Ahad, 20 November 2011

Fosil ikan paus ditemui ditengah gurun di Chile



SANTIAGO, Chile (AP)-Lebih 2 juta tahun yang lampau, sekumpulan ikan-ikan paus yang berkumpul di luar Pantai Pasifik Amerika Selatan ditemui secara misteri.
   
  Banyak kemungkinan yang boleh dikemukakan, antaranya tertimbus dibawah permukaan bumi akibat tertimbus oleh tanah runtuh atau ribut teruk, atau telah termendap dibawah permukaan bumi selepas mati, dah dahulunya adalah kawasan laut kuno selama tempoh beberapa ribu tahun. Tapi entah bagaimana, paus-paus ini mati secara bertindan-tindan antara satu sama lain, hanya beberapa meter dan dimendap sebagai lantai lautan cetek melalui proses geologi yang lama dan kini bertukar menjadi kawasan yang kering kontang.


  Kini, ia muncul sebagai kawasan padang pasir yang berbukit dan terletak lebih 1 km daripada kawasan pantai, dimana saintis mula menggali kawasan perkuburan fosil paus yang terbaik didunia bagi memperolehi maklumat mengenai misteri ini.




  Saintis Chile bersama-sama dengan penyelidik daripada Institut Smithsonian mula mengkaji bagaimana ikan paus yang kebanyakannya bersaiz bas, berada di kawasan gurun Atacama itu.


  Sainstis menyatakan bahawa fosil yang sama juga ada ditemui di Mesir dan Peru, namun fosil yang dijumpai di Chile mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri dan telah terpelihara dengan baik.Lebih daripada 75 ikan paus telah ditemui setakat ini-termasuk 20 ekor yang telah terfosil dengan baik.


   Fosil-fosil ini memberikan gambaran tentang kehidupan fauna dan flora akuatik pada masa berkenaan (paus mati). 


  Saintis percaya fosil-fosil ini masti pada masa yang sama dan sedang mencari penyebab tentang bagaiman paus-paus ini boleh mati secara serentak pada masa berkenaan.


 Walaubagaimanapun, hasil penemuan ini masih belum diterbitkan dimana-mana, walaupun penemuan pertama kali adalah pada bulan jun iaitu semasa projek melebarkan jalan raya.


   Setakat ini, fosil yang ditemui seluas dua padang bola sepak ditepi jalan- kira-kira 240 meter panjang dan 20 meter lebar.


   Saintis mengenalpasti sekitaran kuno kawasan pemendapan fosil ikan paus ini sebagai sekiatar lagun yang berlaku sekitar 2 hingga 7 juta tahun lalu. Kebanyakan ikan paus adalah bersaiz 8 meter.




Sumber : Washington Post Social Reader


   
   

Sabtu, 19 November 2011

NASA kesan gumuk pasir beralih di Marikh



PASADENA, Califfornia- Gumuk pasir bergerak disebabkan pergerakan angin pada permukaan Marikh -Sekurang-kurangnya dibeberapa tempat.


   NASA pada khamis lepas melaporkan beberapa gambar yang telah diambil di sekitar Marikh mempunyai ciri-ciri gumuk pasir yang tergerak hasil janaan tenaga angin yang ada dieskitar Marikh-keadaan yang sama seperti berlaku di kawasan gurun di planet bumi.


   Saintis tidak menolak kemungkinan perkara ini berlaku namun hanya terhad dibeberapa tempat di sekitar Marikh.


   Habuk secara umunya selalu berterbangan disekitar Marikh, namun butiran-butiran pasir juga akan bergerak bersama. Hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal Geology itu, saintis juga mentafsirkan permukaan planet merah itu mempunyai kadar kekautan angin yang cukup bagi menggerakkan gumuk-gumuk pasir yang ada.




Sabtu, 15 Oktober 2011

Lawatan Industri ke Selinsing Gold Mine

 
    Pada 24 September 2011, bertempat di Selinsing Gold Mine, Raub, pihak syarikat SGM mengadakan Lawatan Industri ke syarikat terbabit. Pelawat yang terdiri daripada konsultan-konsultan, pensyarah, pelajar mahupun wakil syarikat dijemput untuk menghadiri lawatan pendek selama sehari ini.
  
Antara peserta yang terlibat.
    Lawatan dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan pertama yang akan ke bahagian pit utama manakala kumpulan yang lagi satu akan melawat ke kawasan pemprosesan.
Penulis bergambar sebagai kenang-kenangan.
   Pelbagai maklumat dan ilmu dapat diambil serta diperolehi terutamanya mengenai cara-cara memproses bahan/sumber bumi berkenaan dengan menggunakan mesin-mesin tertentu. Banyak pengalaman yang penulis perolehi berkenaan dengan industri mineral bijih/ sumber bumi negara . 
   Semoga dengan kehadiran penulis ke lombong ini dapatlah memberi pengalaman serta keupayaan penulis untuk melangkah lebih jauh dalam bidang sains kebumian melalui cabang perlombongan ini. Insyallah.


Penghargaan : Ucapan terima Kasih yang tak terhingga kepada Prof. Dr. Wan Fuad bin Wan Hassan kerana sudi membawa kami ke lombong ini, ucapan kemaafan juga turut disampaikan kepada Prof. Madya. Dr. Kamal Roslan Mohamed kerana terlewat beberapa minit dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. 



Ahad, 25 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Geologi 2011

   
   Majlis jamuan Hari Raya Geologi 2011/1432 H telah diadakan pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 H bertempat di Makmal Peta, Bangunan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Sebahagian pelajar yang hadir dalam program tahunan ini.
Pertemuan semula.
   
   Objektif acara ini diadakan adalah selain meraikan bulan syawal yang sedang berlangsung ini, acara ini juga bermatlamat untuk memupuk dan menjalin silaturrahim antara para pelajar dengan pensyarah dan juga kakitangan /staf sokongan.


Pemandangan
Persembahan dari tahun 2.




   Selain itu, program ini juga meraikan kehadiran anak-anak yatim Darul Rukaiyah yang turut bersama-sama dalam program ini. Kemeriahan sambutan hari Raya peringkat geologi ini lebih terasa dengan kehadiran hampir kesemua pelajar program geologi yang lengkap berpakaian hari raya.


Menjamu Selera.
Pemberian duit raya.




   Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar tahun 2, Amir Ikhwan sebelum ketua program, Prof. Madya Dr Kamal Roslan Mohamed menyampaikan sedikit titipan dan nasihat terutamanya kepada pelajar tahun 1 dan tahun 3.
Antara hadirin yang hadir.
Persembahan dari pelajar tahun 3.




   Antara intisari ucapan yang dapat dipetik adalah beliau mahu pelajar terus aktif berkegiatan diluar bidang pembelajaran tanpa menggangu sedikitpun masa-masa untuk belajar. Beliau juga menasihati pelajar tahun 3 agar sentiasa komited dalam menyiap serta menyelesaikan disertasi masing-masing pada waktu yang ditetapkan agar perjalanan seterusnya akan lebih lancar.


Faiq, Pak Cik Alias dan epen.


   Seterusnya, sementara menjamu hidangan yang telah disediakan, pelajar ditontonkan dengan klip tayangan video berupa ucapan-ucapan dari wakil pensyarah, wakil staf sokongan, wakil pelajar Master, dan ucapan secara berkumpulan oleh pelajar tahun 1, 2 dan 3.


Pelajar wanita yang hadir.


   Pelajar-pelajar dihiburkan dengan persembahan karaoke oleh pelajar tahun 1, dimana mereka menyanyikan lagu 'Seloka Hari Raya' secara beramai-ramai. Ini diikuti oleh persembahan akuistik oleh pelajar tahun 2 yang mendendangkan lagu 'Suasana Hari Raya' dan 'Aisyiteru' juga secara beramai-ramai.


Antara makanan yang disediakan.


  Pelajar tahun 3 pula mempersembahkan satu sketsa yang cukup mencuit pangkal jantung dan hati hadirin-hadirin yang datang ke majlis ini. Selain sketsa, mereka juga turut menyampaikan satu lagu bertajuk 'Menjelang Hari Raya' nyanyian asal oleh Dj Dave.


Sebahagian AJK yang menjayakan program raya.


   Majlis bersurai kira-kira pukul 5.30 petang selepas selesai kesemua acara yang dijalankan.