#Hdin.
Encourage People to concern about earth for the next generation | Membangunkan perasaan kecintaan Masyarakat terhadap misteri alam untuk generasi akan datang.
Sabtu, 30 September 2017
Naskah 'Penyongsangan' rangkul Anugerah Wattys 2017
Apakah itu Wattpad? Wattpad adalah satu aplikasi sosial percuma yang menghimpunkan penulis-penulis tidak kira muda, amatur mahupun professional sebagai medium untuk mencetus, meluah serta menggarap idea sehingga terbentuklah karya-karya kreatif tidak kira puisi, chicklit mahupun novel ataupun akaun sosial syarikat-syarikat penerbitan mahupun percetakan bagi mempromosikan buku-buku hasil cetakan mereka untuk sedia dijual kepada orang awam. Aplikasi Wattpad boleh dimuat-turun melalui Apps store (iOS) mahupun Google Store (Android).
Apakah itu The Wattys 2017 ataupun dalam bahasa Melayu nya Anugerah Wattys 2017? Anugerah Wattys 2017 merupakan sebuah pengiktirafan tahunan tertinggi bagi mengangkat hasil karya-karya yang telah dihasilkan di aplikasi Wattpad. Anugerah yang melibatkan kebanyakkan bahasa utama didunia termasuk Bahasa Melayu ini telah melibatkan beberapa kategori, antaranya Keaslian Karya, Penulis Luar Biasa, Penulis Debut sehingga ke Bacaan yang Mengasyikkan. Apa yang pasti, bukanlah calang-calang barisan individu yang menilai lebih 280,000 karya dari seluruh dunia yang mengambil bahagian pada tahun 2017 ini.
Nampak tak kat atas tu? Yup. Salah satu 'ayam tambatan' atau boleh lah digelar 'Masterpiece Picisan' karya penulis berjaya diiktiraf sebagai Penulis Luar Biasa. (uhhuuukk....uhuukkk). Naskah 'Penyongsangan' berjaya berdiri sebaris dengan hasil karya penulis-penulis 'Wattyfamous' yang lain. Sebenarnya, penulis sendiri tidak pun menjangka karya geo-sekitaran ini berjaya diangkat setinggi ini. Alhamdulillah, salah satu pengiktirafan juga kepada bidang Geologi Malaysia amnya. Ini merupakan satu tanda yang mana rakyat Malaysia masih dahagakan ilmu sains pembumian yang amat jarang ditemui pada novel-novel arus perdana dewasa ini.
Naskah 'Penyongsangan' ni mengenai apa? Baik engko orang baca sendirilah dan nilaikan sendiri. Penulis akui, karya ini tidaklah sebagus karya-karya sains fiksyen yang lain kerana plot dia seperti sangkut-sangkut sedikit, ditambah beberapa watak yang tidak berapa hidup. But, it's okay. Still boleh menang tu kira OK laa kan. Hiks. Sekurang-kurangnya adalah pembakar semangat untuk penulis fikirkan karya unik untuk dihantar pada Anugerah Wattys 2018 yang dijangka akan dibuka penyertaannya pada bulan Jun 2018.
Nak tahu tak apa yang mahal pada Anugerah Wattys ni? Tu haa pelekat kecil yang ada tulis 'Pemenang' tu. Comel kan? Bagi penulis, wang ringgit bukanlah segala-galanya andai sesuatu kerja yang kita lakukan tidak mendapat pengiktirafan. Wang ringgit itu berharga, namun, pengiktirafan itu bersifat permata. Ia mampu membuatkan penulis tersenyum disepanjang hari. Kalau ada penerbit yang berminat untuk mencetak hasil karya ini apa salahnya kan?
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyemak senarai pemenang Anugerah Wattys 2017, silalah layari laman sesawang http://wattys.wattpad.com/ dan pilih Bahasa Melayu di bahagian atas belah kanan. Anda juga boleh menyemak pemenang-pemenang pada tahun lepas.
Sabtu, 9 September 2017
Gempa Bumi 8.1 pada Skala Richter Gegar Selatan Mexico
Pada awal September 2017, satu gempa bumi kuat berukuran 8.1 pada skala Richter menggegarkan luar persisir Pijijiapan, Selatan Mexico. Gempa bumi kuat terbabit dapat dirasai sehingga ke ibu negara Mexico, Mexico City yang melanda sejurus sebelum waktu tengah malam melanda negara terbabit.
Gempa bumi bermagnitud 8.1 yang melanda Mexico pada khamis lalu berpunca daripada pergerakan pembenaman (subduction) Plat Cocos ke bawah Plat Amerika Utara. Gempa berkenaan diletak pada skala 10 bagi kekuatan gegaran gempa bagi kawasan-kawasan berdekatan epicenter pusat gegaran terbabit.
Menurut USGS, epicenter gempa ini ialah di Lautan Pasifik, 87 kilometer dari barat daya Pijijiapan dengan kedalaman 69 kilometer. Selain itu, semasa gempa berkenaan sedang berlangsung, ramai penduduk terutamanya di Mexico City ternampak cahaya seakan guruh berwarna kehijau-hijauan dilangit, yang saintis percaya itu adalah hasil pelepasan gas-gas daripada gempa terbabit serta tenaga piezoelektrik hasil pergeseran mineral kuarza yang menghasilkan ion-ion negatif lalu bertembung dengan udara di langit yang mempunyai ion-ion positif lalu menghasilkan seakan-akan guruh dilangit.
Walaubagaimanapun, penduduk bersyukur kerana gempa pada khamis tidak sekuat gempa bumi pada tahun 1985 yang berlaku hampir kepada kawasan berpendudukan padat dan telah menyebabkan ribuan orang terkorban serta ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal.
Negara-negara sekitar seperti Amerika Syarikat, Kanada serta kawasan sekitar Amerika Selatan sedang dalam keadaan berjaga-jaga kerana gempa yang telah berlaku berkemungkinan besar mengakibatkan berlakunya pergerakan plat-plat tektonik berhampiran seterusnya mengaktifkan pergeseran sesar-sesar termasuklah Sesar San Andreas yang boleh mengakibatkan bencana gempa bumi yang lain.
Benua Amerika sebelum itu sedang bergelut dengan bencana 3 taufan yang sedang berlaku serentak, iaitu Taufan Katia yang sedang menghala timur Mexico, Taufan Irma yang kini dalam taufan kategori ke-4 sedang membadai kawasan kepulauan cantik Caribbean dan sedang menghala Miami dan pantai Florida, USA manakala Taufan Jose sedang mengekori rapat Taufan Irma.
Sumber: AFP

Rabu, 6 September 2017
Taufan Irma Mengganas di Kepulauan Carribbean
Taufan Irma merupakan sebuah ribut tropika yang terbentuk di Lautan Atlantik. Pada ketika ini, Taufan Irma termasuk didalam taufan kategori ke-5 pada skala kekuatan Saffir-Simpsons dimana pusaran mega ini sedang membadai kawasan Kepulauan Leeward, Puerto Rico, Cuba dan kini sedang menghala ke teluk Florida, Amerika Syarikat.
Taufan Irma merupakan taufan terkuat yang pernah melanda Lautan Atlantik selepas taufan Wilma yang melanda pada tahun 2005 dari segi kelajuan angin dan Taufan Dean pada tahun 2007 dari segi kepadatan tekanan ribut tropika terbabit. Taufan Irma merupakan taufan yang ke-sembilan terbentuk pada tahun 2017, dan taufan major kedua selepas Taufan Harvey yang melanda kawasan Texas pada Ogos 2017 yang lepas.
Sebelum Taufan Irma terbentuk, ribut tropika Irma permulaannya telah terbentuk di tengah-tengah Lautan Atlantik. Namun, disebabkan faktor-faktor persekitaran yang sesuai untuk pembentukan taufan melalui suhu air laut, tekanan udara serta posisi ribut tropika yang ideal, ribut terbabit telah bertukar, meningkatkan putarannya, tekanannya serta kekuatannya dalam masa 24 jam sehingga pada 5 September 2017, ianya telah bertukar menjadi taufan kategori ke-5 dalam carta skala Saffir-Simpsons.
Antara kawasan yang berisiko untuk dilanda taufan kuat ini antaranya ialah negara Antigua & Barbuda, Rupublik Dominican, Pulau Saint Martin dan Saint Barthelemy milik Perancis, Pulau Saba, Sint Eustatius & Sint Maarten milik Belanda, Kepulauan Saint Kits & Nevis, Kawasan Anguilla, Kepulauan Virgin Island dan Montserrat milik Britain dan Puerto Rico dan Kepulauan Virgin milik USA.
Mengikut panduan carta kekuatan Skala Saffir-Simpsons (SSHS) membayangkan taufan kategori ke-5 mempunyai kelajuan angin lebih daripada 252 kilometer per jam. Selain itu, taufan kategori ini dikelaskan sebagai bencana penuh dimana bangunan bakal musnah dengan bumbung tercabut habis. Banjir akibat bawaan angin juga akan berlaku dan kawasan selamat berada pada jarak 16 kilometer daripada kawasan pantai.

Jumaat, 22 Julai 2016
Panas Membara di Eropah, Asia Tengah, Lembap dan Basah di China, Asia Tenggara
El NINO baru sahaja pergi meninggalkan kita beberapa bulan yang lalu. Setelah melalui kitaran cuaca yang amat panas dan kering awal tahun lalu sehingga lewat Mei, kini kita perlu berdepan dengan ketidak tentuan cuaca yang lembap sehingga ke hujung tahun ini.
Cuaca lembap dan tidak menentu ini bukan sahaja di rasai oleh penduduk di Malaysia sahaja, malah juga dirasai oleh jiran tetangga kita iaitu Indonesia dan Thailand. Sementara itu, di Beijing, China, hujan lebat direkodkan sebanyak 281mm dalam tempoh 24 jam mengakibatkan banjir kilat, gangguan perkhidmatan pengangkutan selama beberapa jam serta beberapa kes meragut nyawa. Di pekan Xingtan di wilayah Hebei, hujan direkodkan sebanyak 295mm, dua kali ganda jumlah bulanan yang biasanya dicatatkan dalam wilayah terbabit.
Suhu Panas Lampau di Timur Tengah
Sepanjang kawasan timur tengah termasuklah Iraq, barat Kuwait dan utara Arab Saudi mencatatkan suhu tinggi lampau dalam masa beberapa hari.
Pada khamis lalu, Lapangan Terbang Basrah, Iraq mencatatkan suhu 53.4 celsius, manakala di Mitribah di utara Kuwait mencatatkan suhu setinggi 54.0 celsius. Kedua-dua kawasan ini (Basrah dan Mitribah) yang mencatatkan suhu melebihi 53.0 celsius, merupakan suhu paling tinggi dalam sejarah kedua-dua negara terbabit. Suhu 54.0 celsius di Mitribah ini adalah antara suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di Asia.
Cuaca panas lampau yang pernah kita rasai pada pertengahan Mac sehingga hujung Mei kini bergerak ke Asia Tengah. Untuk rekod, suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 56.7 celsius di Death Valley, California, Amerika Syarikat pada 10 Julai 1913.
Cuaca panas lampau dijangka berterusan sehingga lewat jumaat dengan suhu dicatatkan pada 53.6 celsius di Lapangan terbang Basrah, Iraq. Namun, suhu tinggi lampau ini dijangka tidak kekal lama apabila udara sejuk dari utara dijangka menghembus udara panas membara tersebut lalu menyejukkan kawasan-kawasan terbabit.
Sumber: https://blog.metoffice.gov.uk/2016/07/22/heat-and-rainfall-making-headlines-around-the-world/
Amaran Ribut Petir dan hujan lebat bagi kawasan-kawasan di sekitar semenanjung juga d Sabah dan Sarawak bagi tarikh 21 Julai 2016. Sumber: Malaysia Meteorological Department FB page |
Cuaca lembap dan tidak menentu ini bukan sahaja di rasai oleh penduduk di Malaysia sahaja, malah juga dirasai oleh jiran tetangga kita iaitu Indonesia dan Thailand. Sementara itu, di Beijing, China, hujan lebat direkodkan sebanyak 281mm dalam tempoh 24 jam mengakibatkan banjir kilat, gangguan perkhidmatan pengangkutan selama beberapa jam serta beberapa kes meragut nyawa. Di pekan Xingtan di wilayah Hebei, hujan direkodkan sebanyak 295mm, dua kali ganda jumlah bulanan yang biasanya dicatatkan dalam wilayah terbabit.
Suhu Panas Lampau di Timur Tengah
Sepanjang kawasan timur tengah termasuklah Iraq, barat Kuwait dan utara Arab Saudi mencatatkan suhu tinggi lampau dalam masa beberapa hari.
Suhu yang tinggi lampau disepanjang kawasan timur tengah, yang kebanyakkanya merupakan kawasan padang pasir. Sumber: Met Office FB page. |
Pada khamis lalu, Lapangan Terbang Basrah, Iraq mencatatkan suhu 53.4 celsius, manakala di Mitribah di utara Kuwait mencatatkan suhu setinggi 54.0 celsius. Kedua-dua kawasan ini (Basrah dan Mitribah) yang mencatatkan suhu melebihi 53.0 celsius, merupakan suhu paling tinggi dalam sejarah kedua-dua negara terbabit. Suhu 54.0 celsius di Mitribah ini adalah antara suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di Asia.
Cuaca panas lampau yang pernah kita rasai pada pertengahan Mac sehingga hujung Mei kini bergerak ke Asia Tengah. Untuk rekod, suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah setinggi 56.7 celsius di Death Valley, California, Amerika Syarikat pada 10 Julai 1913.
Cuaca panas lampau dijangka berterusan sehingga lewat jumaat dengan suhu dicatatkan pada 53.6 celsius di Lapangan terbang Basrah, Iraq. Namun, suhu tinggi lampau ini dijangka tidak kekal lama apabila udara sejuk dari utara dijangka menghembus udara panas membara tersebut lalu menyejukkan kawasan-kawasan terbabit.
Sumber: https://blog.metoffice.gov.uk/2016/07/22/heat-and-rainfall-making-headlines-around-the-world/
Langgan:
Catatan (Atom)