Jumaat, 29 Januari 2010

STAG 1023 MINERALOGI

Mineralogi merupakan khusus asas untuk geologi. Mineral bukan isotrop pada skala mikroskopik menjadi fokus utama khusus ini. Permulaannya, pelajar akan didedahkan dengan asa kristalografi, sistem hablur dan kimia hablur. Pada peringkat berikutnya, pelajar akan diperkenelkan dengan kaedah analitikal yang menggunakan mikroskop berpengutup untuk mengenalpasti cirian optik mineral. Di akhir khusus ini, pelajar seharusnya mempunyai kemampuan untuk mengenalpasti jenis mineral berdasarkan cirian optiknya serta berkebolehan untuk menghubungkaitkan kepelbagaian cirian optik mineral dengan struktur hablurnya. Kursus ini melibatkan kuliah serta amali.

Mineralogy is a foundation course for Geology. This course will focus more on nonisotropic minelals at the microscopic scale. Initially the students will be exposed with crystallograpic princples, crystal systems and crystal chemistry. In the following step, students will be introduce with analytical methods which used the polarizing microscope for the determination of minerals optical properties. Towards the end of the course, The student should have the ability to identify the minerals based on their optical properties and have an appreciation to relates the variations of the minerals optical properties and have an appreciation to relates the variation of the minerals optical behaviours with their crystal structures. This course wii cover lectures and laboratories.

[di ambil dr: Buku Panduan Prasiswazah sesi akademik 2009-2010, Fakulti Sains dan Teknologi]

Nota Kaki: Mineralogi yang Best!!

Khamis, 28 Januari 2010

Bangi, 29 Januari 2010, Berikut adalah peratusan jumlah yang keluar mengundi Di seluruh kampus UKM yang terkini tetapi belum rasmi. Sebarang perubahan tertakluk pada Pihak Universiti sendiri.

KOLEJ
PERATUS  (%)
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
89.43
KOLEJ BURHANUDDIN HELMI
96.54
KOLEJ DATO’ ONN
92.27
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
83.77
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN
95.71
KOLEJ IDRIS AL-MARBAWI
63.77
KOLEJ KERIS MAS
83.68
KOLEJ RAHIM KAJAI
90.88
KOLEJ TUN DR ISMAIL
80.68
KOLEJ TUN HUSSIEN ONN
87.77
KOLEJ TUN SYED NASIR
89.91
KOLEJ UNGKU OMAR
85.89
KOLEJ PENDETA ZA’BA
79.05
PUSANIKA
33.39

                       *TIBE-69.25%

Jumlah Peratusan keseluruhan yang keluar mengundi adalah: 78.82%


Nota kaki: ASPIRASI MENANG LAGI!!! DAN YANG LEBIH PENTING, KEJAYAAN MERAMPAS TAKHTA FST KE DALAM GENGGAMAN ASPIRASI!!! GO....GO...GO....ASPIRASI!!

Rabu, 27 Januari 2010

Kempen PRK-Poster

Sekitar kemeriahan Poster di seluruh kampus.

Kemeriahan PRK di UKM


 28 januari 2010, hari yang cukup ditunggu2 oleh seluruh warga kampus apabila Pilihan Raya kampus (PRK) akan berlangsung. Serentak di 4 Universiti utama iaitu UM, UKM, UTM dan USM, PRK kali mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berlangsung dalam keadaan yang cukup2  berbeza dari tahun yang sebelumnya. Fokus utama kali ini tertumpu pada Universiti kebanggaan rakyat Malaysia, UKM sebagai peneraju kepada asas pembangunan modal insan yang cemerlang. Demi menjadikan ekosistem kampus UKM sebagai Ekosistem ilmu yang menjadi wadah kepada perjuangan warganya.
   Pelbagai isu dan masalah turut di bangkitkan oleh kebanyakan calon yang bertanding baik calon UMUM mahupun calaon Fakulti, antaranya Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG), yuran Kolej, kemudahan awam di kolej, masalah penggunaan bahasa di kampus dan pelbagai isu di bangkitkan selain ragam2 ahli2 yang cukup setia pada perkumpulan mereka.
Antara Fakulti yang menyaksikan Pertandingan ialah :
Fakulti Sains dan Teknologi(FST)
Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (FKAB)
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK)
Fakulti Undang-Undang (FUU)
Fakulti Pendidikan (FPEND)
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) 
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP)
 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
Fakulti Farmasi

Manakala Fakulti pengajian Islam Menyaksikan Calon Menang tanpa bertanding.


Hari Ini, bermula dari Pukul 8 pagi, pusat pengundian akan dibuka di seluruh kolej di Kampus Induk Bangi mahupun Kampus KL dan Kampus Cheras.Antara Kolej2 dan kawasan yang menjadi Lokasi pembuangan Undi iaalah:

Kolej Dato Onn (KDO)
Kolej Tun Hussien Onn (KTHO)
Kolej Ungku Omar (KUO)
Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) 
Kolej Ibrahim Yaakub (KIY)
Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kolej Rahim Kajai (KRK)
Kolej Antarabangsa Ibu Zain(KAIZ)
Kolej Keris Mas (KKM)
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) -kampus KL
Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)-kampus Cheras
Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
Pusanika-bagi pelajar yg menetap di luar kampus.


Keputusan Pula dijangka diketahui selewat2 nya malam ini dengan Pusanika menjadi fokus seluruh siswa UKM utk mengetahui siapa yang akan mengemudi tampuk pemerintahan akan datang.
Nota kaki; JOM mengundi!!!!!! reramai Tururn Kolej mengundi calon pilihan anda, yang boleh membuat kerja......yang menjaga kebajikan Mahasiswa....dan terus maju!!!