Selasa, 5 Jun 2012

Era Paleozoik Akhir


Zaman Paleozoik Akhir bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Devon (408-360 Ma), Karbon (360-286 Ma) dan Perm (286-245 Ma). 

Sejarah Tektonik


Pada zaman Paleozoik Akhir, secara umumnya bumi berada pada iklim panas. Pada masa Silur,benua Laurentia dan Baltika berlanggar lalu menghasilkan benua Laurasia. Lautan lapetus tertutup dan berlaku Orogeni Caledonia

Pelanggaran benua Avalonia, Laurentia dan Baltika menghasilkan Orogeni Acardia.Laurentia berlanggar dengan kepingan Siberia lalu menghasilkan Ellesmere

Orogeni Antler pula terhasil akibat daripada perlanggaran arka kepulauan Pulau Klamath dengan Laurentia.Bahagian timur Laurentia berlanggar dengan Gondwana (Afrika) lalu menghasilkan Orogeni Alleghenian.

Orogeni Ouachita hasil perlanggaran Laurentia selatan dengan Gondwana pada akhir Karbon hingga Perm. Laurasia dan Gondwana bercantum lalu menghasilkan Pangea.

Pada masa Perm, pelanggaran antara Siberia dan Laurasia menghasilkan Oroeni Ural. Perlanggaran Sonomia dan Pangea menghasilkan Oregeni SonomaLautan Tethys terbentuk pada zaman Karbon.



Sumber: Wikipedia


Ahad, 3 Jun 2012

Episod Kepupusan Massa Ordovisi-Silur


Peristiwa kepupusan massa Ordovisi- Silur adalah episod kepupusan massa kedua terbesar dalam sejarah bumi, dari sudut peratusan genera yang pupus dan kedua secara keseluruhannya dari sudut kehilangan nyawa. Diantara 450 Ma dengan 440 Ma, dua episod kepupusan, kedua-duan diselangi selama sejuta tahun, kemungkinan telah berlaku.

Perkara ini merupakan kedua terbesar bagi kehidupan marin, disusun dibawah episod kepupusan zaman Perm. Pada masa ini, kesemua jenis hidupan yang diketahui hidup di laut dalam dan juga cetek. Lebih 60% daripada hidupan marin invertebrata mati termasuklah dua per tiga daripada famili brakiopod dan bryozoa. Brakiopada, bivalvia, echinoderm, bryozo, dan karang kebanyakkannya telah terkesan daripada peristiwa ini.

Antara penyebab yang dikaji oleh pengkaji antaranya ialah pergerakan Gondwana ke arah kutub Selatan. Perkara ini menyebabkan berlakunya penyejukan secara global, aktiviti glasier dan penurunan aras laut. Penurunan aras laut secara drastik ini telah menyebabkan habitat-habitat hidupan marin terancam dan musnah dalam masa yang singkat. Bukti aktiviti glasier ini boleh ditemui di Gurun Sahara. Kombinasi penurunan aras laut dan penyejukan global memberikan penunjuk bahawa perkara ini merupakan salah satu punca kepupusan massa Ordovisi berlaku.

Konteks
Kepupusan berlaku 443.7 Ma tahun lalu. Ianya ditanai oleh sempada antara zaman Ordovisi dan diikuti zaman Silur. Semasa peristiwa kepupusan ini berlaku, terdapat beberpa penanda yang menggambarkan perubahan biologikal bagi nilai karbon dan oksigen isotop.

Semasa aktiviti ini berlaku, kebanyakkan organisme multisel yang komplek hidup di sekitaran lautan, dan sebanyak lebih kurang 100 famili marin menjadi pupus, bersamaan 49% bagi genera fauna. Brakiopod dan bryozoa paling terkesan, selain trilobit, conodont dan graptholit.


Kemungkinan Penyebab
Episod kepupusan massa ini banyak dikaji secara ekstensif.  Episod kepupusan massa Ordovisi ini di kenalpasti berdasarkan kejatuhan kadar kandungan CO2 dalam atmosfera pada zaman berkenaan. Apabila bahagian selatan Superbenuua Gondwana terhanyut kearah kutub selatan dan ais kemudiannya menyelubungi kutub berkenaan. 


Sumber: Wikipedia

Zaman Silur


Hidupan Zaman Silur
Selepas kepupusan massa Akhir Ordovisi, kepelbagaian spesies bertambah secara perlahan. Brakiopod, brizoa, gastropod, bivalvia, karang, krinoid dan graptolit mula berkembang semula. Zaman Silur dan Devon merupakan masa pembentukan terumbu yang terdiri daripada Rugosa, Tabulata dan stromatoporoid.

Fosil Eurypterid atau dikenali sebagai Kala Jengking Laut


Pada Akhir Silur, terdapat arachnid, myriapod dan hexapod. Eurypterid mula muncul pada Silur. Ostracoderm banyak ditemui pada zaman Silur. Ikan berahang (Acnthodii) mula muncul pada Awal Silur. Placodermi (ikan perisai berahang) muncul pada akhir Silur. Tumbuhan vascular yang terawal , Cooksonia berbentuk Y ditemui di Wales dan Ireland berusia Silur Tengah.



Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Sabtu, 2 Jun 2012

Zaman Ordovisi


Skala Masa Geologi

Zaman Ordovisi dikenali sebagai zaman graptolit. Graptolit berkembang dengan baik. Perkembangan pesat berlaku pada Brachiopoda articulate, gastropod, bivalvia, sefalopod (Nautilod), ekinoderm (krinoid dan blastiod), brizoa, akritarc, receptaculitid (algae) dan konodon. Stromatoporoid yang muncul pada Akhir Kambrian menggantikan archeocyatid sebagai terumbu. Fosil yang penting dalam stratigrafi ialah trilobit, Graptolit, brakiopod dan konodon.

Graptolit

Pada zaman Ordovisi Tengah, muncul Rugosa dan Tabulata. Fosil tumbuhan yang terawal dikenali sebagai Bryophyte. Ikan (Agnatha) merupakan vertebrata yang hidup dalam sekitaran samudera. Pada Akhir Ordovisi, berlaku zaman glasier yang telah menyebabkan kepupusan massa, 12% famili dan 80% genus haiwan pada masa ini pupus. Dianggarkan kira-kira 60% daripada hidupan samudera pupus. Kepupusan massa ini adalah disebabkan oleh aktiviti penyejukan bumi serta letusan sinar gamma.

Rujukan:  Condie, K.C. 2005. Earth as an Evoving planetary system. New York: Elsevier & Academic Press

Wikipedia