Ahad, 29 Mei 2011

Kegagalan Cerun di Batu 14, Hulu Langat, Selangor : Peringatan untuk semua



Sorotan Peristiwa (tanpa urutan)

Malaysia
Genting Sempah, 30 Jun 1995
   Akibat hujan yang turun dengan kadar yang tinggi, satu jatuhan bahan bumi iaitu tanah dan batu bata bercampur dengan air hujan turun melewati Gunung Sempah sehingga ke jalan raya Genting Sempah, sehingga mengorbankan 21 mangsa serta mencederakan 23 yang lain, dan kebanyakan mangsa terdiri daripada pengguna jalan raya tersebut.

   Air hujan bercampur dengan bahan bumi seperti tanah adalah faktor pencetus kepada tragedi tanah runtuh ini. Bahan dari tanah runtuh ini memasuki sistem saliran, dan bertukar kepada aliran debris yang membawa sekali pokok-pokok yang telah tercabut akarnya , tanah terkeruk serta batu bata besar bersaiz boulder. Bahan-bahan ini dibawa sejauh lebih kurang 1 km.

Pos Dipang, 30 Ogos 1996
   Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh berlaku di sekitar hulu sungai Dipang, menyebabkan aliran tanah runtuh mengempang air disekitar sungai Dipang dibahagian hulu. Akibat air yang diempang tidak dapat menahan jumlah air yang ada, dan akhirnya, dengan jumlah air yang banyak, berpadu dengan kelajuan aliran debris di sungai Dipang yang luar biasa, menyebabkan, aliran besar ini mengeruk sekali kampung orang asli di sekitar Pos Dipang. Tragedi menyebabkan 44 mangsa terkorban dan memusnahkan kampung di sekitar Pos Dipang.


Gunung Pulai, 27 Disember 2001
   Kadar penurunan hujan yang luar biasa, menjadi penyebab kepada berlakunya tanah runtuh yang menyebabkan 5 nyawa terkorban, kebanyakannya penduduk sekitar, serta merosakkan kawasan rekreasi Gunung Pulai. Kejadian juga merosakkan beberapa buah rumah dan kenderaan. Pakar menyatakan terdapatnya 127 titik bagi lokaliti berkemungkinan cenderung tanah runtuh di sekitar Gunung Pulai

   
Lain-lain:
*      Taman Hillview, November 2002, mengorbankan 8 nyawa serta mencederakan 5 orang, kerugian harta benda.
*      Taman Bukit Mewah, 2008
*      PLUS Highway Bukit Lanjan, November 2003.
*      PLUS Highway Gua tempurung, Perak. 1995, mengorbankan seorang pemandu lori serta mencederakan kelindan lori terbabit.


Luar Negara (sebahagian kejadian)

*      Tanah runtuh Elm yang berlaku pada pada 1881 merupakan salah satu kejadian tanah runtuh yang paling banyak didokumentasikan kerana sewaktu kejadian, terdapat saksi kejadian yang melihat kejadian itu serta merakamkan masa pergerakan tanah sejak dari mula ianya bergerak lagi. Kejadian mengorbankan 115 orang dengan jumlah tanah yang runtuh dianggarkan sekitar 10 juta padu meter dengan kelajuan sekitar 80 m per saat.
*      Mudslide (tanah yang runtuh berupa lumpur) di Venezuela pada 1999-2000 mengorbankan lebih 15,000 mangsa.
*      Banjaran Alps, Oktober 2000, hujan mencetuskan banjir dan tanah runtuh sehingga mengorbankan 37 mangsa serta kerugian dianggarkan 450 million USD.
*      Sungai Dadu,China,  1786. Gempa bumi menyebabkan tanah runtuh serta meruntuhkan empangan yang dibina disungai tersebut, menyebabkan lebih 100,000 mangsa terkorban iaitu penduduk di sekitar tebing sungai tersebut.
*      China, 1920. Lebih 200,000 mangsa hilang atau terkorban apabila gempa bumi kuat mecetuskan tanah runtuh , dan pada masa yang sama, berlakunya musim sejuk.


  • 21 Mei 2011, Sabtu : 14.15 : Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat.




  Tiada siapa yang menyangka, bahawa satu tragedi menyedihkan akan berlaku pada tarikh berkenaan. Suatu tragedi yang mengorbankan mangsa yang bukan sedikit, dan berpunca daripada salah satu bencana yang sepatutnya dapat dielakkan. Apa yang pasti, tragedi 21 Mei 2011 ini akan mengingatkan kita, rakyat Malaysia kepada beberapa tragedi yang berlaku pada beberapa dekat lepas. Tragedi Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa, manakala Tragedi Bukit Antarabangsa/ Taman Hill Views yang turut mencatatkan kehilangan nyawa.

  Kegagalan cerun merupakan salah satu bencana yang bukan asing lagi bagi rakyat Malaysia, malah, menjadi salah satu masalah terutamanya jenis cerun di negara kita yang berada pada kawasan tropika. Kegagalan cerun atau tanah runtuh sebenarnya boleh didefinisikan sebagai pergerakan tanah atau batu atau bahan bumi jatuh dari sesebuah cerun.


  Secara sepintas lalu, tanah runtuh dapat dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya rayapan, tanah runtuh putaran, tanah runtuh translasi, jatuhan blok, jatuhan batuan dan pelbagai lagi pengelasan yang diberikan. Pada kebiasaannya, tanah runtuh bergantung kepada banyak faktor yang menjadi penyebab berlakunya aktiviti bencana ini. Di Jepun, lebih 10,000 purata jumlah hujan turun menyebabkan berlakunya aktiviti tanah runtuh yang mengorbankan secara purata 400 nyawa setahun.

   Kegagalan cerun boleh berlaku dari pelbagai punca, namun selalunya hanya satu sahaja faktor penyebab berlakunya kejadian kegagalan cerun ini, bergantung kepada keadaan geografi sesuatu kawasan, jenis tanah, cuaca, iklim dan pelbagai faktor kemungkinan lain. Secara umumnya, di Malaysia ini, kebanyakankegagalan cerun berlaku dengan pelbagai akibat namun bersandarkan satu sahaja faktor pencetus.

   Kefahaman mengenai iklim sesuatu negara kita perlu bagi mencari punca faktor pencetus tersebut seterusnya mengatasinya supaya tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Malaysia merupakan salah sebuah negara beriklim tropika dengan julat suhu yang rendah juga mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh itu, pada kebiasaanya, faktor pencetus bagi suasana iklim di Malaysia berkait rapat dengan hujan, dimana air merupakan salah satu faktor pencetus utama kegagalan cerun di negara-negara beriklim tropika ini.

  Satu lagi kawasan  yang mempunyai risiko tanah runtuh ialah di wilayah Kundasang, Sabah. Walaupun kawasan ini secara umumnya telah dikaji dan di cari penyelesaiannya oleh pakar. Kemungkinan juga jalan penyelesaian juga sudah di laksanakan di kawasan tersebut, namun, sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai  pengetahuan umum, keadaan di Kundasang akan di kupas.

  Kawasan ini telah dicerap secara keseluruhannya oleh pakar, dan mendapat beberapa keputusan. Keputusan-keputusan yang diperolehi oleh pakar dilapangan merupakan bukti-bukti lapangan yang boleh digunakan dalam analisis pengkajian lanjutan dalam kawasan tersebut. Apa yang diperolehi pakar adalah, wujudnya gelinciran tanah di sekitar pekan Kundasang ini. Namun, kadar pergerakannya adalah perlahan dan berkala. Apa yang dapat dilihat adalah, terdapat retakan-bukaan pada jasad tanah yang lebar, dan terjadi akibat regangan. Batang-batang pokok kelihatan condong, mata air keluar daripada celah tanah dan struktur binaan yang kelihatan retak dan terbelah dua.

   Dinding penahan juga kelihatan terpecah, selain paip yang pecah dan terputus dimana tangki air mengalami kebocoran berkali-kali walaupun telah dibetulkan, kemungkinan berlaku akibat dasar tangki yang teranjak. Jalan-jalan raya teranjak, tersesar dan terjatuh. Setelah dianalisis, ternyata terdapatnya unsur-unsur berlakunya pergerakan tanah yang rencam dengan pelbagai jenis dan saiz, dan disatukan dalam satu nama yang dipanggil ‘Tanah Runtuh Kompleks Kundasang’.

   Tanah runtuh ini berlaku disebabkan proses geologi mahupun bukan proses geologi. Proses geologi termasuklah pekan Kundasang di sempadani oleh beberapa set sesar major mahupun minor , selain kadar air bawah tanah yang tinggi, terutama dikawasan yang landai. Proses bukan geologi pula ialah akibat proses penggondolan hutan dan penarahan bukit secara berleluasa, sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna, banyak berlakunya kebocoran paip air bawah tanah, gegaran kenderaan berat dan ditambah oleh hujan lebat.
Oleh itu, dapatlah di simpulkan, bahawa pengetahuan mengenai kewujudan, sebaran dan kelakuan sesuatu  jasad tanah amat penting dalam perancangan pembangunan, kawalan serta pengurusan risiko bencana. Gelinciran tanah juga tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun, pergerakannya boleh diperlahankan dan risikonya dapat direndahkan dengan kaedah kejuruteraan tertentu. Bagi kawasan yang dikenalpasti dan darjah keterancaman yang sangat tinggi, langkah sebaiknya adalah menjauhi kawasan tersebut.

   Apa yang diharapkan, agar perkara-perkara sebegini sepatutnya boleh dielakkan apalagi dengan pertambahan kadar jurutera di negara ini yang begitu mendadak. Perlulah diingatkan, bahawa dalam kes-kes sebegini, jurutera sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang berlaku dengan mendengar nasihat dan berkerjasama dengan ahli geologis supaya kejadian yang sama dapat dielakkan dan dalam masa yang sama, duit rakyat yang berjumlah berjuta billion ringgit dapat diselamatkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Bukan berniat mahu menyalahkan ahli jurutera semata, namun, mendengar keluhan geologis pada beberapa tahun lampau yang seperti dianak tirikan, perkara ini amatlah tidak berpatutan.
  
  
Sumber: Prof. Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, ‘Geological Consideration in Slope Engineering & Landslides type and Process’ Lecture notes, Geology Programme, Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Selasa, 26 April 2011

Emas : Fakta yang mesti anda ketahui

Adakah anda bakal Jutawan yang dicari?

Au : Bukan sekadar perhiasan semata
   
   
*kenaikan harga emas sehingga mencecah ke rekod paras tertinggi semalam (4/25/2011) telah menjadikan lebih banyak longgokan bijih emas dikelaskan sebagai jasad bijih berpotensi.




*Kebiasaannya emas wujud bersama-sama dengan mineral perak dan lain-lain, yang mana emas sebagai mineral bijih utama manakala perak sebagai mineral bijih sampingan.


*Emas juga pada kebiasaanya dikelirukan dengan sejenis mineral lain yang seakan-akan emas, yang dinamai mineral pirit. Antara persamaan/kehampiran yang boleh dilihat adalah dari segi warna mineral. Namun, perbezaan ketara pada kedua-dua jasad mineral ini adalah, pirit mempunyai garitan selari pada permukaan satah hablurnya, manakala, emas tiada. Pirit juga akan pecah/meletup apabila di cucuk/dibenamkan dengan jarum, manakala emas akan tercucuk, kerana sifatnya yang mempunyai kebolehan leturan yang tinggi. Emas jika digores pada permukaan marmar akan mengeluarkan warna keemasan, manakala, pirit jika digores ke permukaan akan mengeluarkan warna kehitaman. Pirit adalah sejenis mineral gangue, iaitu sejenis mineral yang tidak berharga, tetapi selalu wujud bersama mineral berharga lain.


Pirit, sebuah mineral yang selalu dikelirukan dengan emas.



*Emas wujud dalam keadaan berselerak, means ia boleh wujud dalam pelbagai cara, antaranya ia wujud berselerak dalam stowok di dalam jasad rejahan igneus. Sesetengah longgokan ini dirujuk sebagai longgokan emas porfirik.




*Emas-Perak juga wujud berselerak di dalam aliran volkano dan batuan. Kebiasaannya, pemineralan emas wujud dalam jumlah resapan perubahan yang besar dalam batuan riolit, andesit dan basalt.


*Longgokan emas juga biasa ditemui didalam batuan bertuf dan formasi besi. Biasanya, li dijumpai didalam batuan tufdan batuan piroklas yang lain yang sering terdapat di dalam jaluran batu hijau yang berusia Pracambria.


*Selain itu, longgokan juga banyak ditemui didalam batuan karbonat (batu kapur) didalam mata air panas batuan volkano dan di dalam batuan volkano melalui kes-kes tertentu  (Tooker 1985).




 *Sesar juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan mineral emas sebagai saluran peredaran.


*Dari sudut pandangan tektonik pula, emas kebiasaannya wujud dalam teran kompleks, seperti longgokan di Nevada tengah dan barat.


*Antara tempat-tempat yang terkenal dalam bidang perlombongan bijih emas didunia adalah seperti di Ontario, Nevada, Australia Barat dan beberapa negara lain.


*Namun, menurut akhbar Kosmo beberpa hari yang lepas, 95 peratus emas di Malaysia dari Kuala Lipis, Pahang.


Jongkong emas dari Penjom Mine ketika penulis berpeluang melawat kawasan ini.



*Kawasan ini adalah sebahagian daripada satu jaluran panjang di semenanjung dikenal sebagai Jalur tengah, yang mengunjur bermula dari tanah tinggi Bukit Melintang, Jeli, sehingga ke Gunung Ledang di Johor.


*Lombong terbesar yang masih aktif di negara ini adalah di Penjom, Kuala Lipis dan ia mengeluarkan hampir 95 peratus emas Malaysia menurut hargaemas.com.my.


*tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang juga di Pahang.


*Antara penemuan terbaru logam berharga itu adalah di Jalur Timur iaitu di Kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.




Nota: Nie Semua sains tau. Kenape ekk? kita dah ada sumber bumi yang banyak, namun, kita masih kurang mengambil berat mengenai ilmu-ilmu sains kebumian di sekolah. At least masukkan 'akar-akar' atau 'rangka-rangka' mengenai sains bumi ini di sekolah. Tengok Amerika dan negara maju lain, Earth Science menjadi salah satu subjek di sekolah mereka. Kita? belum sampai masanya agaknya.....at least, laksanakan earthquake drill kat sekolah, bukan setakan fire drill....jangan bile dah terkena perkara-perkara yang tak diingini (harap2 jangan lah), barulah nak mulakan semua jenis drill kat sekolah...heh.






Sumber: Buku 'Pengantar geologi Bijih' oleh Anthony M. Evans, penterj. Wan Fuad Wan Hasan, artikel '95 peratus emas Malaysia dari Kuala Lipis', Kosmo!



Isnin, 25 April 2011

Tips Keselamatan ketika berlaku gegaran kuat akibat Gempa Bumi

Churp-Churp Race? Apa tu??





Apa yang perlu dilakukan semasa gegaran kuat berlaku


(a) Ketika berada di dalam rumah atau bangunan tinggi.




  •     Jangan keluar dari rumah atau bangunan bagi mengelak dari berlakunya kecederaan akibat dihempap runtuhan atau terjatuh semasa berasak-asak ketika menuruni tangga.
  • Cari tempat perlindungan yang selamat di dalam rumah seperti di bawah meja yang kukuh.
  • Jangan berdiri atau duduk berdekatan pintu, tingkap, kaca atau perabot yang besar untuk mengelakkan dari kecederaan kerana pintu akan tercabut, tingkap akan pecah dan perabot pula boleh tumbang.


(b) Didalam kenderaan.

  • Cari tempat lapang dan parkir kenderaan disitu.
  • Jauhi dan jangan berhenti dan parkir di kawasan terowong, jejambat, pokok, bangunan, papan tanda, kabel elektrik dan kawasan bukit unutk mengelakkan kemungkinan tanah runtuh.


(c) Di tempat awam.

  • Jangan panik dan berkumpul di tempat yang lapang dan tutup kepala dengan tangan untuk mengelak terkena objek yang jatuh dari tempat tinggi.
  • Jauhi dan jangan berdiri atau duduk berhampiran terowong, jejambat, pokok, bangunan, papan tanda, kabel elektrik dan kawasan bukit unutk mengelakkan kemungkinan tanah runtuh.


Apa yang perlu dilakukan selepas gegaran


  • Keluar dari rumah atau bangunan selepas memastikan semua suis elektrik dan sumber gas ditutup.
  • Bagi yang tinggal atau bekerja di bangunan tinggi, jangan turun menggunakan lif tetapi guna tangga.
  • Selepas keadaan pulih dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa seperti bomba, polis dan pihak keselamatan masuk semula ke rumah atau bangunan masing-masing.
  • Pastikan almari, perabot dan barang-barang yang diletakkan di tempat tinggi dalam keadaan yang baik agar tidak jatuh dan menimpa orang ramai.
  • Sentiasa mendengar maklumat terkini dari radio dan televisyen.




Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat



Pulau Canary : 'Bom' tak terjangka

   
Sedang cara penyelesaian macam mana mahu mengatasi masalah jerawat, kami ada penyelesaiannya!



   Kepulauan Canary, Sepanyol. Gugusan pulau-pulau yang terletak di lautan Atlantik yang terbentang luas merentasi sebahagian besar kawasan Pantai Timur Amerika dan beberapa negara sekitar kepulauan Caribbean lain. Kepulauan yang indah, cukup memukaukan setiap pandangan yang melihatnya. Disinilah salah satu kawasan perangin terkenal di persisir pantai Caribbean, dengan pohon-pohon palma menghiasi kawasan sekitar kepulauannya.

   
   Namun, tidak disangka, diatas keindahan pemandangan lautan dan permukaan buminya yang cantik lagi tersergam indah, rupanya ada 'bom atom' yang sedia menanti untuk aktif di dalam jasad pulau tersebut. Namun, bukanlah aktiviti volkanik yang dirisaukan, namun, kehadiran sesar sungkup iaitu suatu struktur patahan pada permukaan batuan yang memisahkan satu kawasan dengan kawasan lain. Okeh. Ceritanya begini, pada tahun 1949, iaitu semasa Gunung Cumbre Vieja meletus, berlakunya gegaran gempa bumi akibat aktiviti volkano tersebut. 

   
  Namun, pada keesokan harinya, iaitu selepas gegaran gempa bumi akibat pelepasan tenaga seismos yang tinggi oleh aktiviti volcanik tersebut, seorang geologis tempatan, Rubio Bonelli meninjau keadaan puncak di kawasan kepulauan tersebut. Beliau mendapati terdapat satu patahan/ jatuhan/alihan ke bawah jasad batuan yang memanjang sejauh 2.5 km (2 batu) yang ahli geologis memanggilnya sesar. Apa yang berlaku pada sesar ini adalah, separuh kawasan barat dari Cumbre Vieja tadi telah mengalami jatuhan ke bawah sebanyak 2 meter,dan sebanyak 1 meter tergerak ke barat menghadap Lautan Atlantik. Walaubagaimanapun, keadaan ini dilihat masih bertahan sehingga ke hari ini.

   Okeh. Nak bagi tahu korang lah, it's common things la kalau ade berlaku aktiviti volkanik, gempa juga kan berlaku. Gegaran berlaku sebab lava dari bawah bumi naik ke permukaan, dan menghasilkan/mengeluarkan tenaga seismos yang kuat. Itulah sebabnya berlaku gegaran gempa bumi. Gegaran gempa bumi pada kawasan yang aktif aktiviti volkano juga membari petanda bahawa letusan gunung berapi akan berlaku sedikit masa lagi. Lagi satu, aku rase, jasad-jasad batuan dalam Pulau Canary neh tak kuat. Sebab pulau neh dibentuk oleh aktiviti volkano. Batu-batu/pulau yang terbentuk akibat aktiviti volkano biasenya tak kuat, means batuan-batuan neh senang putus/patah/pecah jika ada tindakan fizikal/kimia/ mahupun alam sendiri, seperti gempa bumi.
  
   Okeh. sambung cerita. Apalah yang ditakutkan sangat dengan aktiviti gunung berapi neh? Bende biase, kan? Kat negara-negara lain ade gunung berapi aktif tak kecoh pon? Silap. Anda silap. Okeh. Walaupun fakta-fakta neh aku google jer, tapi aku tahu bende nie penting. Amat penting. Even kalau yang Tsunami kat Jepun tuh berlaku tak terjangka, tapi, bende neh dah memang dijangka oleh Ahli Kaji Bumi. Dieorang dah buat research. Tapi, yang pasal nombor-nombor neh, aku tak pasti kebenarannya, tapi kalau betul sekalipun, it's very disaster, dalam erti kata lain, Bencana.
   
Jangkaan Ombak tiba menurut sela masa
Asal Bencana?


* Tanah-tanah/batuan-batuan di Cumbre Vieja boleh runtuh dalam beberapa letusan sahaja gunung berapi, tapi, ia juga boleh berlaku dalam masa letusan gunung berapi yang terdekat.

* Jika ia runtuh, jumlah batuan-batuan di kawasan barat pulau berkenaan yang runtuh, adalah dianggarkan 500 kubik km dengan anggaran 1,500,000,000,000 metrik tan tanah/batuan/bahan bumi.

*Dengan mengarah ke Lautan Atlantik, dianggarkan runtuhan ini bakal mencetuskan ombak setinggi 1,000 meter (3,300 kaki) ke kawasan pulau berdekatan.

*Dianggarkan ombak setinggi 50 meter bagi kawasan sekitar persisir pantai Caribbean.

*Ombak akan sampai ke kawasan persisiran pantai timur Amerika dalam jangka masa 8 jam selepas peristiwa runtuhan berlaku.

*10 juta nyawa dalam bahaya jika ombak/tsunami ini berlaku. Bayangkanlah betapa dahsyatnya bencana ini jikalau ianya betul-betul berlaku.

*Malaysia semestinya tidak kene sebarang effect, sebab keadaan geolografi kita kan jauh nun kat Asia Tenggara...
   
* Mungkin selepas peristiwa ombak besar nie, mungkin akan berlaku krisis ekonomi yang dahsyat. Yelah, sebab Bandar-bandar utama Amerika dah tenggelam, so, fikir-fikirkan lah....



   Kali terakhir Cumbre Vieja meletus adalah pada 1971. Walaubagaimanapun, ini semua adalah andaian/ramalan pakar kaji bumi sahaja. Mereka juga meramalkan jika tidak berlaku runtuhan tanah bersaiz mega sekalipun, mereka menggangarkan runtuhan-runtuhan tanah yang kecil secara bersiri. 


Nota= Entri ini hanya sebagai maklumat/peringatan kepada kita bahawa ada lagi benda yang perlu kita ambil perhatian. Bencana sentiasa ada dihadapan kita. Tak kisahlah bende nie penting atau tidak (bagi aku penting sesangat~) sebab mane tahu ade adik, abang, kakak, adik sedara, kakak sedara, emak sedara, pak cik mak cik, kawan, sahabat, jiran kita dan sesiapa pun rakyat kita yang belajar kat sana. Itulah pentingnya ilmu sains bumi neh. Cuma negara kita sahaja yang kurang ambil perhatian, maksud aku, letak lah dalam subjek sains ke, mane boleh geologi letak fully dalam subjek geografi. Lain tuh.

Sumber: Wikipedia.com (Mega Tsunami, Canary Islands), Geology.com, rense,maine.gov.