Rabu, 6 Jun 2012

Transit Zuhrah 2012 Terakhir Abad Ini


6 Jun 2012, mencatatkan satu lagi sejarah dalam bidang Sains Angkasa, apabila Fenomena Transit Zuhrah 2012 berjaya dicerap dengan jayanya. Fenomena yang kali terakhir berlaku pada Jun 2004 itu akan hanya boleh dicerap sekali lagi pada tahun 2117.

Fenomena alam yang sangat unik ini bermula seawal pukul 6 pagi dan boleh dicerap sehingga pukul 12.50 tengah hari, 6 Jun 2012. Oleh itu, peristiwa transit Zuhrah ini boleh dicerap secara keseluruhannya di Sabah, manakala disemenanjung boleh dicerap bermula terbit matahari, selain boleh dilihat diseluruh semenanjung, bergantung kepada cuaca.

Transit berlaku apabila  planet Zuhrah yang mengorbit matahari, akan melintasi bumi, berada tepat diantara Bumi dengan Matahari. Perkara ini akan mewujudkan satu lintasan planet yang bersaiz kecil , iaitu bulatan hitam yang sedang melintasi permukaan matahari.

Transit Zuhrah yang diambil oleh Pusat Observatori Negara Langkawi

Umumnya, bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari, manakala planet Zuhrah pula mengambil masa selama 225 hari untuk melengkapkan satu pusingan. 

Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, planet ini juga akan melintasi bumi setiap 1.6 tahun oleh kerana orbitnya yang lebih kecil dan pergerakkannya yang lebih laju berbanding pergerakan bumi semasa mengorbit matahari.

Semasa fenomena ini berlaku, planet Zuhrah akan berada di antara Matahari dan bumi. Oleh kerana satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya planet ini akan kelihatan berada diatas mahupun dibawah matahari.

Bagi fenomena transit Zuhrah 2012, planet Zuhrah kelihatan berada di bahagian bawah matahari jika dilihat dari sekitar kawasan Semenanjung mahupun Malaysia Timur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan