuk dapat dikenalpasti darinya. Segala maklumat spt kawasan pemendapat dapat ditafsirkan dengan jayanyer. Menerusi log sedimen yg telah kami bina, kami dapati, terdapat perulangan antara beberapa janis batuan klastik iaitu batu pasir berbutir sederhana sehinggalah ke batu lumpur-lodak yang terdapat diantaranyer juga lapisan batuan rijang yang setebal antara 5-10 cm dibeberapa tempat di lokaliti ini.
Makluman semua...... |
Batuan rijang (chert) dikenalpasti dengan warna nyer yg lebih cerah dan sangat keras (contoh: bila digores dengan besi, kesan goresan akan terdapat pada besi) serta sangat tahan kpd aktiviti luluhawa. Rijang mencirikan sekitaran pemendapan laut dalam. Dalam rijang juga kadang kala dapat diperolehi beberapa fosil yang bersaiz sangat halus dan hanya boleh dilihat menerusi mikroskop sahaja. ianya dinamakan Radiolaria dan Cocolithosphores. selain itu, terdapat juga beberapa struktur primer yg mencirikan sekitaran dengan lebih terperinci tentang lokiliti ini.
Cahaya solar membakar kulit juga semangat.. |
Lapisan mengkasar ke atas (Graded bedding), kesan Slumping, kesan beban, kesan batuan volkanik spt tuff, serta beberapa lagi kesan yang mencirikan kawasan cerun benua laut dalam, berkemungkinan kawasan cerun peralihan laut cetek-laut dalam yang mempunyai aktiviti volkanik yg aktif yang menyebabkan kesan 'slumping, lapisan menggred ke atas serta kesan beban yang jelas. Menurut Datin Dr. Zaitun, berkemungkinan kawasan ini adalah sebahagian drpd Formasi Gemas dan ade juga dilaporkan bahawa lokaliti ini adalah jujukan daripada persambungan Formasi Semantan yg banyak tertabur di negeri Pahang khususnya.
lapisan tergred |
Namun, apa yang lebih penting katanyer, adalah terdapat sebuah perlipatan yang terbentuk di lokaliti ini. perlipatan ini dikenalpasti menerusi keadaan jurus dan kemiringan lapisan batuan yang telah diukur jurus-miringnyer. Sesar songsang juga dapat di lihat pada kawasan paling utara lokaliti ini. Segala jarak diukur dgn tali. bukan dengan pita pengukur yer kawan2...
sentuhan terakhir. |
Akhirnyer, setelah habis sahaja kerja mengambil data yg diperlukan, maka, selesailah semua kerja-kerja teknik pemetaan bahagian kedua terakhir dan sblm pulang kami singgah ke pekan Ayer Hitam. Kaum Adam menolak untuk turun bas dan mengambil keputusan utk terus pulang ke UKM sambil melayan perasaan penat dan rasa sengal badan yg tak terhingga selain kegelapan di bahagian muke yg semakin bertambah, manakala berbeza pula dgn Kaum Hawa yg sanggup melupakan seketika rasa penat dan letih mereka demi untuk meninjau seketika apa-apa barang yg boleh dibawa pulang ke UKM nnti.
Sebelum pulang.. |
Sesampai sahaja di UKM, dalam pukul 8.50, rehat2 seketika di Kafe KKM yg indah itu, terlihat pula satu berita tv3 yg baru diterima...kemalangan ngeri bas yg membabitkan 2 buah bas, 3 buah kereta, 1 buah van dan dengar cerita 1 penunggang motosikal. Nahas mengorbankan 12 org penumpang dan mecederakan berpuluh yg lain. Ok, mungkin x der paper kot...pastu, bkak FB....bdak2 pompuan tukar status sedih tengok eksiden...aik?...nie persoalan besar nie...cbe tanye, nak korelasikan ape yg aku tengok kat berite ngan ape yg dieorang tengok...sah same.......pemandu di Malaysia..tolonglah jaga sikap.....sampai bile bende2 mcm nie nak habis kalau sikap kite tak ubah or bende nie takkan habis kot? entahlah.....lu pikirlah sendiri...
Langgan:
Catatan (Atom)