Ahad, 3 Jun 2012

Zaman Silur


Hidupan Zaman Silur
Selepas kepupusan massa Akhir Ordovisi, kepelbagaian spesies bertambah secara perlahan. Brakiopod, brizoa, gastropod, bivalvia, karang, krinoid dan graptolit mula berkembang semula. Zaman Silur dan Devon merupakan masa pembentukan terumbu yang terdiri daripada Rugosa, Tabulata dan stromatoporoid.

Fosil Eurypterid atau dikenali sebagai Kala Jengking Laut


Pada Akhir Silur, terdapat arachnid, myriapod dan hexapod. Eurypterid mula muncul pada Silur. Ostracoderm banyak ditemui pada zaman Silur. Ikan berahang (Acnthodii) mula muncul pada Awal Silur. Placodermi (ikan perisai berahang) muncul pada akhir Silur. Tumbuhan vascular yang terawal , Cooksonia berbentuk Y ditemui di Wales dan Ireland berusia Silur Tengah.



Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Sabtu, 2 Jun 2012

Zaman Ordovisi


Skala Masa Geologi

Zaman Ordovisi dikenali sebagai zaman graptolit. Graptolit berkembang dengan baik. Perkembangan pesat berlaku pada Brachiopoda articulate, gastropod, bivalvia, sefalopod (Nautilod), ekinoderm (krinoid dan blastiod), brizoa, akritarc, receptaculitid (algae) dan konodon. Stromatoporoid yang muncul pada Akhir Kambrian menggantikan archeocyatid sebagai terumbu. Fosil yang penting dalam stratigrafi ialah trilobit, Graptolit, brakiopod dan konodon.

Graptolit

Pada zaman Ordovisi Tengah, muncul Rugosa dan Tabulata. Fosil tumbuhan yang terawal dikenali sebagai Bryophyte. Ikan (Agnatha) merupakan vertebrata yang hidup dalam sekitaran samudera. Pada Akhir Ordovisi, berlaku zaman glasier yang telah menyebabkan kepupusan massa, 12% famili dan 80% genus haiwan pada masa ini pupus. Dianggarkan kira-kira 60% daripada hidupan samudera pupus. Kepupusan massa ini adalah disebabkan oleh aktiviti penyejukan bumi serta letusan sinar gamma.

Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Wikipedia

Era Paleozoik Awal


Paleozoik berasal daripada perkataan 'Paleo' iaitu tua dan zoik iaitu zoo atau haiwan. Zaman Paleozoik dicirikan oleh hidupan yang tertua yang terdiri daripada invertebrata dan ikan primitif. Paleozoik boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Paleozoik Awal dan Paleozoik Akhir. Paleozoik Awal terdiri daripada Kambria, Ordovisi dan Silur, manakala Zaman  Paleozoik Akhir pula terdiri daripada Devon, Karbon dan Perm. Sempadan bawah antara Paleozoik ditendakan dengan kemunculan fosil berangka dan sempadan atas ditandakan oleh episod kepupusan massa yang terbesar dalam sejarah bumi.

Skala Masa Geologi


Paleogeografi Paleozoik Awal
Terdapat 6 benua yang besar yang wujud pada zaman Paleozoik Awal iaitu (1) Gondwana (2) Laurentia (3) Siberia (4) Khazakhstania (5) Baltika (6) China. Benua Gondwana terdiri daripada Afrika, Amerika Selatan, India, Madagascar, Australia, Timur Tengah dan Selatan Eropah. Benua Laurentia pula terdiri daripada Amerika Utara, Greenland, Ireland dan Scotland. Benua Siberia pula terdiri daripada Rusia Timur, Mongolia, dan benua Baltika terdiri daripada Rusia Barat dan Eropah Utara.

Paleogeografi dan Tektonik


Kebanyakkan benua pada masa Paleozoik ini berada pada latitud rendah. lautan Lapetus dan Rheic hasil pemuaian lautan pada zaman berkenaan.Pinggir benua Laurentia dan Baltika jenis pasif. Pinggir benua Gondwana aktif dan mempunyai zon subduksi. Orogeni Pan Afrika berterusan hingga Kambrian. Avalonia berpisah dengan Gondwana dan bergerak ke arah Laurentia. Pada zaman Ordovisi tengah, berlaku Orogeni Takonik hasil perlanggaran Laurentia timur dengan arka kepulauan. Berlaku penggasieran pada akhir Ordovisi di Arfika Utara.

Pada masa Silur lautan Rheic makin meluas dan Lapetus pula semakin menyempit. Pada Akhir Silur, berlaku orogeni Caledonia hasil pelanggaran Baltika dan Laurentia. Kebanyakkan benua masih terletak pada latitud rendah. Pinggir benua Laurentia dan Baltika jenis pasir. Pinggir benua Gondwana aktif dan mempunyai zon subduksi.

Hidupan Paleozoik Awal


Hidupan Kambrian dikenali sebagai masa berlaku letusan fosil berangka kalsit. Kambrian Awal didominasi oleh 75% Trilobit, 15-20% Brachiopoda inarticulate dan 5% Archaeocyatids. Kumpulan yang penting ialah Trilobit. Kambrian dikenali sebagai zaman trilobit. Trilobit menunjukkan perkembangan yang sangat pesat. Lima kepupusan dan kemunculan major trilobit pada masa kambrian dikenali sebagai biomer. Hidupan yang membentuk terumbu pada masa Kambrian ialah Archaeocyathid, dan terhad hanya pada masa Kambrian Awal Pada masa ini juga muncul fauna Chengjian, China yang terdiri daripada kesan bahagian lembut haiwan.



Terdapat juga Echinoderm dan moluska. Moluska yang terawal terdiri daripada monoplacophora diikuti oleh Rostroconch, Bivalvia, Cephalopoda dan Gastropoda pada Akhir Kambrian. Pada masa Kambrian muncul Burgess Shale, Fauna yang terdiri daripada Trilobit, lain-lain Arthropods, cacing, obor (Cnidaria), sponge, brakiopod dan sedikit echinoderm. Hidupan vertebrat yang terawal ialah ikan Agnatha Yunnanozoon. Ikan yang terawal muncul dikenali sebagai Ostracoderm (kulit bertulang). Pada masa Akhir Kambrian, berlaku kepupusan trilobit. 


Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia

Era Proterozoik



Kebanyakkan batuan zaman Arkean telah mengalami metamorfisme. Batuan ini kebanyakkannya terdapat di kawasan perisai seperti Perisai Baltik, Kanada, Brazil, Australia Barat dan lain-lain. Tektonik keping yang telah terbentuk adalah sama seperti yang terdapat pada hari ini (Wilson Cycle). Berlaku penokokan kepada kerak benua Arkean melalui perlanggaran kepingan. Pada akhir proterozoik, terbentuk satu superbenua Rodinia. Rodinia terbentuk antara 1.3-1.0 Ga. Superbenua Rodinia selepas itu berpecah pada 750 Ma dan kemudiannya membentuk superbenua Pannotia pada 650 Ma.



Tektonik

Terdapat beberapa episod orogeni yang berlaku semasa zaman Proterozoik. Orogeni adalah satu proses dimana berlakunya pembentukan banjaran-banjaran gunung-ganang akibat pelanggaran antara palt-plat tektonik. Antara episod orogeni yang berlaku ialah Kenoran, Wopmay, Grenvile dan juga Pan Afrikan. Kenoran berlaku pada sempadan Arkean-Proterozoik di daerah Superior, Kanada. Wopmay pula berlaku pada 2.0 Ga juga di kanada manakala Grenvile yang berlaku pada 1.3 hingga 1.0 Ga membabitkan pelanggaran antara benua dengan benua. Orogeni bagi Pan Afrika pula adalah pada 650 hingga 550 Ma.

Precambrian Banded Iron Formation (BIF)
Berlaku pembentukan BIF (Formasi Besi Belapis ) yang terdiri daripada Magnetit dan Hemait pada 2.5-2.0 Ga.

Pertambahan Oksigen
Oksigen bertambah pada 2.2 Ga dan penambahan ini ditandai dengan pembentukan lapisan merah.

Pembentukan Glasier
Pembentukan glasier dikenalpasti berdasarkan kewujuda n tilit.Tilit Prekambrian dikenalpasti pada 300 lokaliti. Terdapat juga permukaan batuan yang licin dan terguris oleh pergerakan galsier.

Terdapat dua endapat tilit hasil Glasier di Amerika Utara iaitu Ppada Proterozoik Awal dikenali sebagai Gowganda dan pada zaman Proterozoik Akhir dikenali sebagai Varanger.

Hidupan Proterozoik

Antara hidupan yang terdapat pada zaman Proterozoik ialah Cyanobacteria, stromatolites dan algae yang lain tersebar luas pada Paleoproterozoik. Hidupan-hidupan ini membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.


-Kemunculan Eukaryot: Eukaryot mempunyai sel-sel yang lengkap dan kebanyakannya adalah bersifat anarobik. Fosil yang paling tua berusia 2.1 a yang terdapat di Negaunee Iron Formation di Marquette, Michigan.


-Arritarchs: Arcitarchs mula muncul pada 1.4 Ga dan banyak ditemui pada zaman Proterozoik. 


-Eukaryot lain: Eukaryot juga ditemui pada 1.0 Ga di Bitter Spring Formation, Australia dan mungkin berkait dengan pertambahan oksigen bebas. 

-Kemunculan Metazoa: Selepas berlaku penyejukan Varanger, muncullah haiwan Proterzoik Akhir, Vendian (600-570 Ma) yang dikenali sebagai Fauna Ediacara. Fauna Ediacara dijumpai di Bukit Ediacara di Australia Selatan. Fauna Ediacara terdiri daripada filum Cniaria, Abbelida dan Arthropoda. Fosil yang ditemui pula terdiri daripada kesan hagaian lembut dan tiada rangka keras.

Zaman Proterozoik mengambil masa selama 42.5% daripada usia keseluruhan bumi, iaitu jika dibandingkan dengan waktu 24 jam zaman ini, Zaman Proterozoik mengambil masa selama 10.2 jam. Ini bermakna, apabila bersambung daripada jam 11 pagi tadi (Zaman Arkean), Zaman Proterozoik berakhir pada ebih kurang pukul 9.00 mlm.
Rujukan: Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia.