Khamis, 2 Jun 2011

Impian


   Setiap orang mempunyai impian. Yup. Impian memacu arah tuju hidup kita walaupun adakala nya impian itu tidak kesampaian. Aku juga punyai impian. Impian aku juga tak kurang tinggi, macam impian korang-korang semua. Bukan untuk memiliki BB, bukan juga ingin memiliki ipad. Jauh sekali. Tidak, bukan itu. Setakat ini, aku punyai satu impian utama, setelah impian untuk mendalami ilmu berkaitan kebumian ini akhirnya tercapai. OK lah kan, at least aku minat lebih walaupun agak kureng pandai sikit berbanding top-top tuh. Keh.

  Oklah. Nie aku nak ceritakan apa impian aku yang dah lama (dah lama ker?) aku pendamkan. Yelah, aku tengok, rancangan TV kat Malaysia nie memang agak terlalu banyak rancangan dokumentari nya. Haha.... Dah dapat hint kan? Yeah. Impian aku adalah andainya aku diberi peluang, aku ingin menerbitkan satu rancangan sendiri berbentuk dokumentari yang diberi tajuk ‘Sains Malaysiana : Misteri  Warisan Alam yang Tak Tersingkap’. Teringin gak nak jadi pengacara dalam rancangan neh. Keh keh keh. Berangan Mat Jenin jerk. Keh
.
   Yelah, kat Malaysia nie mana ada rancangan berbentuk menceritakan semula perkara-perkara yang berlaku teradap negara kita ini sejak dari pembentukkannya lagi. Maksudnya, rancangan ini memaparkan hasil kajian oleh pengkaji yang terdahulu hingga kini mengenai bagaimana negara ini terbentuk dalam ilmu sains geologi, dalam sekitaran apa, apa yang berlaku pada sekian masa, dan apa sumbangan yang perlu dilakukan oleh masyarakat selepas menonton rancangan ini. Mungkin ia merupakan suatu Idea Gila namun melihat kepada impak kepada sesebuah komuniti itu sendiri, kita dapat melahirkan satu masyarakat yang lebih cintakan alam sekitarnya serta sedar akan tanggungjawab untuk lebih memulihara khazanah alam yang ada.

   Mungkin ada yang berkata, bahawa rancangan ini hampir menyamai satu rancangan lain di History Channel iaitu rancangan ‘How The Earth Was Made’ (HTEWM). Memang tidak di nafikan, memang ideanya hampir serupa, namun, rancangan yang ingin diterbitkan ini lebih difokuskan kepada kawasan di sekitar negara kita. Jika ditanya berapa episod yang perlu dilakukan, jawapannya memang banyak episod. Kenapa? Dalam negara kita sahaja banyak misteri dan perkara yang kebanyakkan dari rakyat kita tidak mengetahuinya,Rancangan ini akan menjelajah ke seluruh pelusuk negara, semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak bagi mencari bukti lapangan bagi menyokong fakta-fakta yang diperkatakan itu. Setiap tempat mempunyai penceritaannya yang berbeza yang ditandai dengan jenis batuan yang berbeza.

   Rancangan ini juga bertujuan untuk membuka minda rakyat kita, supaya berfikir diluar kotak, tentang proses ketamadunan bangsa yang bermula dengan proses-proses sejarah pembentukan sesebuah kawasan itu. Apa yang ada/berlaku/wujud di sekeliling kita pada masa ini bukanlah sama seperti pada 200 juta tahun lalu, 100 juta tahun lalu dan 4 juta tahun lalu. Setiap sela masa mempunyai keadaan sekitaran yang berbeza daripada masa kini, bergantung kepada keadaan geografi sesuatu kawasan itu pada masa kini dan pada masa lalu. Inilah tarikan utama yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu di depan kaca televisyen setiap minggu untuk mengetahui apa dan bagaimana negara/tempat/kawasan mereka terjadi, bukan dari sejarah manusia, tetapi dari sudut sejarah geologinya.

     Walaubagaimanapun, rancangan ini lebih ditujukan kepada golongan pelajar sehingga kepada golongan belia, 40 tahun ke bawah. Namun, mungkin rancangan sebegini juga dapat menarik penonton dari usia dewasa (40 tahun ke atas). Relax....ini just idea, OK. Tak laksanakan pun tak per laa. Haha. Oklah, sambung cerita. Aku syorkan, rancangan aku nie, aku nak buat kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan IPT tempatan yang mempunyai program Geosains/Geologi. Baru nampak hasil-hasil penyelidikan ipt ini memberi manfaat yang akhirnya mencapai objektifnya yang tersendiri. Kerjasama antara badan kerajaan dengan ipt juga dapatdipereratkan dalan suatu rancangan. Cuma, masalahnya, manelah ade stesen TV mahupun syarikat-syarikat yang berani untuk memecahkan tradisi dengan menerbitkan program sebegini buat kali pertamanya di Malaysia.

   Oklah, tak kisah. Sambung cerita. Mungkin aku perlukan beberapa pereka grafik yang boleh memahami mengenai proses-proses geologi (nanti aku terangkan lee) dan menginterpitasikan melalui grafik di komputer untuk ditunjukkan dan dipancarkan didalam dokumentari ini. Grafik digunakan bagi memberi kefahaman kepada penonton dan mereka mengerti apa yang telah berlaku sehingga terjadinya apa yang ada sekarang.keh. Boleh ker? Haha. Whatever! Tapi tu laaa, masalahnya, mungkin perlukan dana yang banyak, sebab ada fieldwork. Kalau tak ada fieldwork, tak ade lah bukti-bukti lapangan bagi menguatkan lagi penerangan para pengkaji mengenai pembentukan sesuatu kawasan.

   Sebab apa aku nak terbitkan rancangan sebegini? Mungkin ramai tak tahu, ada sebahagian kawasan semenanjung terbentuk daripada sekitaran lautan dalam, ada yang terbentuk dari kawasan sekitaran lautan cetek yang ditandakan dengan fosil, terdapatnya aktiviti gunung berapi di sesetengah tempat, ada juga kawasan yang hampir atau berdekatan dengan kawasan kutub dan macam-macam fakta yang bakal menjanjikan kejutan dan ketak sangkaan kita. Kadang-kadang, sukar untuk mempercayai sehinggalah bukti-bukti lapangan ditunjukkan. Menarik bukan? Mengenal negara kita bukan hanya pada sejarah pembinaan negara bangsanya sahaja, malah, dengan pengetahuan berkaitan sejarah geologinya, ia bukan sahaja mampu membangunkan perasaan kecintaan terhadap misteri alam dan proses ketamadunan bangsa, juga memupuk semangat kebertanggungjawaban untuk memulihara khazanah alam unutk diwarisi oleh generasi akan datang.


Nasihat: Sekadar idea semata. Tiada kena mengena dengan badan-badan kerajaan yang disebutkan di atas. Selamat Maju Jaya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan