Jumaat, 1 Jun 2012

Era Arkean

Zaman Arkean (Archean Eon) adalah satu zaman yang termasuk didalam zaman PreKambrian (3.8- 2.5 Billion) .  Zaman Prekambrian meliputi hampir 88% daripada keseluruhan usia bumi ini, iaitu 4.5 billion tahun, berpandukan kepada usia meteorit yang pernah jatuh di muka bumi. Zaman Arkean meliputi 45.6% daripada keseluruhan usia bumi ini. 

Pembentukan Litosfera
Kebiasaannya, batuan berusia Arkean ditemui di kawasan perisai dan kraton, iaitu suatu benua yang stabil dan jauh daripada aktiviti tektonik. Pada masa ini, bumi masih lagi merupakan sfera batuan lebur. Magma yang wujud kemudiannya menghablur membentuk lapisan pepejal kerak bumi pada bahagian luar iaitu permukaan bumi. Arus olakan terbentuk didalam bumi lalu bermulanya proses tektonik keping. Litosfera pada masa ini tidak stabil kerana sering mengalami hentaman meteorit. Mineral yang tertua yang ditemuialah zircon yang berusia 4.3 Ga (Giga anom). Batuan yang tertua pula ialah acasta Gneiss 3.96 yang ditemui di Yellowknife Lake, Canada. Manakala, batuan granit yang tertua adalah berusia 3.8-4 Ga yang terdapat di Slave Craton, Canada.

Batuan awal yang terbentuk terdiri daripada basalt kaya dengan aluminium. Ini diikuti oleh pembentukan andesit dan granit. Batuan tersebut mengalami kitaran peleburan semula lalu menghablur semula dan mengalami metamorfisme dan membentuk batuan metamorf. Terdapat tiga jenis sekutuan batuan iaitu (1) Sekutuan Granitoid-greenstone. Granitoid gneiss, granulit, komatitit. (2) Sekutuan pasir kuarza, karbonat dan syal (3) Sekutuan batuan granitoid termetamorf. migmatit.


Pembentukan Atmosfera

Atmosfera mula terbentuk pada zaman Arkean ini. Atmosfera terbentuk hasil daripada proses outgassing yang dihasilkan oleh volkano. Bahan gas seperti karbon dioksida, metana, ammonia, gas nadir, hydrogen, nitrogen, dan wap air dikeluarkan ke atmosfera. Kemudian, berlaku tindak balas pemecahan molekul air oleh ultra violet dan  membentuk lapisan ozon. Pada masa Hadean, oksigen bebas sangat kurang (1%).

Pada masa Arkean, oksigen juga kurang. Buktinya, Uraninit dan pirit yang ditemui telah mengalami pengoksidanan. Tambahan pula, tiada oksida besi ditemui. Tanah yang berusia prekambria mempunyai kandungan oksigen 2%. Hidupan awal bagi pada masa Arkean adalah jenis anaerobik. Namun, selepas wujudnya hidupan autotrof pada usia 3.5 Ga, oksigen bertambah secara berperingkat-peringkat.


Pembentukan Hidrosfera


Sistem hidrosfera terbentuk apabila wap-wap air yang terkumpul apabila suhu sejuk turun sebagai hujan dan mengisi lembangan. Bumi menjadi semakin sejuk. Wap air juga masuk kedalam atmosfera bumi melalui komet dan meteorit. Pada masa Arkean juga, bumi mula bumi mula menyejuk dan kerak bumi mula terbentuk. Air laut pada masa ini masih tawar.

Pembentukan Biosfera
Terdapat berbagai teori yang dicadangkan bagi menerangkan asal mula hidupan , iaitu (1) Penciptaan (2) Penjanaan spontan (3) Bubble Theory (4) Panspermia.

Hidupan yang terwal terdiri daripada prokaryoy ialah Bakteria Cyanobakteria yang berusia 3.6 Ga yang ditemui di Pilbara, Australia barat dan Afrika Selatan. Selain daripada bakteria, terdapat juga stromatolites yang menjadi banyak pada masa Akhir Arkean 2.7 Ga). Hidupan awal ini jenis autotrof yang membuat makanan secara fotosintesis.

*Jika hendak dibandingkan dengan masa 24 jam waktu zaman kini, Zaman Arkean mengambil masa selama hampir 11 Jam, iaitu bermula pukul 12.00 tgh mlm hingga hampir pukul 11.00 pagi.
Bagi yang belum familiar dengan perkataan-perkataan seperti 'basalt', 'andesit' dan beberapa istilah geologi lain (yang sepatutnya ada dalam silibus KBSR mahupun KBSM), boleh lah cuba mencari sendiri di Internet, atau bertanya kepada penulis sendiri atau menunggu entri-entri seterusnya. Terima Kasih.

Rujukan: Condie, K.C. 2005. Earth as an Evolving Planetary System. New York: Elsevier & Academic Press.

Wikipedia

Selasa, 28 Februari 2012

Fosil penguin antara yang terpanjang pernah di temui

 Sejenis peguin yang pernah hidup di sekitar New Zealand 27 juta tahun lalu merupakan jenis yang terpanjang pernah direkodkan.


Ilutsrasi artis mengenai spesies peguin kuno yang terdapat di New Zealand itu.




Peguin sepanjang 1.3 meter itu, dari jenis Kairuku grebneffi itu telah mengatasi jenis peguin yang wujud pada masa ini, yang pada umumnya hanya mempunyai ketinggian 1 meter milik penguin jenis emperor.


Perkara ini berdasarkan penemuan fosil-fosil tulang yang ditemui di Peru pada tahun 2007.

Penemuan ini sudah lengkap "apabila saintis dapat menyatukan kembali kumpulan-kumpulan haiwan itu bersama" ujar Daniel Ksepka, daripada Universiti Selatan Carolina di Raleigh, yang mempunyai pengetahuan tentang penguin kuno Peru.

Pembinaan semula rangka tulang K. grebneffi ini mempunyai fizikal badan yang lebih kurus dan tinggi, berbanding jenis penguin moden yang gemuk dan pendek, tambah Ksepka.

Sumber: NewScientist

Ahad, 20 November 2011

Fosil ikan paus ditemui ditengah gurun di Chile



SANTIAGO, Chile (AP)-Lebih 2 juta tahun yang lampau, sekumpulan ikan-ikan paus yang berkumpul di luar Pantai Pasifik Amerika Selatan ditemui secara misteri.
   
  Banyak kemungkinan yang boleh dikemukakan, antaranya tertimbus dibawah permukaan bumi akibat tertimbus oleh tanah runtuh atau ribut teruk, atau telah termendap dibawah permukaan bumi selepas mati, dah dahulunya adalah kawasan laut kuno selama tempoh beberapa ribu tahun. Tapi entah bagaimana, paus-paus ini mati secara bertindan-tindan antara satu sama lain, hanya beberapa meter dan dimendap sebagai lantai lautan cetek melalui proses geologi yang lama dan kini bertukar menjadi kawasan yang kering kontang.


  Kini, ia muncul sebagai kawasan padang pasir yang berbukit dan terletak lebih 1 km daripada kawasan pantai, dimana saintis mula menggali kawasan perkuburan fosil paus yang terbaik didunia bagi memperolehi maklumat mengenai misteri ini.




  Saintis Chile bersama-sama dengan penyelidik daripada Institut Smithsonian mula mengkaji bagaimana ikan paus yang kebanyakannya bersaiz bas, berada di kawasan gurun Atacama itu.


  Sainstis menyatakan bahawa fosil yang sama juga ada ditemui di Mesir dan Peru, namun fosil yang dijumpai di Chile mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri dan telah terpelihara dengan baik.Lebih daripada 75 ikan paus telah ditemui setakat ini-termasuk 20 ekor yang telah terfosil dengan baik.


   Fosil-fosil ini memberikan gambaran tentang kehidupan fauna dan flora akuatik pada masa berkenaan (paus mati). 


  Saintis percaya fosil-fosil ini masti pada masa yang sama dan sedang mencari penyebab tentang bagaiman paus-paus ini boleh mati secara serentak pada masa berkenaan.


 Walaubagaimanapun, hasil penemuan ini masih belum diterbitkan dimana-mana, walaupun penemuan pertama kali adalah pada bulan jun iaitu semasa projek melebarkan jalan raya.


   Setakat ini, fosil yang ditemui seluas dua padang bola sepak ditepi jalan- kira-kira 240 meter panjang dan 20 meter lebar.


   Saintis mengenalpasti sekitaran kuno kawasan pemendapan fosil ikan paus ini sebagai sekiatar lagun yang berlaku sekitar 2 hingga 7 juta tahun lalu. Kebanyakan ikan paus adalah bersaiz 8 meter.




Sumber : Washington Post Social Reader


   
   

Sabtu, 19 November 2011

NASA kesan gumuk pasir beralih di Marikh



PASADENA, Califfornia- Gumuk pasir bergerak disebabkan pergerakan angin pada permukaan Marikh -Sekurang-kurangnya dibeberapa tempat.


   NASA pada khamis lepas melaporkan beberapa gambar yang telah diambil di sekitar Marikh mempunyai ciri-ciri gumuk pasir yang tergerak hasil janaan tenaga angin yang ada dieskitar Marikh-keadaan yang sama seperti berlaku di kawasan gurun di planet bumi.


   Saintis tidak menolak kemungkinan perkara ini berlaku namun hanya terhad dibeberapa tempat di sekitar Marikh.


   Habuk secara umunya selalu berterbangan disekitar Marikh, namun butiran-butiran pasir juga akan bergerak bersama. Hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal Geology itu, saintis juga mentafsirkan permukaan planet merah itu mempunyai kadar kekautan angin yang cukup bagi menggerakkan gumuk-gumuk pasir yang ada.