Entri kali ini membawakan satu tajuk akhir semester yang cukup bermakna iaitu penganjuran sebuah program besar, iaitu Majlis Alumni dan Makan Malam Geologi, UKM 2010 bertempat di Hotel Equatorial, Bangi.
Bertemakan 'Colurful of Life', program ini berjaya menyatukan hampir kesemua batch-batch rockaholic yang ada, sejak dari tahun 1974 hinggalah batch terakhir setakat ini, batch aku.Maknanya, semua yang hadir adalah bekas-bekas pelajar Geologi, UKM yang pernah bekhidmat atau pun pernah belajar di sini.
Majlis ini sedikit sebanyak memberi panduan dan pengajaran yang berguna kepada pelajar tahun satu untuk mengendalikan tugas apabila mereka naik ke tahun dua kelak. Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara batch2 yang sedia ada dan menjalin ukhwah serta mengenalkan batch-batch yang baru kepada alumni-alumni sekalian. Kami, selaku pelajar tahun 1, amat berbangga dan cukup teruja kerana dapat mengenali alumni2 yang ada yang ada sudah berpangkat besar dan bekerja di luar. kami juga amat berterima kasih dengan alumni2 yang sanggup datang ke majlis kami walaupun ada yang terpaksa pulang ke Malaysia semata2 untuk bertemu dengan adik2 program geologi sesi baru ini.
Bertemakan '1 geologi, 1 Hati', program ini amat benar2 menjadi pencetus semangat pelajar tahun 1 untuk terus maju dalam bidang pengkajian geologi ini.
Sejak mula kami masuk lagi, walau ada sesetengah yang masih tak faham tentang apa yang di katakan dengan 'geologi' itu, tetapi, setelah memasukinya, mempelajarinya dan memahaminya, kami rasa amat bersyukur kerana memdapat kos yang cukup menarik walaupun pada kefahaman semua, ianya bukanlah pilihan pertama. Perasaan jatuh cinta itu sudah mula terwujud dan terlintar didalam hati nurani.
Pelajar2 tahun pertama sentiasa menyokong segala program yang dianjurkan oleh senior bagi mencari dan mendalami segala ilmu berkaitan pengurusan sesebuah majlis. Kami amat2 berterima kasih dengan pelajar tahun 2 kerana telah bersusah payah mengendalikan program 5 tahun sekali itu.
Semoga pa yang diharap iaitu, hubungan yangterjalin akan tetap bertahan sampai bila2...
Program geologi telah mengajar kita tentang perilaku sejarah bumi yang telah tersingkap lebih berjuta2 tahun lamanya, dan sejarah inilah yang kita harapkan supaya dapat dipupuk ke hati masyarakat dan seterusnya dapat dipelihara supaya apa yang kita ada pada hari ini adalah khazanah yang paling bernilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Hubungan kekeluargaan kita untuk satu batch, diharap agar terus berkekalan dan tak akan terputus walau apa2 sahaja onak dan duri, gempa menggoncang atau dicincang2,,,kita adalah satu keluarga.
kami semua bersatu terus membina kecemerlangan geologi untuk UKM.
1 Geologi, 1 Hati
sekian, terima ksih
Encourage People to concern about earth for the next generation | Membangunkan perasaan kecintaan Masyarakat terhadap misteri alam untuk generasi akan datang.
Jumaat, 26 Mac 2010
Jumaat, 19 Mac 2010
Sains Geologi
Entri kali ini membawakan sebuah penceritaan lengkap mengenai bidang pengkajian geologi serta perkaitannya antara satu bidang, dengan bidang yang lain..
Geologi adalah kajian tentang bumi pejal. ia meliputi penyiasatan batuan yang membentuk bumi (Petrologi) dan cara ia teragih (Struktur batuan)dan juzuk-juzuknya (Mineralogi dan kristalografi).Geokimia adalah kajian kimia keatas batuan dan taburan unsur-unsur utama dan surih dalam batuan. Rangkaian batuan, dan mineral. Ini boleh membawa kepada pemahaman tentang bagaimana batuan tertentu terbentuk (Petrogenesis) dan juga dalam erti kata paling umum, kepada pengetahuan tentang kimia lapisan-lapisan atas bumi.
Taburan batuan di permukaan bumi ditentukan secara melakukan survei geologi (iaitu, melalui pemetaan geologi) dan di rekodkan pada peta geologi. Maklumat tentang batuan ini ditindih di atas peta dasar topografi. Maklumat tentang sifat dan keadaan-keadaan fizik aras-aras bumi yang lebih dalam hanya boleh didapati melalui kaedah-kaedah khas, iaitu Geofizik, yang merupakan sains kembar geologi. Istilah 'sains Bumi' merangkumi kedua-duanya. Daripada teori, dan kaedah geofizik, satu set teknik-teknik (Geofizik gunaan) telah dibangunkan bagi tujuan penjelajahan taburan batuan pada aras-aras cetek di mana minat para ahli geologi dan ahli geofizik saling berkait.
Pengetahuan tentang Bumi pada masa kini menimbulkan persoalan-persoalan tentang proses yang telah membentuknya pada masa yang lepas ; iaitu, tentang sejarahnya. pentaksiran lapisan-lapisan batuan sebagai sejarahnya. Pentafsiran lapisan-lapisan batuan sebagai sejarah bumi dinamakan Stratigrafi, kajian tentang proses-proses yang menghasilkan batuan sedimen dinamakan sedimentologi. Kajian fosil-fosil (Palaeontologi) berkait rapat dengan sejarah bumi, dan daripada kedua-duanya telah wujud kefahaman tentang perkembangan hayat di bumi. Pemahaman yang telah diperolehi, iaitu tentang jarak/tempoh masa yang bermua beribu-ribu juta tahun dahulu, mengenai asal mula kehidupan dan tentang evolusi manusia, adalah sumbangan utama geologi kepada falsafah saintifik dan pemikiran bahawa lelaki dan wanita adalah manusia yang berpengetahuan.
(Artikel di ambil dari 'Geologi untuk Jurutera Awam, A.C. Mclean C.C. Gribble, edisi Kedua)
Taburan batuan di permukaan bumi ditentukan secara melakukan survei geologi (iaitu, melalui pemetaan geologi) dan di rekodkan pada peta geologi. Maklumat tentang batuan ini ditindih di atas peta dasar topografi. Maklumat tentang sifat dan keadaan-keadaan fizik aras-aras bumi yang lebih dalam hanya boleh didapati melalui kaedah-kaedah khas, iaitu Geofizik, yang merupakan sains kembar geologi. Istilah 'sains Bumi' merangkumi kedua-duanya. Daripada teori, dan kaedah geofizik, satu set teknik-teknik (Geofizik gunaan) telah dibangunkan bagi tujuan penjelajahan taburan batuan pada aras-aras cetek di mana minat para ahli geologi dan ahli geofizik saling berkait.
Pengetahuan tentang Bumi pada masa kini menimbulkan persoalan-persoalan tentang proses yang telah membentuknya pada masa yang lepas ; iaitu, tentang sejarahnya. pentaksiran lapisan-lapisan batuan sebagai sejarahnya. Pentafsiran lapisan-lapisan batuan sebagai sejarah bumi dinamakan Stratigrafi, kajian tentang proses-proses yang menghasilkan batuan sedimen dinamakan sedimentologi. Kajian fosil-fosil (Palaeontologi) berkait rapat dengan sejarah bumi, dan daripada kedua-duanya telah wujud kefahaman tentang perkembangan hayat di bumi. Pemahaman yang telah diperolehi, iaitu tentang jarak/tempoh masa yang bermua beribu-ribu juta tahun dahulu, mengenai asal mula kehidupan dan tentang evolusi manusia, adalah sumbangan utama geologi kepada falsafah saintifik dan pemikiran bahawa lelaki dan wanita adalah manusia yang berpengetahuan.
(Artikel di ambil dari 'Geologi untuk Jurutera Awam, A.C. Mclean C.C. Gribble, edisi Kedua)
Isnin, 8 Februari 2010
Hari Keluarga Geologi 2010
Entri kali ini membawakan tajuk hari Keluarga Geologi UKM dengan tema "1 Geologi, 1 Keluarga"
hari keluarga ini bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin di antara pelajar tahun 1,2,3 ,master, PHD , staf2 dan juga para pensyarah di Program Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia ini.
selain daripada itu juga, tujuan ianya diadakan adalah kerana mahu melihat keakraban antara satu geologi yang duduk serta belajar dan menghabiskan masa bersama di satu bumbung. Jadi, rasa kekitaan mula wujud dan seterusya dapat di terapkan selain pergi ke kerja lapangan.
pelbagai aktiviti menarik, menghiburkan dan menyihatkan terhidang sepanjang 6 jam kami berpanas terik bagi membolehkan semangat kump. menyala2 apabila sorakan demi sorakan bergema di segenap pelusuk pavillion UKM ini.
Antaranya Futsal berkain batik bg laki2 dan futsal berkain pelikat bg perempuan, kukur mangga, jejak geologist, belon air, lari batu bata, kotak bergolek, basikal lambat, terompah kelapa dan banyak lagi acara2 yg best2. Rugi bg dak2 geologi yang tak turun sebab ramai senior, boleh tanya pengalaman.
Rumah Kuning-Orpimen:
Rumah Merah-Realgar:
Rumah Biru-Kyanite:
Rumah Hijau-Malakit:
Rugilah bagi sesaper yang tak join khususnyer dak2 geologi tahun 1 sesi 2009/2010. Banyak yang korang boleh belajar khususnya cara menguruskan organisasi dan menngadakan aktiviti sebegini.

kalau korang tak support pergram2 senior, nanti serious, senior x kan layan aper2 bantuan yang korang mintak, sekarang memang lah x nampak, sbb bkan korang yang generate program2 kat kelab, tp if sumer program yang ader korang pegang nanti, jangan salahkan sesaper yang program korang kelam2 kabut di sebabkan senior.
Kalo macam beginilah perangai korang kat senior, ak yakin dan percaya, senoir pon x kan bantu korang, tolong korang,sbb senior sendiri x kenal saper yang nak mintak tolong, last2 program besar2 yang korang rancang tu, memang x leh nak jalan ngan betul.

Ini bukan merupakan suatu doa tetapi suatu peringatan untuk korang supaya involve dalam aper2 program yg senior buat. jangan belagak sombong yg korang boleh bwat program tanpa bantuan senior, sbb berlagak sombong tu kemana.

Sedarlah korang, aku bukan aper tp sbb rase terkilan, naper korang x involve program senior, x ok la mcm tu.Plezz..lenkali aper2 program senior mesti involve.

Nanti kalo program korang bermasalah, susah...senior kang x nak tolong sbb korang x nak join program dieorang.

Macam2 pengalaman yg korang dapat kalo join program senior.

X der ruginyer....

Korang jugak dapat manfaatnyer..

Nota kaki: Informasi2 mineral tadi di ambil drpd Sumber2 maklumat Wikipedia.com
Temasya Gemilang 2010
Entri kali ini membawakan satu program yang berlangsung sepanjang 5 hingga 7 febuari 2010, Temasya Gemilang Kolej keris Mas (TG2KM). Dengan tema '1 suara, 1 Keluarga, 1 Temasya' berlatarbelakangkan konsep api, "Experience The Flames of Legacy", program in i di anggap amat berjaya berbanding tahun2 yang lepas. Sepanjang program ini berlangsung, macam2 lah yang berlaku, antaranya, Auto show and Drift Car, Retro Idol, Konsert Melodica Gemilang, fear factor, dan macam2 lagilah.
HARI PERTAMA, 5 FEBRUAR 2010



MALAM KEDUA 6 FEBUARI 2010 Malam kedua adalah malam yang paling rancak dan stylo kat TG2KM nie, Asal? sebab malam nie ader KONSERT!!




MALAM KETIGA @ TERAKHIR 7 FEBRUARI 2010 Haha....malam penutup berada pada malam ini. Pada hari ini, pelbagai acara gempak yg lain di jalankan, antaranya Grooming, kecoh2 blok, Auto Show and Drift Car dan lain2 lagi.
kami bertugas sebagai tugas2 khas (TTK) bagi menyediakan pentas, membuat backdrop dan menyusun kerusi/meja/ pasu2 bunga. Kerja kiteorang jugak tidak terkhusus pada tugas berkenaan sahaja, tetapi tugas2 kami meliputi pelbagai aspek fizikal dan mental, yang menguji kesabaran dan daya usaha kami. kami juga yang mereka baju TG, membantu post2 lain spt teknikal, protokol, persembahan, tapak dan gerai jualan, dan beberapa post lagi: kerohanian.

Gambar ini diambil semasa aku dan family TTK sedang menyiapkan sebuah backdrop untuk forum malam itu yang bertajuk 'Hati gersang, Jiwa penasaran'.tapi sebenarnya bukan kteorang yang buat, just tampal jer. Tapi, seriously, good back drop, kerohanian yang buat.

masa nie kteorang tengah main sukaneka ramai2. Seronok cun melecun.release tension pasal lab report palaeontologi, aper yang ader kat pale aku ketike ini adelah.....................wah!! seronoknyer...

back drop2 kami yang kami sendiri design.. Walaupon burok tapi tetap menawan. haha....sesaper yang memerlukan khidmat ttk kkm bolehlah menghantar request anda kpd kami.

Konsert Melodica Gemilang ,dengan kerjasama TM sebagai penaja rasmi TG dan Melodica yang menaja alat2 muzik konsert.

Kami, dak2 TTk juga sempat bermain target shooting unruk melepaskan tekanan yang di hadapi sepanjang TG kali ini. hanya dengan RM 5, 20 bullet disediakan untuk adegan tembak menembak bermula. turut wujud di sekitar ini adelah booth Modenas yang menaja program TG kali ini.

kat konsert tu, pelbagai ragam manusia kita boleh lihat. Kteorang pon bukan nak join sangat konsert2 'lagra' nie, tp dah terpaksa, jadi terpaksa jerlah...antara yang membuat show aderlah sharpshooters n lain band indie yang turut serta memeriahkan majlis.

waktu makan. Do Not Distrub!! haha...Sodap....
ok. Jumpe lagi TG2KM tahun depan!!
Nota kaki: x nak masuk TG tahun depan. gerenti pengsan.
Langgan:
Catatan (Atom)































