Ahad, 16 November 2014

Ekspedisi Gagau- Menjejak Dinosaur 2014 Berjaya, Dinosaur berusia Jura-Kapur Pernah Wujud di Terengganu?

Di ucapkan selamat datang kepada 'Rakyat Malaysia yang Hilang' 65 Juta Tahun Lampau.

Gambar menunjukkan jejak kaki Sauropod yang terfosil pada singkapan batuan. - Gambar Berita Harian.

Sejarah Sains Malaysia tercipta. Awal hari ini (16 Novermber 2014), satu sidang media yang diadakan di Kuala Terengganu yang melibatkan sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti tempatan mengenai penemuan fosil dinosaur termasuklah bekas tapak kaki, tulang serta gigi di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu Ekspedisi Gagau- Menjejak Dinosaur 2014.

Ekspedisi Gagau- Menjejak Dinosaur 2014 yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Geologi (KWG) yang dianggotai oleh pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalanka pada 13 hingga 23 Oktober 2014 lalu.

Ekspedisi itu disertai persyarah dan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti PETRONAS dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Gambar menunjukkan Iguanodron. gambar Berita Harian.

Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 itu telah membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki pada singkapan batuan dan juga tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chinchin, Tasik Kenyir.

Selain jumpaan-jumpaan fosil dinasour itu, fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang turut ditemui.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abd. Razak, penemuan membanggakan itu adalah penemuan pertama di Malaysia. Menurutnya lagi, fosil tersebut dianggarkan berusia 200 juta tahun hingga 65 juta tahun, sekaligus membuktikan kewujudan habitat dinosaur di negeri itu suatu masa lampau.

Illustrasi kesan jejak Iguanodon dan kesan tapak kaki iguanodon yang telah terfosil. gambar Berita Harian.

KP JMG berkata, dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod adalah hidupan pemakan tumbuhan (herbivor) manakala Therapod adalah dinosaur pemngsa yang memakan daging (karnivor).

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam laman rasminya menyatakan, JMG akan meneruskan usaha secara lebih terperinci dan pihak kerajaan negeri Terengganu dalam menyokong penuh usaha tersebut serta bersedia menyediakan bantuan sewajarnya bagi menjayakan projek berkenaan.

Menurut JMG lagi, hasil penemuan ini dan penemuan-penemuan akan datang kelak akan memberikan kekuatan dan nilai tambah kepada usaha merealisasikan hasrat menjadikan Geopark Tasik Kenyir sebagai geopark Kebangsaan dan diiktiraf sebagai Geopark Global Unesco.

Kesan tapak Therapod yang telah terfosil.

Ditanya ramuan kejayaan dan inspirasi kepada ekspedisiyang gemilang ini, beliau berkata, penemuan fosil dinosaur lebih 20 spesies di Dataran Tinggi Korat, Thailand lah yang menjadi pembakar semangat untuk mencari dinosaur di Terengganu.

Penemuan fosil dinosaur ini juga membuka dimensi baru ilmu geologi tempatan mahupun antarabangsa disamping dapat memberi lonjakan impak terhadap industri eko-pelancongan negara.

Gunung Gagau terletak di sempadan Terengganu-Pahang-Kelantan berdekatan kawasan Tasik kenyir. Gunung Gagau mempunyai batuan berusia Jura-Kapur selain Gunung Panti di Johor yng mempunyai usia yang sama.

Sumber: Laman Rasmi Jabatan Mineral & Geosains, Berita Harian.