Encourage People to concern about earth for the next generation | Membangunkan perasaan kecintaan Masyarakat terhadap misteri alam untuk generasi akan datang.
Sabtu, 30 September 2017
Naskah 'Penyongsangan' rangkul Anugerah Wattys 2017
Apakah itu Wattpad? Wattpad adalah satu aplikasi sosial percuma yang menghimpunkan penulis-penulis tidak kira muda, amatur mahupun professional sebagai medium untuk mencetus, meluah serta menggarap idea sehingga terbentuklah karya-karya kreatif tidak kira puisi, chicklit mahupun novel ataupun akaun sosial syarikat-syarikat penerbitan mahupun percetakan bagi mempromosikan buku-buku hasil cetakan mereka untuk sedia dijual kepada orang awam. Aplikasi Wattpad boleh dimuat-turun melalui Apps store (iOS) mahupun Google Store (Android).
Apakah itu The Wattys 2017 ataupun dalam bahasa Melayu nya Anugerah Wattys 2017? Anugerah Wattys 2017 merupakan sebuah pengiktirafan tahunan tertinggi bagi mengangkat hasil karya-karya yang telah dihasilkan di aplikasi Wattpad. Anugerah yang melibatkan kebanyakkan bahasa utama didunia termasuk Bahasa Melayu ini telah melibatkan beberapa kategori, antaranya Keaslian Karya, Penulis Luar Biasa, Penulis Debut sehingga ke Bacaan yang Mengasyikkan. Apa yang pasti, bukanlah calang-calang barisan individu yang menilai lebih 280,000 karya dari seluruh dunia yang mengambil bahagian pada tahun 2017 ini.
Nampak tak kat atas tu? Yup. Salah satu 'ayam tambatan' atau boleh lah digelar 'Masterpiece Picisan' karya penulis berjaya diiktiraf sebagai Penulis Luar Biasa. (uhhuuukk....uhuukkk). Naskah 'Penyongsangan' berjaya berdiri sebaris dengan hasil karya penulis-penulis 'Wattyfamous' yang lain. Sebenarnya, penulis sendiri tidak pun menjangka karya geo-sekitaran ini berjaya diangkat setinggi ini. Alhamdulillah, salah satu pengiktirafan juga kepada bidang Geologi Malaysia amnya. Ini merupakan satu tanda yang mana rakyat Malaysia masih dahagakan ilmu sains pembumian yang amat jarang ditemui pada novel-novel arus perdana dewasa ini.
Naskah 'Penyongsangan' ni mengenai apa? Baik engko orang baca sendirilah dan nilaikan sendiri. Penulis akui, karya ini tidaklah sebagus karya-karya sains fiksyen yang lain kerana plot dia seperti sangkut-sangkut sedikit, ditambah beberapa watak yang tidak berapa hidup. But, it's okay. Still boleh menang tu kira OK laa kan. Hiks. Sekurang-kurangnya adalah pembakar semangat untuk penulis fikirkan karya unik untuk dihantar pada Anugerah Wattys 2018 yang dijangka akan dibuka penyertaannya pada bulan Jun 2018.
Nak tahu tak apa yang mahal pada Anugerah Wattys ni? Tu haa pelekat kecil yang ada tulis 'Pemenang' tu. Comel kan? Bagi penulis, wang ringgit bukanlah segala-galanya andai sesuatu kerja yang kita lakukan tidak mendapat pengiktirafan. Wang ringgit itu berharga, namun, pengiktirafan itu bersifat permata. Ia mampu membuatkan penulis tersenyum disepanjang hari. Kalau ada penerbit yang berminat untuk mencetak hasil karya ini apa salahnya kan?
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyemak senarai pemenang Anugerah Wattys 2017, silalah layari laman sesawang http://wattys.wattpad.com/ dan pilih Bahasa Melayu di bahagian atas belah kanan. Anda juga boleh menyemak pemenang-pemenang pada tahun lepas.
Sabtu, 9 September 2017
Gempa Bumi 8.1 pada Skala Richter Gegar Selatan Mexico
Pada awal September 2017, satu gempa bumi kuat berukuran 8.1 pada skala Richter menggegarkan luar persisir Pijijiapan, Selatan Mexico. Gempa bumi kuat terbabit dapat dirasai sehingga ke ibu negara Mexico, Mexico City yang melanda sejurus sebelum waktu tengah malam melanda negara terbabit.
Gempa bumi bermagnitud 8.1 yang melanda Mexico pada khamis lalu berpunca daripada pergerakan pembenaman (subduction) Plat Cocos ke bawah Plat Amerika Utara. Gempa berkenaan diletak pada skala 10 bagi kekuatan gegaran gempa bagi kawasan-kawasan berdekatan epicenter pusat gegaran terbabit.
Menurut USGS, epicenter gempa ini ialah di Lautan Pasifik, 87 kilometer dari barat daya Pijijiapan dengan kedalaman 69 kilometer. Selain itu, semasa gempa berkenaan sedang berlangsung, ramai penduduk terutamanya di Mexico City ternampak cahaya seakan guruh berwarna kehijau-hijauan dilangit, yang saintis percaya itu adalah hasil pelepasan gas-gas daripada gempa terbabit serta tenaga piezoelektrik hasil pergeseran mineral kuarza yang menghasilkan ion-ion negatif lalu bertembung dengan udara di langit yang mempunyai ion-ion positif lalu menghasilkan seakan-akan guruh dilangit.
Walaubagaimanapun, penduduk bersyukur kerana gempa pada khamis tidak sekuat gempa bumi pada tahun 1985 yang berlaku hampir kepada kawasan berpendudukan padat dan telah menyebabkan ribuan orang terkorban serta ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal.
Negara-negara sekitar seperti Amerika Syarikat, Kanada serta kawasan sekitar Amerika Selatan sedang dalam keadaan berjaga-jaga kerana gempa yang telah berlaku berkemungkinan besar mengakibatkan berlakunya pergerakan plat-plat tektonik berhampiran seterusnya mengaktifkan pergeseran sesar-sesar termasuklah Sesar San Andreas yang boleh mengakibatkan bencana gempa bumi yang lain.
Benua Amerika sebelum itu sedang bergelut dengan bencana 3 taufan yang sedang berlaku serentak, iaitu Taufan Katia yang sedang menghala timur Mexico, Taufan Irma yang kini dalam taufan kategori ke-4 sedang membadai kawasan kepulauan cantik Caribbean dan sedang menghala Miami dan pantai Florida, USA manakala Taufan Jose sedang mengekori rapat Taufan Irma.
Sumber: AFP

Rabu, 6 September 2017
Taufan Irma Mengganas di Kepulauan Carribbean
Taufan Irma merupakan sebuah ribut tropika yang terbentuk di Lautan Atlantik. Pada ketika ini, Taufan Irma termasuk didalam taufan kategori ke-5 pada skala kekuatan Saffir-Simpsons dimana pusaran mega ini sedang membadai kawasan Kepulauan Leeward, Puerto Rico, Cuba dan kini sedang menghala ke teluk Florida, Amerika Syarikat.
Taufan Irma merupakan taufan terkuat yang pernah melanda Lautan Atlantik selepas taufan Wilma yang melanda pada tahun 2005 dari segi kelajuan angin dan Taufan Dean pada tahun 2007 dari segi kepadatan tekanan ribut tropika terbabit. Taufan Irma merupakan taufan yang ke-sembilan terbentuk pada tahun 2017, dan taufan major kedua selepas Taufan Harvey yang melanda kawasan Texas pada Ogos 2017 yang lepas.
Sebelum Taufan Irma terbentuk, ribut tropika Irma permulaannya telah terbentuk di tengah-tengah Lautan Atlantik. Namun, disebabkan faktor-faktor persekitaran yang sesuai untuk pembentukan taufan melalui suhu air laut, tekanan udara serta posisi ribut tropika yang ideal, ribut terbabit telah bertukar, meningkatkan putarannya, tekanannya serta kekuatannya dalam masa 24 jam sehingga pada 5 September 2017, ianya telah bertukar menjadi taufan kategori ke-5 dalam carta skala Saffir-Simpsons.
Antara kawasan yang berisiko untuk dilanda taufan kuat ini antaranya ialah negara Antigua & Barbuda, Rupublik Dominican, Pulau Saint Martin dan Saint Barthelemy milik Perancis, Pulau Saba, Sint Eustatius & Sint Maarten milik Belanda, Kepulauan Saint Kits & Nevis, Kawasan Anguilla, Kepulauan Virgin Island dan Montserrat milik Britain dan Puerto Rico dan Kepulauan Virgin milik USA.
Mengikut panduan carta kekuatan Skala Saffir-Simpsons (SSHS) membayangkan taufan kategori ke-5 mempunyai kelajuan angin lebih daripada 252 kilometer per jam. Selain itu, taufan kategori ini dikelaskan sebagai bencana penuh dimana bangunan bakal musnah dengan bumbung tercabut habis. Banjir akibat bawaan angin juga akan berlaku dan kawasan selamat berada pada jarak 16 kilometer daripada kawasan pantai.

Jumaat, 22 Julai 2016
Panas Membara di Eropah, Asia Tengah, Lembap dan Basah di China, Asia Tenggara
El NINO baru sahaja pergi meninggalkan kita beberapa bulan yang lalu. Setelah melalui kitaran cuaca yang amat panas dan kering awal tahun lalu sehingga lewat Mei, kini kita perlu berdepan dengan ketidak tentuan cuaca yang lembap sehingga ke hujung tahun ini.
Cuaca lembap dan tidak menentu ini bukan sahaja di rasai oleh penduduk di Malaysia sahaja, malah juga dirasai oleh jiran tetangga kita iaitu Indonesia dan Thailand. Sementara itu, di Beijing, China, hujan lebat direkodkan sebanyak 281mm dalam tempoh 24 jam mengakibatkan banjir kilat, gangguan perkhidmatan pengangkutan selama beberapa jam serta beberapa kes meragut nyawa. Di pekan Xingtan di wilayah Hebei, hujan direkodkan sebanyak 295mm, dua kali ganda jumlah bulanan yang biasanya dicatatkan dalam wilayah terbabit.
Suhu Panas Lampau di Timur Tengah
Sepanjang kawasan timur tengah termasuklah Iraq, barat Kuwait dan utara Arab Saudi mencatatkan suhu tinggi lampau dalam masa beberapa hari.
Pada khamis lalu, Lapangan Terbang Basrah, Iraq mencatatkan suhu 53.4 celsius, manakala di Mitribah di utara Kuwait mencatatkan suhu setinggi 54.0 celsius. Kedua-dua kawasan ini (Basrah dan Mitribah) yang mencatatkan suhu melebihi 53.0 celsius, merupakan suhu paling tinggi dalam sejarah kedua-dua negara terbabit. Suhu 54.0 celsius di Mitribah ini adalah antara suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di Asia.
Cuaca panas lampau yang pernah kita rasai pada pertengahan Mac sehingga hujung Mei kini bergerak ke Asia Tengah. Untuk rekod, suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 56.7 celsius di Death Valley, California, Amerika Syarikat pada 10 Julai 1913.
Cuaca panas lampau dijangka berterusan sehingga lewat jumaat dengan suhu dicatatkan pada 53.6 celsius di Lapangan terbang Basrah, Iraq. Namun, suhu tinggi lampau ini dijangka tidak kekal lama apabila udara sejuk dari utara dijangka menghembus udara panas membara tersebut lalu menyejukkan kawasan-kawasan terbabit.
Sumber: https://blog.metoffice.gov.uk/2016/07/22/heat-and-rainfall-making-headlines-around-the-world/
![]() |
| Amaran Ribut Petir dan hujan lebat bagi kawasan-kawasan di sekitar semenanjung juga d Sabah dan Sarawak bagi tarikh 21 Julai 2016. Sumber: Malaysia Meteorological Department FB page |
Cuaca lembap dan tidak menentu ini bukan sahaja di rasai oleh penduduk di Malaysia sahaja, malah juga dirasai oleh jiran tetangga kita iaitu Indonesia dan Thailand. Sementara itu, di Beijing, China, hujan lebat direkodkan sebanyak 281mm dalam tempoh 24 jam mengakibatkan banjir kilat, gangguan perkhidmatan pengangkutan selama beberapa jam serta beberapa kes meragut nyawa. Di pekan Xingtan di wilayah Hebei, hujan direkodkan sebanyak 295mm, dua kali ganda jumlah bulanan yang biasanya dicatatkan dalam wilayah terbabit.
Suhu Panas Lampau di Timur Tengah
Sepanjang kawasan timur tengah termasuklah Iraq, barat Kuwait dan utara Arab Saudi mencatatkan suhu tinggi lampau dalam masa beberapa hari.
![]() |
| Suhu yang tinggi lampau disepanjang kawasan timur tengah, yang kebanyakkanya merupakan kawasan padang pasir. Sumber: Met Office FB page. |
Pada khamis lalu, Lapangan Terbang Basrah, Iraq mencatatkan suhu 53.4 celsius, manakala di Mitribah di utara Kuwait mencatatkan suhu setinggi 54.0 celsius. Kedua-dua kawasan ini (Basrah dan Mitribah) yang mencatatkan suhu melebihi 53.0 celsius, merupakan suhu paling tinggi dalam sejarah kedua-dua negara terbabit. Suhu 54.0 celsius di Mitribah ini adalah antara suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di Asia.
Cuaca panas lampau yang pernah kita rasai pada pertengahan Mac sehingga hujung Mei kini bergerak ke Asia Tengah. Untuk rekod, suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 56.7 celsius di Death Valley, California, Amerika Syarikat pada 10 Julai 1913.
Cuaca panas lampau dijangka berterusan sehingga lewat jumaat dengan suhu dicatatkan pada 53.6 celsius di Lapangan terbang Basrah, Iraq. Namun, suhu tinggi lampau ini dijangka tidak kekal lama apabila udara sejuk dari utara dijangka menghembus udara panas membara tersebut lalu menyejukkan kawasan-kawasan terbabit.
Sumber: https://blog.metoffice.gov.uk/2016/07/22/heat-and-rainfall-making-headlines-around-the-world/
Selasa, 26 Januari 2016
Asia Timur, Utara Asia Tenggara Alami Sejuk Luar Biasa
Suhu sejuk luarbiasa telah melanda kawasan Asia timur sehingga merentasi ke kawasan utara Asia Tenggara. Daripada kawasan kepulauan Jeju, di Korea Selatan, Okinawa Jepun merentasi kawasan Taiwan, Hong Kong, Vietnam sehingga ke kawasan Bangkok, Thailand, suhu sejuk dapat dirasai jutaan penduduk di negara-negara terlibat.
Bandar Okinawa, salah sebuah kepulauan di kawasan Jepun yang terletak dikawasan sub-tropika, telah diselubungi udara sejuk dan lapisan nipis salji. Kepulaitu yang terbesar di rantaian Ryukyu itu selalunya mempunyai suhu minima 19° celsius pada waktu musim sejuk dan 14° celsius pada waktu malam. Pekan Okinawa tidak pernah diselubungi salji, namun pada waktu ini, kawasan yang berketinggian 100 meter dan keatas telah diselubungi salji, menjadikan suhu turun sehingga ke -5° celsius. Walaubagaimanapun, salji luarbisa itu pernah turun pada tahun 1952, 1964 dan 1977 di pekan Okinawa disebabkan luruan angin artik dari Siberia.
Di kawasan utara Vietnam, dimana petani-petani sudah terbiasa menanam tumbuhan pertanian mereka dibawah suhu 11° celcius pada musim sejuk, lapisan salji telah menyelubungi tumbuh-tumbuhan pertanian penduduk tempatan yang ditanam dikawasan teres-teres. Gelombang sejuk yang sama dari arah selatan China turut menyelebuhngi kawasan Sa Pa, di wilayah Lao Cai pada ahad lalu, yang menurunkan suhu dikawasan terbabit.
Selepas suhu yang separa panas pada hari khamis lalu, iaitu setinggi 21° celsius, hari sabtu menyaksikan penurunan suhu yang drastik iaitu serendah 8° celsius dikala waktu hujan, dan pada hari ahad, lapisan salji tiba lalu menyelimuti pekan bergunung-ganang tersebut. Ianya mencatatkan suhu dibawah 0° celsius, dengan bacaan serendah -4° celsius pada ahad malam.
Salji amat luarbisa di Okinawa, situasi sama juga berlaku di wilayah Lao Cai. Ianya tidak pernah berlaku sejak 30 tahun yang lalu. Selain itu, udara sejuk juga telah sampai sejauh ke barat dan selatan, dengan merentasi kawasan Laos dan Myanmar, sehingga ke ibu negara gajah putih, Bangkok, Thailand. Ianya merupakan musim yang sesuai bagi pelancong yang datang ke Bangkok kerana cuacanya ketika yang tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk tetapi cerah dan chilly.
Pada waktu siang di tengah-tengah kota raya Bangkok, suhu biasanya mencecah 32° celsius dan serendah 23° celsius pada waktu malam. Namun, pada ahad lepas, suhu jatuh sehingga ke 16° celsius. Pada pagi isnin, suhu maksimum direkodkan pada 20° celsius dikala cuaca mendung.
Di kawasan Taiwan, dilaporkan seramai 57 orang maut, yang kebanyakkannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda ibu negerinya, Taipei. Suhu jatuh mendadak sehingga ke paras 4° celsius di bandar Taipei, yang lazimnya mengalami cuaca sub-tropika dan diburukkan dengan kebanyakkan kediaman tidak dilengkapi dengan alat pemanas , yang menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.
Gelombang sejuk mengejut yang melanda Taipei ini telah menyebabkan 40 orang maut, sementara 17 lagi orang maut di kawasan New Taipei City akibat cuaca sejuk mengejut. Di Hong Kong, cuaca sejuk mengejut juga dialami negara yang rakyatnya sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika . Lapisan nipis fros sejuk menyelimuti kawasan beraltitud tinggi melebihi 100 meter manakala orang ramai mula memakai pakaian yang tebal untuk melakukan aktiviti harian. Tiada pemanasan dalam rumah menjadi satu masalah kepada penduduk Hong Kong yang sebelum ini sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika 32° celsius.
Angin sejuk terbentuk akibat luruan angin dari kawasan utara iaitu Siberia akibat fenomena Polar Vortex.
Sumber: Al-Jazeera, HMetro, Kosmo, MSN
| Salji menyelubungi utara Vietnam. (AFP) |

| Penduduk bermain salji. (AFP) |
Di kawasan utara Vietnam, dimana petani-petani sudah terbiasa menanam tumbuhan pertanian mereka dibawah suhu 11° celcius pada musim sejuk, lapisan salji telah menyelubungi tumbuh-tumbuhan pertanian penduduk tempatan yang ditanam dikawasan teres-teres. Gelombang sejuk yang sama dari arah selatan China turut menyelebuhngi kawasan Sa Pa, di wilayah Lao Cai pada ahad lalu, yang menurunkan suhu dikawasan terbabit.
| Salji nipis menyebungi kawasan utara Vietnam. (AFP) |
Selepas suhu yang separa panas pada hari khamis lalu, iaitu setinggi 21° celsius, hari sabtu menyaksikan penurunan suhu yang drastik iaitu serendah 8° celsius dikala waktu hujan, dan pada hari ahad, lapisan salji tiba lalu menyelimuti pekan bergunung-ganang tersebut. Ianya mencatatkan suhu dibawah 0° celsius, dengan bacaan serendah -4° celsius pada ahad malam.
Salji amat luarbisa di Okinawa, situasi sama juga berlaku di wilayah Lao Cai. Ianya tidak pernah berlaku sejak 30 tahun yang lalu. Selain itu, udara sejuk juga telah sampai sejauh ke barat dan selatan, dengan merentasi kawasan Laos dan Myanmar, sehingga ke ibu negara gajah putih, Bangkok, Thailand. Ianya merupakan musim yang sesuai bagi pelancong yang datang ke Bangkok kerana cuacanya ketika yang tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk tetapi cerah dan chilly.
| lapisan salji di permukaan pokok bunga di Vietnam. (AFP) |
Pada waktu siang di tengah-tengah kota raya Bangkok, suhu biasanya mencecah 32° celsius dan serendah 23° celsius pada waktu malam. Namun, pada ahad lepas, suhu jatuh sehingga ke 16° celsius. Pada pagi isnin, suhu maksimum direkodkan pada 20° celsius dikala cuaca mendung.
Di kawasan Taiwan, dilaporkan seramai 57 orang maut, yang kebanyakkannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda ibu negerinya, Taipei. Suhu jatuh mendadak sehingga ke paras 4° celsius di bandar Taipei, yang lazimnya mengalami cuaca sub-tropika dan diburukkan dengan kebanyakkan kediaman tidak dilengkapi dengan alat pemanas , yang menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.
Gelombang sejuk mengejut yang melanda Taipei ini telah menyebabkan 40 orang maut, sementara 17 lagi orang maut di kawasan New Taipei City akibat cuaca sejuk mengejut. Di Hong Kong, cuaca sejuk mengejut juga dialami negara yang rakyatnya sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika . Lapisan nipis fros sejuk menyelimuti kawasan beraltitud tinggi melebihi 100 meter manakala orang ramai mula memakai pakaian yang tebal untuk melakukan aktiviti harian. Tiada pemanasan dalam rumah menjadi satu masalah kepada penduduk Hong Kong yang sebelum ini sudah terbiasa dengan suhu sub-tropika 32° celsius.
Angin sejuk terbentuk akibat luruan angin dari kawasan utara iaitu Siberia akibat fenomena Polar Vortex.
Sumber: Al-Jazeera, HMetro, Kosmo, MSN
Isnin, 25 Januari 2016
#Blizzard2016 seliputi sebahagian besar Benua Amerika Utara
| #Blizard2016 #BlizzardJonas #Snowzilla #Snowmaggedon |
Angin kencang bawaan ribut salji Jonas telah melanda kawasan timur Amerika Syarikat pada lewat januari 2016, yang dimulakan apabila berlaku dua sistem tekanan udara yang rendah yang terbentuk disepanjang kawasan di negeri Virginia sehingga ke New England dengan membawa sejumlah salji yang amat tebal. Pada lewat tengah hari 23 Januari 2016, kadar penurunan salji dibeberapa kawasan telah menghampiri rekod tertinggi, selain keadaan tiupan angin taufan dikawasan persisiran pantai memyebabkan berlaku limpahan air yang menyebabkan banjir. Ribut salji berkenaan dijangka berterusan sehingga awal pagi 24 Januari 2016.
| Imej VIIRS daripada satelit NPP Suomi (NASA) |
Melalui data daripada Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) melalui satelit Suomi NPP berjaya merakamkan sistem ribut salji berkenaan pada 2.15 a.m. Waktu Standard Timur (EST) (07:15 Universal Time) pada 23 Januari 2016. Ianya menggunakan kaedah VIIRS iaitu infra merah 'band waktu malam-siang' yang mengesan sebarang signal pencahayaan seperti cahaya di bandar, cahaya rembulan dan cahaya aurora. Melalui imej ini, taburan salji dapat dilihat berpandukan bayangan cahaya rembulan mengambang dipantulkan dengan kewujudan awan-awan manakala cahaya yang bersinar daripada bandar-bandar besar dikawasan pantai timur Amerika Syarikat.
| Salji sehingga setebal 84 cm melanda Amerika Utara. |
Jumlah taburan salji dianggarkan setebal 30 inci (76 sentimeter) sekurang-kurangnya di empat negeri, dan sekurang-kurangnya 12 inci (30 sentimeter) telah direkodkan di lapan negeri lain, dengan beberapa jam lagi sebelum ribut berakhir. Penurunan salji mencapai ketebalan setinggi 3 inci per jam, dan amaran ribut salji dikeluarkan disepanjang negeri Virginia sehingga ke Massachusetts sehingga 24 Januari 2016. Pada 23 januari sahaja, 33 inci (84 cm) ketebalan salji direkodkan di pekan Frederick, negeri maryland, 23.5 inci (60 cm) di Lapangan Terbang Dulles dan 16.2 inci (41.1 cm) di Muzium Kebangsaan, Washington.
| Kawasan pertanian juga diliputu salji tebal. (AFP) |
Lokasi-lokasi yang terletak dikawasan persisiran pantai seperti kawasan pekan Norfolk, negeri Virginia merekodkan penurunan salji setebal se inci sehingga ke 2 inci. Angin kuat disepanjang kawasan persisir Lautan Atlantik menyebabkan air laut melimpah ke daratan, diburukkan dengan kejadian air pasang besar akibat fenomena bulan mengambang. Kombinasi ini menyebabkan limpahan air laut terutamanya dikawasan Cape May dan Ocean City di negeri New Jersey, dan pekan Lewes, Delaware dimana air naik sehingga mencapai 9.27 kaki.
| Salji tebal menyukarkan pergerakan penduduk tempatan. (AFP) |
Berpandukan kepada laporan-laporan berita portal tempatan, sekurang-kurangnya 8 orang telah terkorban dalam kejadian ribut salji berkenaan, dan ribuan yang lain terkandas samada didalam kenderaan masing-masing di lebuhraya negeri pennsylvania dan Kentucky. Sekurang-kurangnya, 9,500 jadual penerbangan samada dibatalkan ataupun ditangguhkan, memaksa pengguna untuk bermalam dibandar-bandar terbabit untuk semalam dua.
| Lapangan terbang diselaputi lapisan salji tebal dari Ribut Salji Jonas. (twitter) |
Sumber: http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=87385
Jumaat, 18 September 2015
Mikrob Pemakan Besi Mungkin Boleh Menyelesaikan Misteri Taburan Deposit Besi Berlapis di Afrika
Sebuah kawasan terpencil, di teluk yang mempunyai kandungan besi yang tinggi di kawasan timur Afrika menyediakan para saintis sebuah gambaran yang luar biasa tentang persekitaran marin yang primitif, dan menyokong teori-teori yang menyatakan hidupan mikrob-mikrob halus yang menghasilkan deposit bijih besi terbesar di dunia selama berbillion tahun.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of British Columbia (UBC) yang diterbitkan minggu ini dalam majalah Scientific Reports, 30 peratus daripada hidupan mikrob-mikrob tersebut di Teluk Kabuno di Republik Demokratik Conggo membesar melalui proses fotosistesis yang mana mengoksida bahan besi (proses pengaratan) lebih daripada proses menukarkan air kepada oksigen seperti tumbuhan dan algae.
"Teluk Kabuno merupakan makmal terbaik untuk proses kajian para saintis untuk kembali semula ke zaman permulaan dimana lautan yang kaya kandungan kimia besi." kata Marc Lliros, pensyarah University of Namur, penulis pertama kertas kajiann berkenaan.
"Teluk berkenaan memberikan gambaran yang sebenar tentang bagaimana kepelbagaian biologi kuno dalam proses fotosintesis boleh menyokong hidupan primitif awal dibumi, seterusnya mengevolusikan gas-gas oksigen yang terhasil bagi menghasilkan proses fotosistensis yang boleh membekalkan oksigen pada masa kini." ujar ahli gem-mikrobiologis UBC, Sean Crowe, penulis senior bagi kajian berkenaan.
![]() |
| Formasi Besi Berlapis |
Penemuan saintifik terbaru menemui bukti bahawa terdapat hidupan mikro-organisma yang boleh berkait rapat dengan pemendakkan deposit besi tertua di bumi. Sebelum 2.3 billion tahun lepas, terdapat kandungan oksigen yang sedikit diudara tetapi sebahagiann telah terlarut bersama besi dan banyak mikro-organisma seperti bakteria membekalkan tenaga melalui proses 'metabolizing' besi berkenaan. Kebannyakkan saintis percaya mikrob besi-'metabolizing' ini telah menukarkan sebahagian komposisi kimia bahan besi yang terlarut kepada mineral, yang mana pada akhirnya akan terlarut bersama dengan air laut lalu termendap di dasar lautan.
Kajian yang dijalankan oleh UBC terhadap mikrob besi di Teluk Kabuno menyokong teori berkenaan. Hidupan mikrob berkenaan memetabolismakan unsur besi dan membesar pada kadar yang tinggi, seterusnya dapat menentukan kadar bagi nilai persamaan yang cukup untuk mendepositkan salah sebuah deposit bijih besi bagi batuan perumah sedimen, dikenali sebagai formasi besi berlapis.
Dengan mengoksidakan besi, mikro-organisma ini dipercayai telah membantu membentuk kepelbagaian kimia bumi selama ber billion tahun lamanya, seterusnya sebagai pencentus kepada proses evolusi bumi yang panjang serta kompleks seperti tumbuhan dan juga haiwan.
Sumber: Marc Llirós, Tamara GarcÃa–Armisen, François Darchambeau, Cédric Morana, Xavier Triadó–Margarit, Özgül InceoÄŸlu, Carles M. Borrego, Steven Bouillon, Pierre Servais, Alberto V. Borges, Jean–Pierre Descy, Don E. Canfield, Sean A. Crowe. Pelagic photoferrotrophy and iron cycling in a modern ferruginous basin. Scientific Reports, 2015; 5: 13803 DOI: 10.1038/srep13803
Baca lebih lengkap di : http://www.geologypage.com/2015/09/metal-eating-microbes-in-african-lake.html#ixzz3m4bKkAEd
Khamis, 17 September 2015
Gempa Bumi 8.3 Skala Richter Gegar Chile
Sebuah gempa bumi kuat berukuran 8.3 pada skala richter menggegarkan Chile pada 16 September 2015, 7:54 malam waktu tempatan.
Menurut USGS, gempa berkenaan berpusat di bahagian barat Illapel, Chile. Ianya berlaku disebabkan sebuah sesar sungkup besar yang terbentuk antara benua Nazca dengan benua Amerika Selatan di tengah Chile. Pada masa ini, plat benua Nazca telah teralih kearah timur-timur laut pada kelajuan 74 mm per tahun. Kejadian ini juga menyebabkan, plat ini telah tergelincir kebawah plat benua Selatan Amerika.
Gelinciran ini membentuk sebuah jurang yang dinamakan Jurang Chile-Peru. Gempa bumi berpusat 85 km ke barat Jurang Peru, Chile. Kejadian yang berlaku pada 16 September 2015 itu secara dasarnya melibatkan patahan kawasan seluas 230km x 100 km (jarak x lebar).
Susulan gempa bumi berkenaan, dianggarkan ombak tsunami setinggi 4.5 meter melanda sekitar kawasan pantai Chile khususnya di bandar pelabuhan Coquimbo. Ombak tsunami berkenaan membanjiri kawasan taman tepian laut dan juga kejiranan penduduk dan memaksa penduduk yang berada dikawasan rendah untuk mendapatkan perlindungan ke tempat yang lebih tinggi.
Pelbagai video dan gambar membanjiri media sosial khususnya menunjukkan kawasan tepi laut yang dibanjiri air laut akibat ombak tsunami tersebut, seterusnya meninggalkan kerosakan kecil pada sepanjang laluan ombak tsunami tersebut. Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan dan siren amaran kehadiran ombak tsunami telah dibunyikan diseluruh bandar-bandar pelabuhan.
Laporan awal menyebut bahawa lebih sejuta orang dipindahkan secara berperingkat-peringkat, dimana sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dalam kejadian itu, manakala lebih 20 orang tercedera. Menurut pegawai daripada Jabatan Kecemasan Kebangsaan Chile, amaran tsunami telah ditarik balik dikawasan Aysen, Los Rios, Los Lagos dan Magallanes, termasuklah kawasan Kepulauan Isla San Felix dan Kepulanan Juan Fernandez. Selebihnya, masih berkuatkuasa dibawah amaran tsunami susulan gempa kuat tersebut.
Pada awalnya selepas kejadian gempa terbabit, Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberi amaran tsunami bahawa kebanyakkan kawasan di Chile boleh mencecah lebih 3 meter daripada paras laut.
Pusat Amaran Tsunami (PTWC) juga mengeluarkan amaran kepada kawasan pelancongan terkenal , Kepulauan Hawaii. Walaubagaimanapun, langkah berjaga-jaga diambil sekiranya berlaku kejadian luarbiasa dikawasan lautan kepulauan berkenaan memandangkan setelah beberapa jam kejadian gempa berlaku. Gempa susulah terus berlaku dikawasan sekitar Chile pada skala 5.0 sehingga 6.0 sehingga lewat malam ini.- Agensi
Ahad, 13 September 2015
Kepentingan Penjelajahan dalam Pencarian Mineral.
Sebuah program penjelajahan yang kompeten, komfrehensif dan effektif merupakan elemen terpenting dalam sesebuah pelan bisnes pengeluar bagi memastikan kemaslahatannya (survival). Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh sekumpulan konsultan ternama mencadangkan aktiviti yang paling asas ini semakin berkurangan seiring dengan daya tahan ekonomi semasa global.
Menurut kajian, yang dikeluarkan oleh Boston Consulting Group (BSG) pada lewat bulan Jun dibawah tajuk 'Tackling the Crisis in Mineral Exploration' menyatakan daripada tahun 2010 hingga 2013, jumlah penemuan-penemuan telah menurun kepada lebih separuh. Kajian juga menggangarkan jumlah purata kos bagi penjelajahan logam base (Base Metal) menghampiri tiga kali ganda iaitu $23 million pada 1980 hingga 1989 kepada $64 million pada tahun 2000 hingga 2009.
Alexander Koch, rakan kongsi BCG merangkap penulis kajian berkenaan memaklumkan, krisis dalam aktiviti penjelajahan mineral telah diketepikan oleh pemain-pemain industri perlombongan. "Sejak pengakhiran kepada penemuan-penemun sumber baru, kebanyakkan syarikat-syarikat perlombongan kini menumpukan fokus kepada tahap pengeluaran dan mengurangkan kos bagi aktiviti penjelajahan, yang akan mengganggu proses meningkatkan nilai rizab dan sumber baru".
Penemuan mineral, menurut Koch, adalah kunci utama kepada nilai sumber yang unggul kepada pemegang saham. "Penurunan harga logam telah menonjolkan kepentingan sesuatu penemuan mineral - khususnya dalam aktiviti lapangan hijau (greenfield)- sebagai sumber deposit bernilai tinggi yang boleh menjadi sumber kewangan kepada sesebuah kitaran komoditi dalam pasaran.
Peningkatan kepada kos aktiviti penggerudian hanya sebahagian kecil sahaja yang menonjolkan krisis ini. Untuk lebih mendalami situasi semasa, BCG menyatakan mereka telah bekerjasama dengan enam individu yang telah menemui jasad-jasad bijih terkemuka dunia seperti Minera Escordida di Chile, Oyu Tolgoi di Mongolia, dan Olympic Dan di Australia. Menurut BCG, krisis yang berlanjutan ini bukanlah berpunca daripada faktor dalaman seperti geologi, ekonomi sesebuah industri dan juga bukan faktor makroekonomi yang lain.
Tambahan pula, terdapat empat kriteria penting dalam usaha menangani masalah ini iaitu: strategi penjelajahan (pendekatan terbaik dalam menentukan jasad bijih), pengurusan sesuatu penjelajahan (penentuan dalam menjalankan asas-asas penjelajahan), inovasi (pendekatan berbeza dengan menggunakan teknologi terkini), dan pembangunan bakat & pengurusan pekerja.
Strategi Penjelajahan adalah perkara asas dalam sesebuah aktiviti penjelajahan, namun biasanya tidak dipandang serius. Strategi penjelajahan menuntut sebuah usaha pengoperasian ke arah mencari jasad bijih, contohnya, memilih deposit-deposit bijih yang besar kerana ianya target yang mudah atau menentukan sela yang terbaik dan jumlah lubang gerudi atau kadar kedalaman sesuatu aktiviti penggerudian.
Pengurusan Penjelajahan menjadikan sesebuah pemain industri yang berjaya dalam sesebuah aktiviti penjelajahan secara efektifnya dapat menentukan sumber aktiviti penjelajahannya, selain berjaya menentukan cara terbaik dalam kerjasama dengan majlis kerajaan tempatan yang dikuasakan disesuatu tempat.
Inovasi bermakna mencari idea baru dan menyesuaikan kaedah terkini berkenaan, memfokus kepada penjelajahan dan juga kaedah terbaik dalam pengekstrakan sesuatu jenis bijih. Teknik-teknik berkenaan mestilah berupaya mengurangkan kos-kos penjelajahan dan juga kos pengeluaran seiring pasaran yang kompetitif.
Kajian juga menyatakan terdapat dua kaedah teknologi baru -peranti 3-D seismologi dan magnetotellurik (magnetotellurics)- peningkatan bagi kedalaman yang boleh di akses dengan menggunakan kaedah penderiaan jauh (remote sensing) daripada kadar biasa pada kedalaman 500 m sehingga beberapa kilometer.
Selepas pencapaian dalam industri minyak dan gas, 3-D seismologi kini telah digunapakai dalam mencari target batuan keras. Kaedah Magnetotelluris pula bergantung kepada aliran elektrik semulajadi bumi, atau, telluric, kini digunakan untuk menyukat tahap pengaliran aliran elektrik dalam batuan daripada permukaan bumi sehinggalah kedalaman beratus kilometer.
Teknik terbaru sistem Airborne Electromagnetic (AEM) juga telah mengubah bagaimana kaedah para penjelajah memburu mineral-mineral berharga. AEM menggunakan transmiter pesawat udara dan penerima untuk menghasilkan imej 3-D bagi menentukan kekonduktivitian bagi sub-permukaan dan boleh memetakan sesebuah kawasan dengan pantas. Ianya memberi maklumat yang terperinci seperti jenis batuan, termasuklah mineral sulfida berkonduktif tinggi.
Pengembangan bakat dan pengurusan pekerja memerlukan usahasama kearah mengembang, memperkuatkan dan memantapkan skill-skill yang betul termasuklah memantapkan nilai modal insan dalam sesuatu kumpulan, pengalaman serta daya tahan diri. Kajian daripada pakar-pakar penjelajah mencadangkan kadar aktiviti penjelajahan akan terbantut jika sesebuah syarikat mengubah pendirian daripada mengembangkan bakat ahli geologi muda dan mengupah ahli geologi secara kontrak untuk jangkamasa tertentu untuk sesuatu projek sahaja.
Bagi ahli geologi, penjelajahan mineral menjadi satu bidang yang mempunyai risikonya yang tersendiri. Mereka dilihat mempunyai dua pilihan: samada bekerja untuk kontraktor, ataupun mereka berkhidmat kepada syarikat. Untuk mengoptimasikan penjelajahan, menyahut cabaran produktiviti dan meningkatkan nilai jangka panjang dalam penjelajahan dalam bidang korporat, pemain-pemain industri perlombongan seharusnya menerapkan pendekatan secara tersusun dalam kesemua empat kriteria berbeza ini.
"Salah satu kunci utama adalah setiap pemain industri boleh meningkatkan kualiti penjelajahan mereka. Harus diingat, memburu jasad bijih bukanlah mengenai nasib semata-mata, dan kejayaan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka" tambah Koch.
Sumber: "Study Points at Crisis in Mineral Exploration", pg. 74, E&MJ, August 2015, Engineering And Mining Journal.
Khamis, 3 September 2015
Tiga taufan Melanda Lembangan Pasifik
Pada bulan Ogos sehingga ke penghujung November setiap tahun, kawasan lembangan pasifik dan atlantik akan memasuki satu musim iaitu musim ribut taufan. Ribut taufan terjadi apabila ketidak-seimbangan antara udara panas dan udara sejuk diatas permukaan laut.
Kebiasaannya, taufan yang melanda kawasan lautan Pasifik terbentuk secara bersendirian. Kadang-kadang, ianya boleh terbentuk secara sepasang. Namun, berpandukan kepada ahli meteorologis, bulan Ogos 2015 melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila tiga taufan dalam kategori 4 secara serentak dan berjujukan pada kawasan tengah dan timur lautan Pasifik.
Gambar yang dijana data-datanya menggunakan peranti Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) yang terdapat pada satelit Suomi-NPP ini merupakan pandangan waktu siang dan waktu malam Taufan Kilo, Ignacio dan Jimena (dari barat ke timur). Peranti VIIRS "band siang-malam" berjaya mengesan cahaya pada panjang gelombang daripada hijau hingga ke hampir infra-merah, dan menggunakan cahaya intersifikasi yang membolehkan gelombang dikesan walaupun pada signal yang lemah.
Cahaya bulan yang terhasil merupakan salah satu kelebihan terhadap imej waktu malam, yang diambil antara pukul 11:30 malam dan 3 pagi waktu standard Hawaii (sekitar pukul 9:30 hingga 13:00 Waktu Universal pada 30 Ogos 2015). Pada masa berkenaan, kesemua ketiga-tiga taufan berkenaan berada pada taufan kategori 4- ranking kedua tertinggi dalam Skala Kekuatan Taufan Saffir-Simpson.
Taufan Kilo (kini ribut Kilo) mempunyai kekuatan angin sehingga 215 kilometer per jam (135 batu per jam), berdasarkan kepada nasihat yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Tengah Pasifik. Ribut yang membawa angin kencang itu sedang bergerak ke arah utara-baratlaut, dan tidak mempunyai sebarang ancaman di kawasan daratan.
Walaubagaimanapun, Taufan Ignacio (kini ribut tropikal Ignacio) mempunyai persamaan dari segi kelajuan angin iaitu dicerap pada kelajuan 220 kilometer per jam (140 batu per jam). Taufan ini walaubagaimanapun, bergerak berdekatan dengan pulau utama (big island) kawasan Kepulauan Hawaii dan berpotensi menghasilkan kerosakkan harta benda awam dan kemalangan jiwa.
Berlainan pula dengan Taufan Jimena, taufan yang terbentuk dikawasan paling timur antara ketiga-tiga buah taufan itu, membawa kekuatan angin maksimum 210 kilometer per jam (130 batu per jam), menurut data yang dikeluarkan oleh Pusat Taufan Kebangsaan.
Imej kedua diatas menunjukkan keadaan ribut selepas 12 jam kemudian, semasa waktu siang. Imej berwarna semulajadi yang dijana dalam bentuk mosaic, diambil oleh peranti VIIRS antara jam 11 pagi hingga 2 petang waktu Hawaii Standard pada 30 Ogos (21:00 dan 00:00 Waktu Universal pada 30 hingga 31 Ogos).
Perbandingan imej dibuat bagi mengetahui arah pergerakan atau laluan bagi setiap taufan. Kawasan yang bersinar cerah didalam gambar pada waktu siang adalah kesan pantulan cahaya matahari dari kawasan lautan.
Sumber: http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=86512&src=fb

| Taufan Kilo, Ignacio dan Jimena dirakam hampir sebaris dilembangan Pasifik. |

Ahad, 8 Februari 2015
Pembentukan Emas Akibat Ketakstabilan Cuaca Kuno
Lembangan Witwatersrand di Afrika Selatan merupakan kawasan yang mempunyai deposit emas terbesar didunia iaitu sepanjang 200-km keluasan kawasan. Penyerakan bijih emas terbentuk didalam lapisan-lapisan nipis dikawasan berkenaan seluas 10 km kali 10 km dan mengandungi lebih banyak kandungan emas daripada kawasan-kawasan lain diseluruh dunia. Hampir 40% daripada mineral berharga berkenaan pada masa kini ditemui dikawasan terbabit, dan beratus-ratus tan deposit emas masih berada dibawah permukaan bumi. Walaupun begitu, pentafsiran asal mula deposit yang besar ini masih menjadi perbualan hangat diantara ahli geologi. Christoph Heinrich, Professor Sumber Mineral di ETH dan University of Zurich, baru-baru ini menerbitkan penjelasan terkini didalam jurnal Nature Geoscience, cuba untuk menjelaskan dua pendapat berbeza yang pernah diterbitkan sebelum ini.
Dalam menerangkan teori emas plaser ini, jenis emas di kawasan Witwatersrand ini dibawa dan diendapkan melalui proses mekanikal yang membawa sekali partikel metalik semasa proses pengendapan didasar sungai. Proses-proses ini telah menghasilkan gravel sedimen sungai yang kaya dengan emas yang menjadi penyebab kekayaan emas di kawasan California. Di kawasan ini, emas plaser berbentuk nuget telah dibawa bersama sedimen-sedimen sungai berbentuk gravel dikawasan kaki bukit di Sierra Nevada, dimana terdapatnya telerang-telerang quartza yang mempunyai emas primer, menjadi sumber nuget-nuget emas berkenaan.
Namun, tidak dijangka wujud sumber yang tidak kurang banyak juga di bahagian sub-permukaan di Lembangan Witwatersrand. Terdapat banyak perbalahan berhubung hubung kait asal mula termasuklah tafsiran 'hipotesis hidortermal', menurut asal mula emas itu sendiri, yang secara kimianya terlarut didalam cecair panas, melalui rongga-rongga kosong didalam lapisan sedimen selama separuh billion tahun selepas proses pemendakkannya. Untuk teori ini menjadi satu pentafsirang yang boleh dibuktikan, seluas 10 km ketebalan lapisan sedimen diperlukan bagi menghasilkan keadaan tekanan dan suhu yang ideal bagi cecair panas yang memendakkan emas itu terbentuk dicelahan retakan batuan perumah dari aras permukaan bumi.
Air Hujan yang Kaya Hidrogen Sulfida
Heinrich percaya kadar kepekatan emas yang terdapat pada permukaan bumi, boleh dibawa oleh proses aliran sungai, namun secara kimianya dalam bentuk larutan. Dengan proses sedimikian, emas dengan mudahnya boleh 'dikumpul' pada kawasan tadahan bagi bahan-bahan terluluhawa, termasuklah serpihan batuan yang mengandungi emas. Ahli geologi masih menganalisis kemungkinan ini, dengan mengira kadar keterlarutan kimia bagi mineral berharga berkenaan di permukaan air melalui keadaan atmosfera dan cuaca yang stabil.
Melalui data eksperimen menunujukkan bawaan melalui kaedah kimia bagi emas boleh berlaku pada peringkat awal dalam episod evolusi bumi. Pada peringkat awal episod kewujudan bumi, kadar hidrogen sulfida yang terdapat pada air hujan adalah tinggi. Hidrogen sulfida kemudiannya telah bercampur dengan tanah yang telah terluluhawa bersama-sama tracer gold (emas kesan - emas yang sangat halus) daripada cecair emas sulfida kompleks, dengan peningkatan secara mendadak kepekatan emas. Namun begitu, hidrogen sulfida di atmosfera dan emas bersulfur kompleks didalam sungai akan berkeadaan stabil sekirannya tanpa kehadiran oksigen.
"Persekitaran yang tidak stabil (tiada oksigen atau terlalu sedikit kandungannya) mesti mengambil tempat pada masa tersebut, yang hanya wujud tiga billion lampau, semasa era Archean" menurut Heinrich lagi. "Ianya memerlukan atmosfera yang bebas oksigen dan sangat kaya dengan hidrogen sulhida-- gas yang berbau telur busuk." Atmosfera pada masa kini memperlihatkan gas oksigen mengoksida kesemua gas hidrogen sulfida, lalu memusnahkan rantaian komples emas sulfur dalam jangka masa yang pendek, seterusnya menjelaskan mengapa emas secara praktikalnya tidak larut didalam air sungai.
Aktiviti Volkanik dan Bakteria Sebagai Faktor Utama
Dalam usaha meningkatkan kadar kepekatan sulfur didalam air hujan pada era Arkean, aktiviti volkanisma basalt yang besar amat diperlukan pada masa yang sama. Secara tepatnya, dikawasan Afrika Selatan terdapat bukti yang menjelaskan tentang kejadian letusan basalt yang amat besar, bersamaan dengan jangkamasa emas berkenaan dimendapkan.
Faktor ketiga yang diperlukan untuk deposit emas di lembangan Witwatersrand ini adalah lokasi yang sesuai semasa emas ini dimendapkan. Deposit emas ini ditemui paling kaya adalah pada lapisan berkarbon atau kaya karbon, selalunya hanya beberapa milimeter hingga centimeter tebal, namun berterusan sehingga beberapa kilometer. Lapisan-lapisan halus ini mengandungi kepekatan emas yang kaya sehingga terowong-terowong perlombongan dengan tinggi hanya semeter boleh mencapai kedalaman sehingga tiga kilometer daripada permukaan bumi dan masih terus beroperasi.
Karbon yang wujud pula dipercayai kemungkinan daripada kewujudan bakteria-bakteria didasar tasik kuno yang cetek dan disinilah termendapnya emas-emas secara kiminya, berdasarkan tafsiran Heinrich.
Asal mula kehidupan ini masih tidak diketahui. "ianya kemungkinan adalah organisma primitif yang secara aktifnya muncul bersama-sama emas." heinrich menerangkan. "Namun dengan proses yang mudah memecahkan emas sulfur kompleks didalam air kepada sebuah elemen bahan logam bersama-sama bahan organik mudah amat diperlukan bagi proses kimia bereaksi khususnya dibawah dasar tasik cetek yang kuno."
Deposit emas di kawasa lembangan Witwatersrand, merupakan sumber emas yang amat unik, hanya boleh terbentuk pada jangkamasa tertentu dalam keseluruhan sejarah bumi; selepas perkembangan pertama dalam hidupan diatas benua yang terbentuk didasar tasik cetek yang kuno, sekurang-kurangnya 3 billion tahun lampau, sebelum kehadiran oksigen pertama dibumi sekurang-kurangnya 2.5 billion lampau.
Sumber:
Christoph A. Heinrich. Witwatersrand gold deposits formed by volcanic rain, anoxic rivers and Archaean life. Nature Geoscience, 2015; DOI: 10.1038/ngeo2344
Baca seterusnya di: http://www.geologypage.com/2015/02/inhospitable-climate-fosters-gold-ore.html#ixzz3RAN1WGfJ Geology Page
![]() |
| Gambar menunjukka emas di lembangan Witwatersrand |

| Gambaran aktiviti volkanisma basalt. |
Dalam usaha meningkatkan kadar kepekatan sulfur didalam air hujan pada era Arkean, aktiviti volkanisma basalt yang besar amat diperlukan pada masa yang sama. Secara tepatnya, dikawasan Afrika Selatan terdapat bukti yang menjelaskan tentang kejadian letusan basalt yang amat besar, bersamaan dengan jangkamasa emas berkenaan dimendapkan.
Faktor ketiga yang diperlukan untuk deposit emas di lembangan Witwatersrand ini adalah lokasi yang sesuai semasa emas ini dimendapkan. Deposit emas ini ditemui paling kaya adalah pada lapisan berkarbon atau kaya karbon, selalunya hanya beberapa milimeter hingga centimeter tebal, namun berterusan sehingga beberapa kilometer. Lapisan-lapisan halus ini mengandungi kepekatan emas yang kaya sehingga terowong-terowong perlombongan dengan tinggi hanya semeter boleh mencapai kedalaman sehingga tiga kilometer daripada permukaan bumi dan masih terus beroperasi.
![]() |
| Lapisan berkarbon merupakan lapisan yang mempunyai kepekatan emas yang tinggi. |
Karbon yang wujud pula dipercayai kemungkinan daripada kewujudan bakteria-bakteria didasar tasik kuno yang cetek dan disinilah termendapnya emas-emas secara kiminya, berdasarkan tafsiran Heinrich.
Asal mula kehidupan ini masih tidak diketahui. "ianya kemungkinan adalah organisma primitif yang secara aktifnya muncul bersama-sama emas." heinrich menerangkan. "Namun dengan proses yang mudah memecahkan emas sulfur kompleks didalam air kepada sebuah elemen bahan logam bersama-sama bahan organik mudah amat diperlukan bagi proses kimia bereaksi khususnya dibawah dasar tasik cetek yang kuno."
Deposit emas di kawasa lembangan Witwatersrand, merupakan sumber emas yang amat unik, hanya boleh terbentuk pada jangkamasa tertentu dalam keseluruhan sejarah bumi; selepas perkembangan pertama dalam hidupan diatas benua yang terbentuk didasar tasik cetek yang kuno, sekurang-kurangnya 3 billion tahun lampau, sebelum kehadiran oksigen pertama dibumi sekurang-kurangnya 2.5 billion lampau.
Sumber:
Christoph A. Heinrich. Witwatersrand gold deposits formed by volcanic rain, anoxic rivers and Archaean life. Nature Geoscience, 2015; DOI: 10.1038/ngeo2344
Baca seterusnya di: http://www.geologypage.com/2015/02/inhospitable-climate-fosters-gold-ore.html#ixzz3RAN1WGfJ Geology Page
Jumaat, 6 Februari 2015
Episod Kepupusan Terbesar Bumi akibat Perubahan Cuaca, Aktiviti Volkanik: Saintis
Saintis kemungkinan telah menemui punca utama yang berkaitan dengan aktiviti volkanik major di Siberia yang menjadi kunci kepada kepupusan Zaman Perm (250 juta tahun lalu), yang lebih dikenali sebagai 'Great Dying'. Pengkaji telah menemui bahan kimia yang dihasilkan oleh letusan volkanik berkenaan iaitu berupa hujan asid yang menyebabkan lebih 70 peratus daripada hidupan di daratan dan 90 peratus hidupan di lautan pupus, berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam majalah Geology.
![]() |
| Akhir Perm, 250 juta tahun lalu. |
Perkaitan antara aktiviti volkanik dengan episod kepupusan boleh berlaku tidak semasa zaman Perm sahaja; saintis telah menemui letusan besar yang kebetulan mempunyai jangkamasa yang sama dengan kelima-lima episod kepupusan massa, termasuklah yang telah memusnahkan era kemuncak dinosaur, yang mana diketahui disebabkan impak asteroid dari luar bumi. Kesemua yang berlaku ini boleh memberi petunjuk dan amaran awal kepada perubahan cuaca yang boleh berlaku lagi, melalui pencemaran buatan manusia, dengan kesan yang sama, menurut saintis.
| Zaman era kemuncak dinosaur. |
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku pada akhir zaman Perm, sekitar 250 juta tahun lalu, sebuah kumpulan saintis antarabngsa telah mengambil sampel daripada kawasan cerun di pergunungan Dolomites, Itali, yang mempunyai lokaliti 'rakaman peristiwa' yang lengkap dan tepat terhadap peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 'Great Dying' tersebut.
![]() |
| Kesan pemanasan bumi. |
"Pada masa berkenaan (akhir Perm), sebuah superbenua yang dinamakan Pangaea sedang cuba untuk berpecah", menurut satu kajian terbaru yang diketuai pengkaji, Mark Sephton, professor geokimia organik di jabatan sains bumi dan kejuruteraan di Imperial College London. "Batuan basalt yang terbentuk yang kini dikenali sebagai 'Siberian Traps' adalah salah satu supervolkano yang terbesar pernah berlaku. Letusan di Siberia secara umumnya sangat luas sehingga meliputi sebahagian besar lembangan sedimen yang mengandungi pelbagai hidupan flora, akhirnya menghasilkan arang batu dan garam yang telah dipanaskan oleh aliran lava basalt berkenaan lalu menghasilkan pelbagai gas berbahaya."
| Hutan mula terdedahkan kepada hujan asid dan persekitaran pH rendah. |
Apabila kebanyakkan hutan musnah, tanah yang dilitupi hutan berkenaan mula terdedah dipermukaan lalu dihakis oleh aktiviti hujan lalu menghasilkan lautan cetek disekitarnya. Semasa Pangea berpecah, sebahagian besar sedimen lautan telah terangkat dan menjadi sebahagian banjaran gunung-ganang, yang kini terdedah dipermukaan di kawasan pengunungan Itali.
![]() |
| Gambaran ketika benua-benua sedang terpecah. |
Sephton dan kumpulan pengkajinya berharap agar lapisan-lapisan sedimen boleh menjadi kunci kepada sebahagian misteri tentang kejadian "Great Dying" tersebut. Apabila mereka menganalisis sampel batuan yang berusia akhir Perm berkenaan, mereka telah menemui sejenis komposisi iaitu Vanillin.
"Vanillin adalah salah satu cecair yang digunakan dalam industri kayu-kayan. Vanillin juga banyak digunakan sebagai bahan perasa makanan dalam industri makanan."
![]() |
| Uadara bumi sedang dipenuhi gas rumah hijau. |
Kumpulan pengkaji merujuk kepada pengkaji sains makanan berkenaan vanillin, dimana bahan berkenaan akan teroksida menjadi asid vanillin apabila bacaan pH sesuatu cecair adalah normal atau tinggi. Jika keadaan persekitaran berasid, bermakna bacaan pH rendah, oleh itu vanillin tidak akan teroksida menjadi asid vanillin. Ini bermakna, jika kebanyakkan batuan berkenaan mempunyai kandungan vanillin yang banyak berbanding asid vanillin, ini boleh ditafsirkan keadaan tanah pada masa berkenaan mempunyai perkadaran asid yang sangat tinggi.
![]() |
| Kadar keasidan yang tinggi ditanah menjadi punca kepupusan hidupan. |
"Kadar keasidan tanah pada akhir Perm boleh disetarakan dengan kadar keasidan cuka dan jus lemon." ujar Sephton. "Kadar keasidan tanah pada akhir Perm memberi kesan kepada hutan , seterusnya membantutkan perkembangan akar. Disebabkan akar tidak lagi menjalar didalam tanah, maka aktiviti hakisan tanah berlaku. Apabila sumber utama kepada rantaian makanan bagi hidupan di daratan musnah, makan sebuah ekosistem akan lenyap."
![]() |
| Gambaran mengenai banjiran basalt di Siberia. |
Jika pembaca merasakan ianya tidak akan berlaku pada masa kini, Sephton menekankan tentang kajian kes bagi kawasan hutan di kawasan Black Triangle di Republik Czech. "Berdasarkan kepada aktiviti industri yang bermula pada tahun 1990-an yang menggunakan arang batu coklat yang menyebabkan pelepasan gas sulfur dioksida lalu menghasilkan hujan asid. Pokok-pokok disekitar kawasan terbabit mati boleh menjadi contoh zaman moden kepada bencana yang berlaku pada zaman akhir Perm." kata Sephton.
![]() |
| Atmosfera bumi dipenuhi bahan beracun. |
Linda Elkins-Tanton, yang mengkaji semula mengenai Siberian Traps tahun lepas, mempunyai penemuan-penemuan terbaru. Melalui kajian terbaru ini, pengkaji mengukur kadar pelepasa gas sulfur oleh aktiviti volkanik berkenaan semasa zaman akhir Perm dan akhirnya menimplemintasikan dalam model perubahan cuaca bumi. Keputusannya: tafsiran mengenai hujan asid dan nilai pH menyamai nilai keasidan cuka dan jus lemon.
"Ini merupakan satu lagu penemuan yang amat menyeronokkan," menurut Elkins-Tanton, pengarah bagi pusat pengajian bumi dan penjelajahan angkasa di Arizona State University."Magma tersebut mempunyai kandungan semulajadi klorin dan fluorin - pengeluaran gas klorofluorokarbon semulajadi- untuk memusnahkan lapisan ozon bumi. Perkara ini adalah 70 peratus lebih teruk berbanding lohong lapisan ozon yang terbentuk dizaman moden ini."
![]() |
| Gambaran imaginasi tentang banjiran basalt. |
Ramai ahli geologi mula memikirkan tentang letusan sebesar di Siberia ini mungkin menjadi penyebab kepada episod kepupusan massa, termasuklah kepupusan spesies dinosaur, menurut Elkins-Tanton, turut mengaitkan aktiviti banjiran basalt Deccan di India juga berlaku pada zaman kepupusan massa.
"Terdapat perbalahan hebat kini yang menumpu kepada mekanisma ( hentaman impak meteorit dan aktiviti volkanisme) yang menyebabkan kepupusan," ujar beliau. "Kesemua lima episod kepupusan massa adalah berkait dengan banjiran basalt."
![]() |
| Kehidupan fauna semasa keadaan bumi yang semakin berasid. |
Kita boleh belajar sesuatu mengenai kes paling teruk (worse-case scenario) dengan mengkaji episod kepupusan massa akhir Perm ini, menurut Sephton.
"Hujan asid terus turun membanjiri kawasan biosfera. Hidupan dibumi sedang bertarung untuk terus hidup dengan keadaan bumi yang terlalu berasid yang dihasilkan oleh letusan banjiran basalt Siberia. Suhu bumi pada masa berkenaan dikawal oleh peningkatan aras gas karbon dioksida disekitar atmosfera. Ini juga merupakan salah satu penyebab kepada kes pada zaman akhir Perm selain Siberian Traps juga menghasilkan gas karbon dioksida dan gas sulfur dioksida dengan kadar yang sangat tinggi. Apabila akar pada tumbuhan tidak dapat tumbuh, maka kandungan organik pada tanah semakin hilang dan teroksida untuk menghasilkan gas karbon dioksida. Oleh itu, pada akhir Perm merupakan salah satu model yang baik untuk menggangarkan jujukan kepada pemanasan global secara tersusun"
Sumber: NBC News
Langgan:
Catatan (Atom)

+%5BCompatibility+Mode%5D%5D.jpg)

+%5BCompatibility+Mode%5D%5D_2.jpg)