Sabtu, 9 Jun 2012

Era Mesozoik


Era Mesozoik dinamakan sebagai zaman hidupan menengah atau dikenali sebagai zaman Reptilia.

Zaman Reptilia ini terdiri daripada beberapa skala masa iaitu:
- Trias (205-250 juta tahun ) = Triassic
-Jura (205-142 juta tahun)= Jurassic
-Kapur(142-65 juta tahun)= Cretaceous


Paleogeografi
Pada masa Perm, berlaku pelanggaran antara kepingan yang akhirnya membentuk Pangea.
Pada masa era Mesozoik, berlaku pemecahan Pangea.

Pada masa Trias, Asia Tenggara, China Selatan, Tibet, Iran, Afghanistan dan Turki bergerak ke Gondwana ke utara dan pada akhir Trias, Malaya berlanggar dengan Indochina, China Selatan dengan China Utara membentuk Orogeni Tsingling dan Pamir, manakala Khazakhstan membentuk pergunungan Tien Shan.

Pada Trias Tengah, Sonomia telah berlanggar dengan Nevada barat dan California utara membentuk Orogeni Sonoma. Pada Trias Akhir, Stikinia berlanggar dengan bahagian barat Amerika Utara. Pada Masa Trias juga, lapisan merah didapati sangat meluas

Pada masa Jura, berlaku pembukaan lautan Atlantik Utara.Pada awal Jura, Pangea berpecah menjadi Gondwana dan Laurasia. Pada akhir Jura, Amerika Selatan dan Afrika berpisah.
Pada masa ini, terbentuk subduksi Andes dan berlaku Orogeni Nevada.

Zaman Kapur merekodkan Atlantik Selatan semakin melebar dan terbentuk subduksi di merika Selatan dan pergunungan Andes. Selain itu, lautan Hindi juga telah terbentuk pada masa ini. Pada awal Kapur, berlaku kesinambungan pada Orogeni Nevada.

Pada Kapur Tengah, berlaku Orogeni Sevier yang berakhir pada Kapur Akhir. Pada masa Akhir Kapur, berlaku satu lagi orogeni iaitu Orogeni Laramide di system Cordilerra yang berterusan hingga Tertier.


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Khamis, 7 Jun 2012

Episod Kepupusan Massa Perm-Trias


Episod kepupusan massa Perm-Trias atau lebih dikenali sebagai Kepupusan P-T adalah merupakan salah satu peristiwa kepupusan yang terbesar dan paling teruk dalam sejarah bumi (Great Dying).

 Kejadian ini berlaku pada 252.28 Juta tahun lalu, dan ditandai dengan satu lapisan yang dikenali sebagai lapisan P-T yang memisahkan antara batuan berusia Perm dengan batuan berusia Trias. 

Ianya merupakan peristiwa paling teruk sepanjang sejarah bumi, dengan lebih 96% daripada jumlah hidupan marin pupus sepenuhnya, dan 70% daripada hidupan daratan menjadi pupus.

Satu-satunya episod kepupusan massa yang melibatkan kepupusan serangga. Sebahagian 57% bagi kesemua famili dan 83% bagi kesemua genera telah pupus.

Oleh kerana banyak hidupan yang pupus, maka tempoh masa bagi bumi untuk kembali dengan satu ekosistem yang sempurna mengambil satu jangka masa yang agak lama berbanding episod kepupusan massa yang lain. 

Peristiwa ini digambarkan sebagai 'Ibu segala episod kepupusan massa'.

Pengkaji mencadangkan terdapat sekurang-kurangnya tiga fasa bagi episod kepupusan pada zaman ini, fasa awal adalah disebabkan perubahan sekitaran secara mendadak, dan fasa berikutnya lebih berkait dengan aktiviti bencana.

Antara aktiviti bencana yang dicadangkan adalah seperti impak meteorit, peningkatam aktiviti volkanisme, pembakaran batu arang yang berpunca daripada akviti banjiran basalt di Siberia, pelepasan gas metana, perubahan mendadak aras laut, anoxia, dan perubahan pergerakan arus yang dikawal oleh peruaahan cuaca.

Corak Kepupusan 
Haiwan invertebrata sekitaran marin paling terkesan semasa episod kepupusan massa P-T ini. Kepupusan pada mulanya memberi kesan kepada hidupan yang mempunyai rangka kalsium karbonat, terutamanya yang memerlukan CO2 untuk pembinaan tulang/rangka. 

Antara haiwan yang berjaya hidup semasa episod kepupusan ini adalah seperti brakiopod artikulat (yang mempunyai hinge), Ammonites dalam order ceratitida dan krinoid, yang mana hampir-hampir pupus namun menjadi semakin banyak pada masa selepas episod kepupusan massa ini.

Bagi haiwan daratan, zaman Perm merupakan zaman yang mempunyai serangga dan lain-lain spesies invertebrata, termasuklah serangga yang terbesar yang pernah wujud dimuka bumi ini.

Zaman Perm adalh satu-satunya zaman yang telah menyebabkan serangga kebanyakkannya menjadi pupus, dengan 8 hingga 9 order serangga menjadi pupus dan 10 yang lain berkurangan secara mendadak.

Kebanyakkan fosil serangga ditemui selepas lapisan sempada P-Tr. 

Penyebab Kepupusan Massa

-Impak Meteorit 
-Volcanisme: Perangkap Siberia (Siberian Trap)
-Pengeluaran Gas Metana
-Penurunan Aras Laut
-Anoxia
-Keracunan gas Hidrogen Sulfat
-Pembentukan Superbenua Pangea
-Pemaduan kesemua aktiviti diatas pada satu-satu masa

Rujukan: Wikipedia

Rabu, 6 Jun 2012

Transit Zuhrah 2012 Terakhir Abad Ini


6 Jun 2012, mencatatkan satu lagi sejarah dalam bidang Sains Angkasa, apabila Fenomena Transit Zuhrah 2012 berjaya dicerap dengan jayanya. Fenomena yang kali terakhir berlaku pada Jun 2004 itu akan hanya boleh dicerap sekali lagi pada tahun 2117.

Fenomena alam yang sangat unik ini bermula seawal pukul 6 pagi dan boleh dicerap sehingga pukul 12.50 tengah hari, 6 Jun 2012. Oleh itu, peristiwa transit Zuhrah ini boleh dicerap secara keseluruhannya di Sabah, manakala disemenanjung boleh dicerap bermula terbit matahari, selain boleh dilihat diseluruh semenanjung, bergantung kepada cuaca.

Transit berlaku apabila  planet Zuhrah yang mengorbit matahari, akan melintasi bumi, berada tepat diantara Bumi dengan Matahari. Perkara ini akan mewujudkan satu lintasan planet yang bersaiz kecil , iaitu bulatan hitam yang sedang melintasi permukaan matahari.

Transit Zuhrah yang diambil oleh Pusat Observatori Negara Langkawi

Umumnya, bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari, manakala planet Zuhrah pula mengambil masa selama 225 hari untuk melengkapkan satu pusingan. 

Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, planet ini juga akan melintasi bumi setiap 1.6 tahun oleh kerana orbitnya yang lebih kecil dan pergerakkannya yang lebih laju berbanding pergerakan bumi semasa mengorbit matahari.

Semasa fenomena ini berlaku, planet Zuhrah akan berada di antara Matahari dan bumi. Oleh kerana satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya planet ini akan kelihatan berada diatas mahupun dibawah matahari.

Bagi fenomena transit Zuhrah 2012, planet Zuhrah kelihatan berada di bahagian bawah matahari jika dilihat dari sekitar kawasan Semenanjung mahupun Malaysia Timur.



Zaman Perm



Hidupan Perm
Bryozoa dan sponge membentuk terumbu pada masa Perm. Kemudian, muncul satu kumpulan reptilia yang dinamakan Therapsid yang berketurunan Pelycosaurs.

Tumbuhan Perm berkembang dengan baik. Calamites pula pupus pada zaman Perm dan Glossopteris menjadi sangat banyak di Gondwana.

Glossopteris  merupakan sejenis tumbuhan yang bukan tumbuh di kawasan berpaya, dan merupakan tumbuhan jenis benih pakis yang ditemui sangat banyak di benua Gondwana. Ianya menjadi bukti kritikal berhubung penyebaran tumbuhan jenis ini serta menjadi kunci kepada penyusunan semula benua kuno ini yang telah terpisah sejak jutaan tahun lampau.


Therapsid

Therapsid di tafsirkan oleh pakar paleontologi sebagai sejenis haiwan yang endothermic dan kemungkinan mempunyai bulu yang lebat.

Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press