Ahad, 1 Ogos 2010

Sungai Tekala Yang mengasyikkan

 Trek Hutan ini melalui Hutan Simpan Sungai Lalang sepanjang lebih kurang 2.6 kilometerdengan keadaan topografi yang berikut rendah di antara 55 meter (165') hingga 150 meter (450')dari aras permukaan laut.Perjalanan trek ini mengambil masa lebih kurang 90 minit.
Bersedia menelusuri Sungai Tekala
    Perjalanan UKM-Semenyih mengambil masa antara 45 minit untuk sampai di kawasan rekreasi ini.dan untuk sampai di kawasan ini, pengunjung perlu melalui lebuh raya SILK dari Kajang dan terus mengambil jalan ke Semenyih.Kawasan ini merupakan kawasan rekreasi sungai dan mempunyai pelbagai tarikan termasuklah kawasan Air Terjun yang menarik, yang terhampar dibawah singkapan batuan Pink Granit dan batuan sedimen seperti pasir.
Dr. Zaiton sedang memberi penerangan berkenaan keselamatan di lapangan

   Dengan berbekalkan tali, kompas SUUNTO MC-2,bekalan makanan, dan nota lapangan, pelajar diminta memetakan segala singkapan batuan yang berada sepanjang Sg. Tekala. Pelajar diminta untuk melengkapakan maklumat berhubung peta dasar dan peta topografi masing-masing bagi membolehkan segala maklumat penting seperti sesar/kekar, singkapan batuan pegmatt, pulau yang dikiri kanannya mengalir 2 sungai dan sudut ketinggian aras mata di perolehi.
Sedang sibuk mengukur jarak dengan tali

    Bermula dengan kawasan hulu sungai yang berpokok,kami di kerah untuk menelusuri sungai hingga ke hilir bagi memperolehi data yang tepat dan seterusnya berguna untuk membina peta topografi yang sebenarnya.Data yag lengkap amat diperlukan bagi mengelakkan data yang salah dan kekurangan data yang boleh membawa kepada masalah baru. Pada hulu sungai kelihatan singkapan batuan pink granit bersama-sama batuan pegmatit yang agak banyak, yang mana terdapat juga sesar dan kekar.Menurut Dr. zaiton, batuan di Sg. Tekala ini berusia Trias akhir.
Mengukur Kemiringan dan Jurus Sesar
    Perjalanan menuju ke hilir amat mencabar ditambah dengan kelicinan batuan granit yang membentuk seakan mini air terjun yang pada asalnya merupakan batuan granit yang telah terangkut dan terenap di persekitaran sungai. Kemiringan dan jurus satah sesar dan kekar amat diperlukan sabagai pelengkap kepada data yang baik untuk sesuatu lakaran peta topografi.Pada pertengahan laluan ke hulu dijumpai singkapan batuan pegmatit iaitu sebelum pulau.
Sesar yang sangat besar
    Pada pertengahan laluan juga di jumpai Singkapan batuan sedimen yang agak luas, bergerak terus menuju ke arah hilir sungai. Pada singkapan ini, tiada lagi batuan Igneus seperti Granit tadi.Pada kawasan ini juga, ditemui sungai yang terbelah dua membentuk seakan pulau kecil yang sangat bersemak tetapi masih selamat untuk dilalui. Walaubagaimanapun, kedua-dua arah sungai ini perlu diambil untuk mengetahui bearing dan jarak kedua-dua sungai ini.
Terpaksa berendam bagi mendapatkan bacaan jarak sebenar Sg. Tekala
    Sampai ke kawasan yang mana singkapan batuanya akan terubah kembali menjadi Singkapan Igneus yang mana batuan seperti pink granit melatari sekitar kawasan air terjun yang berbatu bongkah besar.Kawasan ini sangat licin dan perlu berhati-hati ketika memanjat batuan ini. Pada kawasan ini, sudut pandangan sekali lagi dikira bagi mengetahui ketinggian sebenar air terjun ini.
Setelah selesai Tugas yang di amanahkan...
     Apabila selesai sahaja tugas teknik-teknik pemetaan geologi ini, maka, pelajar dibenarkan untuk bermandi-manda...bermandi-manda di Sg. Tekala. Disini dilampirkan beberapa gambar semasa aktiviti bermandi manda sedang dijalankan.
Faiz,Faiq,Hazim dan Asyrah sedang bermadi-manda
Wanita2 geologi turut sama tidak melepaskan peuang berharga untuk mandi manda
   Sekitar Kerjalapangan-Teknik Pemetaan Geologi UKM
Bergambar di pintu masuk...
Hutan Simpan Sungai Lalang
Seronok semuanya
Tali digunakan bagi mengira jarak sungai.

Taman Pantun : Lokaliti menyerlah

 Taman Pantun adalah  salah satu kawasan bersejarah yang dimiliki sepenuhnya oleh UKM. Taman ini pada asalnya merupakan tapak bekas kampung tradisional yang pernah di huni oleh sebuah unit perkampungan yang berpenduduk kurang padat.
  Oleh kerana perancangan pembangunan sebuah Universiti pada awal 1960-an, kawasan ini terpaksa dikosongkan oleh penduduk-penduduk kampung dan oleh itu, kawasan ini dijaga sepenuhnya oleh pihak UKM.
Istana Lama di Taman Pantun, UKM
  Tujuan Taman pantun ini ditulis bukanlah sekadar mahu memperkenalkan tempat menarik di UKM  ini, tetapi lebih kepada tugasan Kerjalapangan di taman ini. Lebih kepada kawasan dusun buah-buahan, kawasan ini merupakan lokaliti pertama untuk subjek teknik pemetaan Geologi, yang mana kawasan ini asalnya merupakan alur sungai yang berdelta (Sungai Langat)yang mengalir di kawasan ini suatu masa dahulu.
 Dr. Zaiton sedang memberi penerangan berkenaan Peta Dasar dan maklumat yang perlu diisi
  Peta dasar Taman pantun pada hari pertama kedatangan ke kawasan ini dilukis dan disiapkan dalam makmal peta, bangunan Geologi. Peta dasar diukur berdasarkan langkah yang dikira sebelum itu, yang mana jarak yang diukur akan di tukarkan menjadi sebuah kawasan yang mempunyai arah ke utara.
keperluan semasa melukis peta dasar dan peta topografi.
   Subjek pemetaan secara kasar dilihat lebih berguna untuk bakal-bakal geologist yang mampu menggunakan ilmu ini semasa bekerja dilapangan, yang mana terpaksa malalui hutan-hutan yang tebal dan semak samun yang boleh kepada kesesatan. Satu lagi, Subjek ini bolehlah lebih berpihak kepada kaum lelaki kerana  ianya cukup mengerah tenaga dan memerlukan kekuatan yang optimum untuk terus bergerak menyiapkan peta dasar.
Memenatkan dan melenguhkan semasa bekerja, tapi apa nak buat...
   Secara peribadi, teknik pemetaan sangat menarik walaupun terpaksa meredah semak samun yang kita tidak ketahui apa yang ada didalamnya. Subjek ini memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menyiapkan data yang lengkap di dalam sesuatu peta Topografi.Semoga semua pelajar Geologi, UKM sesi 2009/2010 dapat bertahan dan tidak gentar dalam manghadapi cabaran ini. Ini juga untuk kebaikan kita bersama dan berguna suatu hari nanti.

Peta Topografi

Sabtu, 3 April 2010

Peperiksaan Akhir Semester II

  Entri kali ini membawakan satu tajuk yang mana amat ditunggu2 (cehh..cehh) oleh semua pelajar di kampus Induk, Bangi iaitu peperiksaan akhir semester II 2010. Ini berlajutan daripada habisnya, terlabuhnya tirai minggu ke-14 jumaat lalu dan kini memasuki minggu pembelajaran atau Study WEek.
  Ok...masuk tang jadual...Alhamdulilah, jadual pada semester nie memang tak berapa padat, secara purata ada gap 1 hari selepas 1 paper, jadi, boleh ambil masa untuk bertenang dan review balik segala kecelaruan yang berlaku. Misi menebus kehampaan Teknik Matematik untuk sem lepas mesti diteruskan tetapi Misi ini dilihat agak terbantut oleh kerana kehadiran Kimia Am I yang agak sama sahaja dengan Teknik Matematik I.
   Walau apa2 pun, aku mengharap subjek2 lain aku dapat menampal seterusnya memperbaiki keputusan aku untuk semester yang lepas. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat menjalani peperiksaan Akhir Semester II dengan jayanya. Berikut adalah jadual untuk perjalanan peperiksaan nanti:


      13.04.2010  MINERALOGI  
      15.04.2010  KIMIA AM I
      17.04.2010  PENGUCAPAN AWAM II
      18.04.2010  ACA. COMMUNICATION I
      21.04.2010  TAMADUN ISLAM DAN ASIA TENGGARA (TITAS)
      23.04.2010  GEOMORFOLOGI
      26.04.2010  PALEONTOLOGI
      27.04.2010  STRATIGRAFI DAN GEOLOGI SAMUDERA

SELAMAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN SUKSES2 SELALU!