Selasa, 31 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan dari Budak Batu

  Selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53, 1Malaysia: Menjana Transformasi.Bersempena bulan kemerdekaan kali ini, pengisian bukan sahaj lebih menjurus kepada semangat kemerdekaan itu sendiri, malah sejarah dan titik kelahiran dalam memperjuangkan kemerdekaan negara juga tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.
Tema hari kemerdekaan tahun ini.
   Sempena hari kemerdekaan ini, penulis tidak ada langsung rancangan besar untuk menyambut kedatangan bulan kemerdekaan selain malam ambang merdeka di sambut penuh debaran menanti detik peperiksaan pertengahan semester amali petrologi bersama-sama buku pengenalan mineral batuan igneus yang akan diadakan keesokan harinya.
Amali petrografi.
   Perarakan rasmi menaiki kereta berhias, jet pejuang,kereta kuda, perarakan bendera, diiringi kumpula ROTU UKM dan SUKSIS memeriahkan lagi suasana hari kemerdekaan di makmal petrologi. Jangan percaya, hanya drama.
Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia.


   Walau apapun, tidak kiralah kita dari pelusuk mana sekalipun datangnya, dari Perlis hinggalah ke pelusuk Sabah dan sarawak, kita adalah satu. satu untuk seluruhnya. Jadi, bersama-samlah kita mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Sejarah bumi juga telah membuktikan yang dengan merdekanya sesuatu batuan, tidak berlakulah canggaan atau nendatan atau sesar dalam sesuatu jasad batuan* sekadar perumpamaan. Selamat hari merdeka! 
    'Gigih meredah gelombang, Mendaulatkan tanah air tercinta'


Sabtu, 28 Ogos 2010

Akhirnya Selesai memetakan kawasan Taman Pantun dan Sg. Tekala

   Misi menyiapkan peta lengkap taman pantun bermula pada pagi sabtu 14 Ogos tetapi oleh kerana perjumpaan ko-kurikulum HE, maka proses menyiapkan peta taman pantun tergendala selama seminggu iaitu disambung pada 21 Ogos 2010.
Misi menyiapkan peta topografi Taman Pantun.
   Walaupun kelihatan payah, namun, ramai yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menyiapkan hasil kerja bermarkah mereka.Mungkin memikirkan betapa pentingnya hasil kerja mereka kerana boleh membawa kepada pemarkahan keseluruhan, ketelitian dilihat menyelubungi kawasan Makmal Peta berkenaan.
Hampir siap nampaknya.
   Walau apapun, akhirnya peta topografi taman pantun berjaya di siapkan hasil daripada semangat tolong menolong, bantu-membantu antara satu sama lain.Inilah hasilnya (Kumpulan F2: Aku dan Fendi bekerjasama menjayakan aspirasi dan harapan kami sendiri untuk menyiapkan peta topografi bersama-sama dengan keratan rentas geologi Taman Pantun). Alhamdulillah...
Peta-peta yang kami lakarkan-nampak seperti serabut tetapi tak dinafikan, itulah lakaran yang terbaik yang dapat kami buat
haha...Siap Legend lagi tuh....
Setelah siap, akan dimasukkan begini =)
      Selesai sudah Taman Pantun, kini masa unutk Sg. Tekala pula. Berbeza daripada yang sebelum-sebelum ini, teknik memetakan kawasan Sg. Tekala lebih mudah dan ringkas dibuat, kerana keadaan lokaliti yang kurang luas dan menggunakan kaedah rintisan terbuka yang dikira agak mudah.
Flashback-Teknik Pemetaan Sg. Tekala.
   Oleh kerana hari jumaat merupakan cuti umum bagi negeri selangor iaitu 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadan 1431 H, jadi, waktu berkenaan dipilih untuk menyiapkan segala kerja memetakan kawasan Sg. Tekala. Pelbagai maklumat perlu dimasukkan, antaranya, Legend (itu sudah pasti), singkapan-sigkapan batuan yang ada, struktur tektonik (seperti Sesar atau kekar), telerang kuarza, ketinggian sesuatu tempat, dan keadaan fizikal lokaliti (jambatan, Sbg.).
Lebih kurang begitulah....
   Menjelang waktu sembahyang jumaat, semua pelajar lelaki bergerak ke masjid sebelum menyambung kembali selepas itu. Kira-kira pukul 3 petang, barulah kumpulan penulis bersama Fendi berjaya menyiapkam peta topografi Sungai Tekala bersam-sama penerangan yang ringkas. Tahniah sekali lagi!


Jumaat, 27 Ogos 2010

Kerjalapangan Pantai Timur:Hari ke-4: 6 mei 2010

  Antara hari yang agak menarik kerana kebanyakan lokaliti terletak di kawasan pantai. Dari Kota Bharu, perjalanan ke lokaliti ke-11 iaitu Kuari Bukit Yong memakan masa selama sejam.


Lokaliti 11 : Kuari Bukit Yong, 0930
 Lokaliti kuari ini merupakan lokaliti dimana terdapat singkapan batuan igneus yang mana ada diantara kawasan terbabit dapat dilihat sempadan batuan antara batuan granit dengan batuan metamorf.bermula dihadapan pintu masuk, pelajar dikerah untuk mencerap lokaliti berkenaan dan melihat sendiri sempadan tersebut secara dekat.
Aktiviti mencerap batuan.
  Selepas beberapa lama mencerap serta melukis sempadan batuan berkenaan, pelajar dibawa masuk ke kawasan kuari bagi memperolehi maklumat geologi yang jelas tentang kawasan kuari berkenaan. Didapati, kawasan lokaliti ini secara umumnya disingkap oleh batuan Microgranit. Selain batuan granit, terdapat juga telerang kuarza dijumpai disekitar lokaliti berkenaan, selain satah kekar dan sesar (mungkin sesar atau mungkin tidak).Selepas matahari tegak dikepala, barulah rombongan bergerak ke lokaliti seterusnya, yang sebelum itu diberi penerangan ringkas oleh Prof. Ibrahim tentang stuktur tektonik mahupun sistem geologi secara ringkas yang terdapat di lokaliti berkenaan.


Lokaliti 12: Bukit Keluang : 1330


   Sebelum sampai ke lokaliti Bukit Keluang, kami dinasihati agar membeli makanan (tapau) untuk dibawa ke lokaliti ini. Ini kerana kawasan lokaliti ini agak payah untuk menemui gerai-gerai makan dan restoran yang berhampiran, jika ada pun harga yang ditawar tidak berbaloi dengan apa yang diperolehi. Setibanya kami dikawasan Bukit Keluang ini, perasaan yang sunggul tiba-tiba menjadi ceria apabila dapat bertemu dengan lokaliti tepi laut.
Tiba-tiba kami ceria macm ini =)
   Ok, bercerita mengenai maklumat geologi kawasan Bukit Keluang ini,kawasan ini tersingkap batuan batu pasir dan konglomerat benua yang umumnya masih dipertikaikan (walaubagaimanapun, terdapat pengkajian-pengkajian terperinci yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Geologi UKM sendiri setelah mengambil kira beberapa faktor dan kepentingannya).Berbalik kepada cerita konglomerat benua tadi, Jujukan ini kelihatan sama dengan konglomerat Formasi Tembeling (tetapi ada juga maklumat yang mengatakan jujukian konglomerat ini adalah berdiri atas Formasi Bukit Keluang.
Prof. Dr Abdul Ghani sedang menerangkan sesuatu di lapangan.
   Di kawasan berkenaan juga, pelajar dinasihati untuk melihat sendiri bentuk serta perlapisan batu pasir-konglomerat benua. Jika dilihat secara lebih dekat, pelajar juga boleh melihat kekanta pasir dalam konlomerat dan kekanta konglomerat dalam lapisan batu pasir yang dikira agak unik, sebagai bakal ahli kaji bumi.Selepas puas melihat struktur batuan konglomerat benua, pelajar dibawa pula ke kawasan tepi pantai bagi melihat sendiri morfologi-morfologi menarik yang terdapat dikawasan berkenaan.
Setelah habis berkerja lapangan.
   Antara morfologi yang terdapat dikawasan berkenaan adalah seperti gerbang lautan, gua, serta bermacam lagi morfologi yang berkenaan dengan kawasan pantai itu.Kira-kira pukul 1545, barulah rombongan kembali bergerak ke lokaliti seterusnya iaitu Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu.


Lokaliti 13: Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu.
  Lokaliti kawasan taman perumahan ini merupakan kawasan singkapan keratan bukit yang mana di bahagian hadapan bukit berkenaan terdapat sederet rumah-rumah penduduk di taman perumahan. Secara Geologi, batuan yang tersingkap pada lokaliti ini adalah selang lapis batu pasir dan batu syal. Walaubagaimanapun, kawasan ini belum diberi  nama lithostratigrafi formal. Nama tidak formal yang diberikan ialah unit Bukit Rakit.
Terdapat fosil trilobit pada sampel batuan ini.
    Untuk pengetahuan semua, di Terengganu, tidak ada batuan berusia Paleozoik Awal. Dari kandungan fosil yang telah dijumpai dlokaliti berkenaan, batuan disini ditafsirkan sebagai berusia Paleozoik Akhir (Karbon). Dari lithofasies dan jenis fosil batuan di sini, dapat ditafsirkan ianya sebagai batuan laut cetek silisiklastik.
cari kat pak cik Google: nie lah rupe trilobit yang dah pupus tu.
    Banyak kenangan semasa kami mencerap kawasan Bukit Rakit ini, antaranya, Prof mengadakan pertandingan bagi sesiapa yang dapat menjumpai fosil trilobit, jadi, berduyun-duyunlah manusia rombongan ini memusnahkan khazanah alam yang berharga itu semata-mata mahu mendapatkan ganjaran yang di sediakan.Sebenarnya etika begini perlu dijauhi bagi memulihara alam semula jadi yang tersingkap didalamnya bermacam khazanah yang tidak ternilai.Kita mungkin dapat melihat fosil-fosil berkenaan, tetapi, jika segalanya telah di rosakkan, mana mungkin pelajar akan datang dapat melihat perkara yang sama, fikir-fikirkanlah....


Khamis, 26 Ogos 2010

Ihya' Ramadan bersama Rumah anak yatim Darul Rukaiyah

   Kali ini entri membawakan pandangan para pembaca kepada suatu program tahunan, Ihya' Ramadan anjuran kelab Geologi UKM atau dengan kata lain, pelajar tahun akhir (3), program Geologi, UKM. Program yang melibatkan anak yatim Darul Rukaiyah ini bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa UKM dengan masyarakat, dan dalam konteks ini, pelajar Geologi UKM dengan anak-anak dari Rumah anak Yatim darul Rukaiyah.
Banner yang di gantung di hadapan bangunan Geologi
   Selain mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekeliling, program ini juga memupuk semangat kekitaan dimana sifat saling bantu membantu antara satu sama lain anatara batch dapat dijalin. program murni ini telah bermula seawal pukul 10 pagi lagi dengan proses merewang bubur lambuk dijalankan. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak dapat turun oleh kerana kekangan kelas yang mendesak.
bubur lambuk yang dimasak pagi tadi.
   Pada pukul 2 petang pula, bubur mula dimasak bersama-sama bahan yang telah disediakan pagi tadi.Berbalik kita ke program ini, ianya bermula seawal pukul 5.30 dengan ceramah oleh seorang ustaz (terlupa nama) yang merupakan seorang 
pensyarah dari Fakulti pengajian Islam (FPI), UKM.
Ceramah sedang disampaikan.
   Antara isi penyampaian ceramah tadi antaranya adalah tentang ibadah di malam terakhir ramadan serta fadilat yang kita akan dapat daripadanya,generasi muda yang perlu dijaga serba-serbi agar tidak tercemar kelak, menghidupkan masjid yang menjadi amalan mulia, bersedekah di bulan mulia mempunyai ganjaran yang amat besar,berniat dalam melakukan sesuatu hal juga dikira melakukan kenaikan dan banyak lagi input yang berkaitan dengan bulan Ramadan ini.
Majlis bersurai.
   Selepas solat Maghrib, bermulalah sesi mengenyangkan perut dimana acara berbuka puasa diadakan di makmal Peta yang pasti menjadi kawasan wajib untuk setiap Rockaholic UKM melakar kenangan dan sejarah, suka dan duka sepanjang belajar disini. Antara juadah yang disediakan untuk pembuka selera Ramadan ini ialah Nasi Tomato, Bubur lambuk, kuih muih,air sirap dan teh serta bermacam-macam juadah pencuci mulut yang tersedia dihidang diatas meja.
Hazim mesra bersama anak-anak kecil yang comel-comel.
   Agak terhibur dikala melihat telatah anak-anak yatim dari Darul Rukaiyah ini. Walaupun jauh disudut hati mereka merasakan kesunyian yang tidak mampu diungkap oleh anak-anak yang masih mempunyai ibu-bapa, namun, dengan cara ini, perasaan yang membenlengu mereka tiap hari sedikit sebanyak dapat dilupakan dalambeberapa detik, saat keceriaan bersama abang-abang dan kakak-kakak yang sudi melayani karenah mereka.
Penulis bersama adik-adik yang comel
   Setibanya sahaja waktu Isyak, maka, beredarlah semua ke Surau FST bagi menunaikan solat Isyak dan Solat Terawih. Selepas melakukan ibadah berkenaan, pelajar diminta untuk naik semula bagi menjamu hidangan moreh yang telah disediakan berupa kuih-muih dan bubur lambuk buatan Geologi UKM. Pada majlis itu juga, sesi penyampaian cenderahati oleh pihak penganjur kepada penghuni Rumah anak yatim darul Rukaiyah diadakan.
Sesi menceriakan adik-adik ini.
   Agak menarik melihat riak muka adik-adik Darul Rukaiyah yang sangat teruja dan gembira setelah mendapat saguhati berkenaan.Sumbangan oleh Pusat Pakaian Hari-Hari kepada Rumah anak yatim darul Rukaiyah juga di turut diberi. Selepas berakhirnya sesi bersama adik-adik dari Rumah Anak Yatim darul Rukaiyah, tibalah masa untuk 'fotogedik Geol'. Saksikan;
Mula-mula begini....
Sedetik kemudian:
Penambahan orang: dah macam Poster Hari Raya...=)